Saturday, January 16, 2010

Klinik

Hari ni Daddy dan Mummy bawak Orked pergi klinik Dr Ling. Dr Ling ni doktor Orked sejak Orked lahir lagi. Sekarang ni dah pindah rumah, jauh lah sikit klinik Dr Ling dari rumah Orked. Tapi Mummy dan Daddy bawa Orked ke situ jugak lagi sebab Orked dah ada appointment. Lagipun Dr Ling ada semua rekod perubatan Orked. Orked dah cucuk ke tak cucuk ke pun Dr Ling tau semuanya. Alamak, tak boleh lah nak skip cucuk kalau camtu kan? Huhu...

Mula-mula sampai Orked timbang dulu.


Kali ni berat Orked dah 8.5 kg. Ye, Orked tau, Orked ringan....

Lepas tu Dr. cek jantung dan paru-paru Orked pulak. Dr. kata, "OK!".


Lepas tu Dr ukur lilitan kepala Orked pulak. Kepala Orked sekarang 47.5 cm. Hui, besarrrr....!


Dan last sekali Dr ukur tinggi/panjang Orked. Orked sekarang 76 cm. Rendah, hehehhe....


Ooopppssss.... Rupanya yg tadi tu bukan last. Orked ingatkan last. Lepas tu Dr Ling masuk bilik dia, dan bila dia keluar balik, dia bawak jarum suntikan, nak cucuk Orked dgn suntikan Chickenpox. Tapi masa tu Daddy dukung Orked dan Mummy tunjukkan mainan train Dr Ling kat Orked. Orked pun tak perasan masa bila Orked kena cucuk. Tiba-tiba Dr Ling kata sudah je. Orked tak sempat nangis pun. Tapi biasanya masa pergi cucuk Orked memang tak nangis pun. Paling kuat pun ada keluar bunyi "Weeeekkkk..." pastu dah diam. Kadang-kadang ada jugak masa menunggu turn nak jumpa Dr Ling Orked terdengar bunyi baby lain menangis. Kuat. Sampai boleh dengar kat luar bilik Dr. Tapi Orked baby yg tough. Orked tahan sakit. Tak nangis pun. Yg ni takde gambarlah sebab Mummy tengah main train untuk Orked.

Lepas cucuk barulah kitorang semua duduk. Dr Ling nak discuss tentang perkembangan Orked. Macam Orked cakap, Orked ringan. Kalau tengok carta Dr Ling, Orked ni kategori 3% je. Itupun dah kira OK. Bulan lepas langsung tak masuk carta. Tapi lepas tu Orked dah makan lagi banyak dan minum susu botol besar. Jadi berat Orked dah bertambah 650g dalam masa 1 bulan. Orked ni makan banyak, tapi tak tau la mana pergi makanan Orked. Hmmm... Pasal berak banyak dan main banyak kot. Tapi bulan lepas Orked baru makan ubat cacing. Lepas tu berat badan Orked naik banyak. Agaknya perut Orked masa tu banyak cacing kot... Tapi sekarang takde lagi.

Tinggi Orked pulak, ikut carta tu, dalam 10%. Hihi... Petite orangnya Orked ni. Beli baju pun saiz kecik-kecik. Nampak gayanya besar nanti Orked tak jadi macam Mummy lah.

Yg peliknya, kepala Orked amatlah besar, berbanding badan Orked yg kecik comei comei nih. Kepala Orked 90% kategorinya. Hahaha... Memang nampak tak balance kepala yg besar dgn badan yg kecik ni. Kalau ambik gambar muka je, mmg nampak Orked gemuk, tapi bila tengok keseluruhan badan, nampak Orked kecik comei comei. Hehhehe... Apa ntah dalam kepala yg besar tu. Orked rasa macam otak! Hihihi... Otak banyak takpe kan? Nanti boleh jadi pandai.

Dan akhir sekali, Dr Ling suruh datang lagi lepas raya Cina. Nak cucuk lagi katanya. Adui, tak abis-abis lagi ke cucuk Dr? Berlubang dah bontot Orked niii... Kali ni untuki DTP, Polio & Hib Booster pulak. Apa-apa je lah Dr, Orked tak kisah pun. Takde le sakit sangat. Cuma Daddy kot yg kisah, sebab ongkosnya Daddy yg bayar. Heheheh...


Dan sebelum balik, Orked tolong Daddy bayarkan, guna duit Daddy. Oh ya, Dr Ling yg baik hati ada bagi kat Orked belon bentuk squirrel. Nurse tu pulak bagi kat Orked Huggies pull up pants dan beg nappy. TQ!

Itulah cerita Orked pergi klinik hari ni. Minggu lepas Orked gi Melaka, tapi tak sempat lagi nak cerita. Insya Allah Orked ceritakan lain kali. Ceritanya panjang, Mummy tak nak tolong Orked taipkan hari ni. Mummy nak taip cerita yg pendek dulu.

Ok, byeee....

Muah muah...

Orked
by Mummy

18 comments:

Anonymous said...

Heee..kenal lah ngn Dr Ling Shih Gang. Dia practice kt Tropicana Medical Ctr kota damansara jugerkk :)

Auntyjid said...

Bagus Orked ada kepala + otak yang besar... boleh banyak berfikiran besar macam orang besar-besar.. (",). Auntyjid teringat satu kata2 dari sapa (tak ingat siapa yg cakap...)"...Think big goals and win big success..."

go! go! orked go! hihihi..

Hasnor said...

ohh..a'a laa patut cm kenal..haha dia my paed kt tropicana :)

yeyeh! sukenya dpt share paed ngan Orked yg comey nih :)

Deeeee said...

Salam Orked & Mummy Orked,
Comel la orked ni ^_^
behave je dia
Tak pe orked .. kepala besar tanda ilmu banyak ^_^ amin

misz beauty said...

orked nih pipi je montel... yg laen tecik comey jerk... ehehheee ;-)

Aunty Bard said...

wah Orked dah makin membesar, eat a lot of protein ok and Insy-Allah your height and weight gain....boleh la jadi mcm mummy nanti :-)

Orked said...

echa & hasnor: oh, famous gak ye dr ling nih? patut le consultation hours dia pelik2 sikit, rupanya sbb dia keje kat dua tempat... share paed, best best.... :D

aunty jid & dayah & miszbeauty: heheh... otak banyak dan pipi besar juga. hehehe... tu yg ukur lilit besar. jangan banyak angin sudah.... :D

aunty bard: mummy galakkan makan ikan sbb dulu nenek selalu kata kat mummy yg makan ikan banyak boleh jadi tinggi. :D

mar!ahaf!z said...

orang ckp kalau kepala kita besar, bijak.. :)

sarah kalam said...

yeay orked gud girl...

Lissa Ahmad said...

alalala.. bila nak play date dengan indah ni? tak pernah jumpa orked punn...

Aunty Bard said...

hehehehhebetul tu Orked, makan ikan banyak2 n meat as well. membantu perkembangan tubuh badan dan minda

Anonymous said...

hurm too much injection la orked nih, sebenarnya tak baik banyak sangat bagi budak sekecik ni cucuk sana sini, tgk lah muka die tak ceria pon. nampak macam baby yang tak sihat. better bagi die ambil madu setiap hari untuk tingkatkan imuniti dia. oke Mummy :)

Orked said...

hi anon: kami cuma follow schedule immunity program yg doktor bagi. boleh ke main skip2 je certain injections?

Anonymous said...

mama orked, nk tanya masa pregnantkan orked ade makan/amik fish oil tak?

Orked said...

anon: ada, saya makan neurogain pb. tapi takde lah hari2. selang2 hari ada makan.

ratna said...

orked.. auntie nak bg cadangan utk orked.. apa kata orked cuba mkn APPETON MULTIVITAMINS LYSINE SYRUP. dia utk menambahkan selera mkn dan bole naikkan berat badan. dulu kan.. anak auntie mkn tu ler.. dan terus selera mkn dia membuak-buak dan berat badan dia pun naik. amat bagus tau..

Orked said...

aunty ratna: thank you aunty. emm... mummy ada gak bagi makan benda tu, baru2 ni lah. sejak tu juga la orked naik berat badan. tapi orked makan sikit je, tak sedap kot...

ainiyah said...

ringan tak penat kak intan dokong.adam yg 6month suda 8.3kg kurang 200gram dr orked.:D