
Daddy dah dapat balik access mobile storage daddy, yeeahhhh...Orked boleh tunjuk gambar masa Orked tengah excited kemas beg. Mommy2 semua, tahu tak...beg siapa paling besaaaaarrrr sekali dalam semua-semua yang pergi kali ni?? hihihi....beg ORKED lah...beg siapa lagi. Orked kan baby...

Kat airport Dubai, daddy pulak yg excited bila dia tahu yang semua kita akan boarding to the superjumbo Airbus A380 kegilaan daddy. Daddy suka sangat teknologi kapal terbang sampai dia dah bookmark semua rancangan berkaitan kapal terbang.

Tadaaa....ini lah tempat Orked sepanjang perjalanan dari KL ke London Heathrow. Mommy jaga Orked jer kalau Orked nangis mommy ambik Orked. Dah lama dah Orked tak duduk dalam sampan macam ni.

Sepanjang perjalanan, meal Orked tak ada dalam menu kapal terbang. Tapi diorang bagi Orked mainan...terima kasih Emirates. Tu lah yang Orked makan biskut dan seperti biasa, "kantin" Orked ada sentiasa menemani Orked di mana sahaja Orked berada.

Alhamdulillah, sampai di London, semua clearance dgn Immigration Department berjalan lancar. 5 orang masuk ke UK hanya ambil masa 3 minit sahaja berbanding daddy yg kena interogate sampai dekat 1 jam tahun lepas. Tips nya senang sahaja, pastikan anda berpakaian kemas dan paling penting, semua dokumen perjalanan lengkap. Dokumen perjalanan wajib tu dah tentu lah macam passport Orked tu wajib, tapi dokumen-dokumen lain pun pentinggg sangatttt seperti ticket balik dan reservation hotel. Kemudian, kami semua naik tube dari Heathrow sampai ke Victoria (Hotel Orked).

Malam tu, ada re-union PB Neurogain Babies antara Azmarea and family with Nang's family. Orked ni baby Neurogain macam Azmarea juga. Masa mengandung dulu, Marisa (mummy Azmarea) bagitau kalau nak anak comel, chubby dan bijak, masa mengandung kena makan banyak PB Neurogain yang dibuat dari minyak ikan kod dan macam-macam benda yang menyihatkan dan stimulate brain development Orked.
Terima kasih auntie Marisa dan Uncle Alan dan juga Kakak Azmarea sudi datang bawakkan Nasi lemak kat hotel kami. InsyaAllah kalau datang lagi nanti Orked dah besar dah macam Kakak Azmarea sekarang.

Next day tu, daddy, mummy, Orked, Atuk dan nenek pergi keluar untuk jalan-jalan di Kota London. Temp masa tu dalam 8-15 degrees. Sebagai orang Melayu, kitorang tak tahan kena pakai baju tebal-tebal walaupun ramai mat saleh kat sini pakai short and skirt selamba jer.

Ini lah travelmate Orked...Atuk dan of course...daddy orked di Victoria Station. Ni gambar pagi-pagi masa tunggu lagi 20 minit untuk dapat Underground Pass murah (Rate off-peak).

Ini travelmate Orked dan Kantin orked juga. Masa ni kita pegi Westminster untuk bawak atuk dan nenek tengok Big Ben, Parliament House dan juga sekumpulan India penyokong gerakan Tamil Tiger yang berdemostrasi secara aman di depan Parliament House.

Ini lagi 2 orang Travelmate Orked...nenek dan atuk. Daddy cakap, dah lama niat nak bawak nenek dan atuk jalan-jalan...tapi daddy cakap, nenek Orked dulu sakit lama sangat, tak larat nak jalan. Daddy cakap nak bawak arwah nenek pergi jalan-jalan kalau dah sihat, tapi nenek Orked tak sempat sihat, nenek Orked pergi dulu. Rezeki nenek tiri Orked lah datang ke sini. Tapi nenek Orked yang ni pun baaaaiikkkk sangat. Dia sayaaannggg kat Orked dan atuk.

Dan ini dia yang terkacak ialah daddy Orked bersama stroller Orked yang berwarna hijau dan tak stylo tu. Tau tak...daddy paling suka tolak stroller Orked. Orked pun suka daddy tolak stroller Orked pasal daddy suka main-main dengan Orked...hihihi. Oke lah semua, nanti Orked sambung lagi ek.
Kira-kira ini ialah update "gostan" lah...byeee
ORKED
Amsterdam (Update untuk London)