Saturday, July 4, 2009

Romantische Strasse

Ok, hari ni Orked akan ceritakan perjalanan menyusuri Romantische Strasse atau dalam Bahasa Inggerisnya, Romantik Road. Tapi sebelum tu Orked nak tunjuk rupa bahagian dalam motorhome yg Orked naik. Kalau tengok gambar kat bawah ni, kat dalam motorhome tu ada kitchen dan sink kat belakang, ada bilik air kecik kat sebelah kanan sink (nampak pintu aje), ada kerusi panjang (yg dah diletak kotak pinggan mangkuk dan beg kamera Daddy tu), dan ada meja makan. Meja makan ni bila berjalan jadi tempat duduk, bila malam boleh diconvert jadi katil utk Atuk dan Nenek tido.


Kat bahagian atas, dari tempat Daddy ambik gambar, ialah tempat Orked, Mummy dan Daddy tido. Tempat tido ni luas juga. Kalau Orked bangun awal, Orked masih ada ruang utk bergolek-golek sambil kacau Mummy dan Daddy. Kat tepi katil ada jaring supaya tak ada sesiapa terterjun dari katil masa tido.


Balik kepada Romantische Strasses ye. Ha, Orked dah pandai cakap German ni kenalah cakap German sebelum lupa. Hehehhe... Romantische Strasse ni ialah tempat Mummy dan Daddy jadi romantik. Hahah... Iklan je tu. Ulang suara. Romantische Strasses ni ialah jalan bertema yg panjang bermula dari Wurzburg ke Fussen, merentasi Bavaria. Apa yg bestnya tentang Romantische Strasse ni ialah pemandangan sepanjang perjalanan. Cantik... Tak lalu highway. Kalau lalu highway kan boring, nampak jalan je. Kat situ semua jalannya ialah jalan kecik dua hala yg masuk ladang, padang rumput, pekan kecil, medieval towns... Memang tak mengantuk bila lalu jalan ni sebab banyak pemandangan boleh dilihat. Lepas tu, kalau ada pemandangan cantik kat mana-mana boleh berhenti je ambik gambar. Kat highway mana boleh berhenti suka hati kan?

Walaupun Romantische Strasse ni mula dari Wurzburg, Orked takdelah lalu ikut semua route tu, sebab jauh juga jaraknya. Ada juga masuk highway utk cepatkan perjalanan. Satu lagi, mula-mula Daddy tak confident nak lalu jalan kecik bawak motorhome yg besar. Sebab accident tu lah, Daddy dah nervous. So, bila Daddy dah confident baru lalu.

Rothenburg ob der Tauber ni salah satu town yg termasuk dalam route Romantische Strasse ni. Rothenburg ni medieval town yg lama. Kalau nak rasa macam berada di zaman medieval dulu, kat sini boleh rasa. Lepas tu, sekeliling town ni di kelilingi wall yg masih ada hingga sekarang. Ini Orked di celah batu wall tu.


Kat situ bangunan di colourful. Lepas tu jalan dia dari batu batu besar besar. Ni Orked nak merasa keras ke tak batu jalannya ni... Hehhe... Setelah diuji, ternyata keras. Kalau nak bawak motorhome lalu pun tak tenggelam! :)


Orked cek jugak cermin tingkap, bersih ke tak. Boleh lah....


Mummy dgn Orked kat Rothenburg.


Atuk dgn Nenek pun suka datang sini. Tempatnya cantik, siapa tak suka?


Opss... gambar dgn Daddy belum ambik. Mummy ambikkan gambar Orked dgn Daddy pulak kat Rothenburg.


Aktiviti thephotomama.com tak boleh dilupakan! Ni photodaddy ambik gambar Orked. Kalau nak tengok hasil gambar-gambar dan cara ambik gambar masa Daddy ambik gambar Orked kat Rothenburg, bolehlah tengok di thephotomama.com dan jadi premium member! Banyak travel photography tips yg Daddy kongsikan.


Cantik kan tempat ni? Restoran dia banyak yg dia buat outdoor. Tak panas boleh lah! Kalau kat Malaysia kena pasang aircond kat luar ni, kalau tak, panas.


Ini Rathaus nya. Teka Rathaus tu apa.....


Mula-mula Orked ingat Rathaus tu rumah tikus. Rupa-rupanya Rathaus tu Town Hall... Lerr...

Tak habis lagi ambik gambar. Bangunan camni takde kat Malaysia. Jadi kena lah ambik gambar banyak-banyak.


Tak lama kat Rothenburg, dalam sejam gitu je. Lepas tu masuk highway sebab nak elakkan jalan kecik kat Rothenburg. Kat sana, tempat rehat tepi highway ada meja piknik. Ada yg bersih, ada jugak yg kureeenggg... Tengahari tu kami makan piknik kat tepi highway.

Tepi highway pun menarik gak nak ambik gambar. Mula-mula dalam bakul...


Lepas tu nak berjalan pijak rumput pulak. Rumput cantik, ada bunga Daisy kecik-kecik. Gatalnya kaki Orked, teringin nak pijak-pijak. Lagipun sepanjang perjalanan Orked dah duduk dalam bakul je. Nak juga stretchkan kaki Orked ni...


Inilah tempat piknik kami. Best kan?


Orked dan Atuk yg dah kenyang dan ready nak teruskan perjalanan.


Sebelum tu, Orked nak main terbang-terbang dulu.


Lepas lunch barulah kami masuk semula ke Romantische Strasse. Ini salah satu pemandangan sepanjang jalan tu. Luas je pemandangan kat situ.


Next stop ialah kat Schloss Harburg (schloss tu castle). Tak masuk pun, cuma tengok luarnya je. Waktu pun dah petang masa tu. Takut tak sempat sampai ke camp site. Banyak ni tempat Orked nak pergi. Jadi banyak jugak la tempat yg Orked tengok dan rakam guna mata je. Kalau setiap tempat cantik nak suruh Daddy berhenti ambik gambar, jawabnya seminggu le Orked di Romantische Strasse je.


Schloss Harburg ni terletak kat atas bukit. Ni kat luar schloss tu. Orked n family sekarang ni minat dgn alam sekitar. Jadi, gambar-gambar banyak yg berlatarbelakangkan alam sekitar. Orked dah tak minat dgn bangunan-bangunan lama sebab masa Orked kat dalam perut Orked dah tengok banyak bangunan lama. Dalam album Mummy n Daddy pun dah banyak gambar bangunan. Nak tengok pemandangan pulak kali ni.


Orked swing-swing dgn Mummy.


Mummy tonggang terbalik kan Orked. He he heeee... Orked suka...


Sebuah rumah kat situ. Typical rumah kat Germany kalau kat luar bandar.


Selepas dari Harburg ni, hujan sepanjang perjalanan. Jadi kitorang pun duduk dalam motorhome aje lah. Nak keluar ambik gambar dah tak boleh. Malamnya camping kat Bandwaldsee Campsite kat Schwangau. Tempat tu cantik tapi hujan sepanjang malam. Takde sesapa keluar dari motorhome sebab hujan + sejjjjjuuukkk.... Tempat tu kat kaki gunung banjaran Alps. Memang sejuk!

Esok kita sambung cerita (dan gambar!) di Schwangau, yang terkenal dgn Cinderella Castlenya!

Luv,

Orked
by Mummy

16 comments:

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

saaangat cantikk! insya allah suatu hari nanti, uncle pun nak ke sana. thanx orked kerana berkongsi dgn kami~

pidah said...

salam...
cantik nye gmbr..
paling suke yg orked tunggang terbalik tu..hhehheheh

seronok nye kalau motorhome tu ada kat msia nih...
seronoknye orked....

xxora said...

beautiful family

Sri Kandy Putri Naru (skpnaru) said...

Hi Orked.

Kamu sgt comey hehe :)

er, saya nak tanya sikit ni. dah lama gak nak tnya. tapi segan. ni dah tjumpe blog orked sendri, jadi boleh la kot saya tnya dgn tuan punya badan hehe..

kenapa orked pakai handy plaster kat forehead? luka ker?

btw, I like your sox :))

luv,
Kak Sri

tutcute said...

jeles la... :)

fazlinil irma said...

betul la orked..
cik irma jalan2 kat uk ni pun x leh nak pejam mata wpun penat sgt..
rasa rugi plak kalau trlepas bila tgok pemandangan yg sgt cantik..
dalam keta bergerak pun boleh snap gambar yg cantik2..hihii..

ratna said...

orked ni senyummmm ajer.. comel!!

AuntyJid said...

Banyaknya nama tempat yang AuntiJid tak pernah dgr. TQ Orked... very informative...

Keindahan alam sekitar bertambah cantik apabila diadun bersama kecomelan Orked. Tak sabarnya nak tgk Orked ziarah kg Cinderella. Orked sempat 'jumpa' cinderella tak? (",)...

AuntyJid said...

cantik sgt pic orked di sebalik jaring-jaring tu... ayuuuu jer... (",)

Orked said...

Kak Sri,
Orked pakai handyplast sebab dahi Orked luka, jatuh dari walker.

fifi said...

orked is such a happy baby..tak pernah tgk gmbr orked nangis.

Aunty Bard said...

suka betul tgk ORKED senyum....mesti nampak penuh gusi tu hehehhe....best betul tgk ORKED jalan2 :-). gambar ORKED semua lawa2

queserasera said...

suke gmbr orked kena swing ;)

Kamariah Idris said...

Hi Orked, so cute gurl..soronok tgk pemandangan negera org kan..

haku ko said...

baik baik orked.. jangan jatuh :)

nenek Orked said...

Hi Orked, nenek baru pulang dari Siem Reap dan Bangkok. Nenek bawa balik banyak baju baru yang sangat comel untuk Orked. Bagi tau mummy takyah beli baju raya lagi sebab nenek dah belikan. Hujung minggu ni kena datang rumah nenek ambil baju. Minggu depan tak boleh sebab nenek nak ke UK pula.