Tuesday, July 7, 2009

Majlis Perkahwinan

Hujung minggu lepas Orked ikut pergi 2 weddings. Banyak tu. Sebab bukan selalu Orked pergi weddings sejak Orked lahir ni.

Yang pertama Orked pergi wedding Aunty Ija aka Aunty Miszbeauty yg sekarang ni dah kena tukar jadi Aunty Mrsbeauty lah pulak kot. Wedding ni Orked pergi dgn Mummy je sebab Daddy keje. Jadi Orked takde gambar banyak sebab Mummy kata Mummy dah tak cukup tangan. Nak pegang Orked aje dah penuh tangan Mummy. Gambar ni pun tumpang OP Aunty tolong ambikkan. Untuk Aunty Ija dan Uncle Hafizi, Orked nak wish Selamat Pengantin Baru. Oh ya, masa wedding hari tu Aunty ni nyanyiiiii.... Uiyoooo.... Sedaaaapp suara Aunty nih! Tak caya pi suruh Aunty nyanyi. Nanti baby Aunty mesti best sebab Mummynya boleh nyanyikan lullaby sedap-sedap. Nak tido pun bessttt aje... Orked? Orked terima ajelah seadanya suara Mummy. Takde pilihan. Hehehehehhehe....


Yang tu hari Sabtu. Hari Ahadnya Orked pergi wedding Uncle Moqh dan Aunty Iezah pulak. Yg ni Daddy ada, jadi banyak sikilah gambar Orked. Yang kat bawah ni Orked ambik gambar masa Orked berlakon jadi anak Uncle Tarm dan Aunty Nurul.


Yg ni pulak masa Orked nak merasa duduk atas pelamin. Orked sebenarnya teringin nak duduk atas kerusi pengantin tu. Tapi Orked takut. So, duduklah atas pentas pelamin je. Tu pun cuak giler dah Orked! Huhu....


Diorang ni kawin kat KAED Gallery, UIA. Cantik tau dewan tu. Kalau pandang atas rasa macam kat dalam rumah kampung tradisional. Mestilah kena ambik gambar kan?


Yang ni gambar ramai-ramai, dengan pengantin. Atuk dan Nenek Orked pun ada tau!


So, Uncle Moqh dan Aunty Iezah, Selamat Pengantin Baru Orked ucapkan. Semoga bahagia dan kekal sweet selalu tau! Orked nak cakap lah, baju Aunty Iezah caaaannnntiikkk sangat tau! Mummy teringin nak pakai lah. Tapi Mummy dah kawen. Dah ada Orked pun. Takde can dah. Hehhehe...


Dan last sekali gambar Orked buat portraiture dgn Mummy. Bukan pengantin je ada portraiture, tetamu pun ada tau. Ha, ni satu rahsia Orked. Orked geli sangat kalau geletek ketiak. Orked tak tahan. Jangan bagitau orang tau!

Okay, tata.

Orked
by Mummy

15 comments:

AuntyJid said...

Waaaa.... comellllnya mummy geletek orked tuhhh...(",)...

Waaa... bila orked berlakon jadi ank uncle tarm n aunty Nurul tu? Cuteeeeee sangat...

Irfan Rayyan Ridzuan said...

Hi Orked.
Tq jenguk blog Irfan. Kita ada baju sama nampaknya ye cuma tak pernah jumpa lagi live kan Orked?

Next week Irfan dah 9 mth dah .. kira Orked akak Irfan la ni. Hopefully one day kita boleh jumpa each other live ..

ixa ixora said...

kalau kat pinggang, orked geli gak ke?

misz beauty said...

thanx so much to orked shomel and mummy orked coz dtg wedding aunty.... xcited betul dpt pegang2 pipi orked yang bam bam lagi lembut tuh... wlupun uncle fizi ckit kecewa daddy orked xde... huhuhuu =D

lenkali nak suh aunty nyanyi tuk orked pun bley je... hihihih ;-)

Wafaa said...

orked sayang, sape potong rambut orked? comei. sejak lahir dah berap kali potong?

x0x0
Aunty Wafaa

Aunty Bard said...

sungguh comel ORKED dengan gaun putih tu...hehe terserlah ke'girl'an anak mummy sorang ni :-)....seperti biasa ORKED tetap ceria dan menunjukkan gusi hehehhe....

haku ko said...

:) AzfarHazim pun geli sangat beli geletek kat ketiak..heheh...tapi geli pun mcm suka je bila org usik2..

we will be in KL next week. leh kita jumpa kak intan& orked..g garden kat mana2 ker..ok?

Orked said...

Uncle Fizi kecewa ke Daddy tak dpt datang? Daddy cakap dia salah tengok jadual masa mummy ajak pegi kenduri auntie tu. Bila sehari dua sebelum wedding, system reminder automatic dari office daddy masuk ke handphone cakap ada wedding time tu pulak. Takpe, nanti kalau buat house warming buat lah weekdays, daddy Orked susah nak jumpa masa weekend. Orked pun kena buat appointment.

Irfan Rayyan Ridzuan said...

Hi Orked,
Irfan tak perasan another message di blog. Buku buku tu Mama dengan Ayah Irfan beli di Kinokuniya aje ada yang beli dekat Popular Bookstore aje. Tapi best sebab dia pop-up

tutcute said...

orked mmg cute :)
tahniah kpd pengantins :)
all pics r cool :)

Orked said...

aunty wafaa...
rambut orked ni daddy yg potongkan. rambut depan dah 2-3 kali potong. rambut belakang baru first time potong. mula-mula nak rambut panjang, tapi rimas la pulak...

yantz-yeem said...

wahhh orked tingin nak naik pelamin? heheheh cpt2 besar yea...nnti gerenti daddy orked amik gambo orked pose byk2 kat ats pelamin tu...

aunty syau lawa said...

orked.. u r really super cute!! cepatnye membesar, dah ade fringe lagiks :D

pls convey my msg to your mommy ; intan, rasanya mcm baru semalam je aku lepak kat bilik hang kat kolej 5, and outing to jb ramai2 dgn mok inah, sunet n kak yan. those were the times.. mcm tak percaya pulak hang dah ada anak dara yg comel dgn fringe yg cute!

NURUL said...

cantik gmbr. daddy orked ada shoot gmbr org pregnant tak?

Orked said...

Auntie Nurul, yang tu kena tanya daddy Orked. Blog dia kat sini http://blog.saifulnang.net Dia ambik gambar mummy Orked pregnant cantiikkkk...tapi takleh post lah pasal heheheh....cencored. Tapi Orked boleh lah tengok. Nanti Orked dah besar Orked nak kumpul duit nak hire daddy ambik gambar Orked lah :D