Friday, October 29, 2010

Update Pantas

Dah lama Orked tak update blog. Mummy busy sangat. Tak sempat Orked nak suruh Mummy taipkan. Pagi-pagi gegas nak pergi kerja. Balik rumah gegas nak masak, nak makan, nak basuh macam-macam, nak main dgn Orked, nak main dgn Adik, nak tidurkan semua orang, dan akhirnya Mummy pun tido. Bila nak update?

Untuk update pantas ni, Orked cuma nak cerita tentang Adik Seri.


Adik Seri dah pandai main kaki diaaaa......


Wah, wah, wah....! Sampai bergulung-gulung badan dia nak main kaki.


Kelakar!


Tu je... Love you Adik.... Love you semua....

p/s: Dan satu lagi.... Dah seminggu Orked tak bocorrr...... Weeeeeee.... Orked dah pandaiiiiiiii! Dah tak yah pakai nappy! :D

xoxo
Orked
by Mummy

Sunday, October 17, 2010

Girlish

Salam semua...

Atuk, Nenek dan Cik Yana Orked baru je balik dari Bandung dan Jogjakarta minggu lepas. Semalam Orked pergi visit Atuk dan Nenek kat rumah mereka, dan Orked dapat hadiah! Banyak pulak tu... Macam-macam Atuk dan Nenek belikan untuk Orked.

Malam ni, walaupun kat rumah, Orked seronok dan tak boleh lepas pakai 2 hadiah cute yg Atuk dan Nenek belikan. Jadi, Mummy pun ambik gambar sebab Mummy kata Orked nampak cute dan girlish. Ala Mummy tu, apa Orked buat pun cute kan? (kecuali time nangis dan notty). Hehehhe...


Selipar bulu-bulu dan beg strawberry tu lah yg Atuk dan Nenek bagi kat Orked. Cuteeee... Selipar tu bulu-bulu dan lembut. Beg strawberry tu boleh jadi beg dan jadi bantal. Tapi kan, orang buat beg tu dah salah eja, dia eja strawwberry. Terlebih w! Heheheh....

Kalau tengok gambar yang kat atas ni pulak, boleh perasan tak ada sesuatu yang telah terjadi? Jeng, jeng, jeng... Orked dah terpotong rambut sendiri. Kat tengah-tengah tu. Nasib baiklah masih boleh cover lagi... Huhu...


Dan ini pulak ialah gambar adik yang latest. Adik dah 4 bulan. Sekarang ni dia suka buat muka kelakar macam ni. Dia ketap bibir dengan gusi yang takde gigi dia tu. Hehehe...

Ok, Orked dah nak tidur. Esok Mummy kerja. Mummy dah start kerja sejak Jumaat lepas. Nite nite!

xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, October 13, 2010

Finger Painting

Masa Daddy belikan kepak butterfly kat Orked, Daddy sebenarnya ada belikan benda lain juga. Kenapa ntah, hari tu Daddy murah hati pulak belikan banyak mainan untuk Orked. Sebab dah lama tak belikan kot? Tak pun sebab Daddy rindu kat Orked. Daddy dah jarang main dengan Orked sebab Daddy banyak keje.

Satu lagi mainan yang Daddy beli untuk Orked tu ialah colour untuk Orked buat finger painting. Wah, bestnya! Colour ni washable. So, tak yah risau dia melekat kat mana-mana, sebab boleh basuh. Orked gembira boleh mewarna, Mummy pun senang hati sebab baju dan rumah tak kotor. Hehehehe....

Gambar ni Mummy ambik masa hari pertama main. Mummy sayang dengan colour tu, takut habis. Jadi Mummy bagi colour hijau dan merah je. Ada 4 colour sebenarnya; merah, hijau, biru dan kuning. Hari ke-2 dan seterusnya baru Mummy bagi main semua colour.


Namanya finger painting, so kenalah guna jari untuk mewarna. Tapi sebenarnya boleh juga guna tapak tangan, berus, dan benda-benda lain juga. Cuma masa tu Mummy belum ajar Orked lagi. Mummy baru ajar guna jari je.


Khusyukkan Orked mewarna? Orked nak belajar lukis cantik-cantik. Orked nak jadi artist macam Daddy. Eh, bukan artist yang menyanyi, berlakon tu tau! Artist yg pandai melukisss.... Hehehhe... Daddy kalau lukis, cantik. Mummy pulak... Emmm... Booolleehhh laaaa... (Ambik hati je ni, takut Mummy dah tak nak lukis I Love U kat Orked lagi dah pasni).


Hari tu Mummy tunjuk video kat youtube. Ada sorang budak tu, umur 3 tahun dah pandai lukis cantik guna finger painting ni. Orked nak cuba buat jugak. Tp jadi camni jer....


Dah namanya orang kidal, dah elok-elok guna tangan kanan pun, terselit jugak guna tangan kiri. So, jadilah both hands painting. Hehehe...


Bila tambah warna merah baru la cantik sikit lukisan Orked. Ha, I Love U kat belakang tu la yang Orked selalu suruh Mummy lukis...


Camni lah rupanya tangan Orked lepas mewarna. Tapi jangan risau, colour ni senaaaaanggg sangat tanggal. Gosok-gosok sikit bawah air pun dah bersih dah. Tak yah nak susah kena sabun dan tonyoh-tonyoh kuat sangat pun. Kat baju Orked yg kotor pun senang hilang juga bila basuh. Kat kerusi dan meja Orked pun, Mummy lap guna kain basah je dia dah hilang. Betullah washable seperti yg ditulis kat label. Heheh....

Itulah dia pengalaman pertama Orked buat finger painting nih. Seronok! Lepas tu hari-hari Orked minta kat Mummy nak colour. Tapi Mummy bagi buat sekali sehari je. Mummy sayang takut colour habis lah tu... :p

Tata!
xoxo
Orked
by Mummy

Monday, October 11, 2010

Doa Makan dan Tido

Orked sekarang dah pandai baca doa. Ada dua doa yg Orked dah pandai. Orked belajar dari Mummy, Daddy dan iPad Daddy. Kat iPad Orked dengar lagu doa-doa ni kat youtube. Pastu Mummy dgn Daddy pun selalu suruh Orked baca dan ajar. Lama-lama Orked pun dah ingat.

Dulu mula-mula sebelum makan Orked baca Bismillah... je. Berbulan-bulan lah jugak sejak Orked pandai cakap nak berjaya baca sendiri dgn betul. Bila dah pass Bismillah, barulah Mummy dan Daddy ajar doa makan. Yg tu kejap je Orked belajar sebab lepas tu Mummy bukakan video Doa Makan yg ni http://www.youtube.com/watch?v=1PWvTXsYDt4 Lagu dia best, senang nak hafal.

Doa sebelum tidur pulak lepas Orked pass doa sebelum makan. Yg ni Mummy ajar hari-hari sebelum tidur. Lepas beberapa hari Orked pun ingat. Tapi Orked selalu salah, tertinggal "humma" je... Orked sebenarnya confused dah dengan Bismillah dan doa sebelum makan. Lebih kurang je bunyinya.... Yg ni Orked tak belajar kat youtube sebab lagunya kurang menarik.

Inilah hasilnya bacaan doa Orked. Tapi videonya terbalik sebab Mummy silap masa ambik guna handphone.

Sekarang ni projek terbaru Orked ialah doa selepas bangun tidur. Tapi doa ni susah sikit, panjang. Dah beberapa hari belajar tak pandai-pandai lagi... Dan juga nak belajar alif ba ta... Pun belum pandai lagi. Kena usaha lagi...

xoxo

Orked

by Mummy

Wednesday, October 6, 2010

Butterfly



Adik Seri has turned into a beauuuutiful butterfly. Geramnya!

Butterfly wings ni Daddy beli untuk Orked dan Adik. Seronok Orked main lari-lari (tapi tak terbang-terbang pun?) masa Daddy bawa balik hari tu. Riuh rendah rumah. Huhu....

Mummy dah ambik gambar Adik dengan butterfly wings ni, tapi belum ambik gambar Orked lagi. Mummy kata dia takde idea nak suruh Orked pose camne biar nampak macam Tinker Bell yg fairy tuh. Ada idea nanti baru ambik... Tak pun minta Daddy tolong ambikkan. Tapi Daddy sekarang ni busy bebenar.... Dari pagi ke pagi balik kerja je... Xpelah, untuk Orked juga.

xoxo

Orked
by Mummy