Wednesday, August 19, 2009

Orked 1 tahun


Ini Orked masa berumur 4 hari . Daddy ambik gambar ni. Masa ni Orked tak pandai buat apa lagi. Daddy cakap kalau Orked nangis pun macam tak dengar jer tapi sekarang Orked dah pandai nangis macam Soprano singer daddy cakap (Soprano tu apa ek?).


Ini di tempat yang sama macam gambar pertama tu...tapi tengok kaki Orked dah sampai tak muat dah. Dah terjuntai ke bawah dah. Maknanya..Orked dah besarrrr dahhh! Besok (Khamis) Orked akan cukup 1 tahun. Yeyehhhh. Daddy dan mummy tak buat party pun, pasal mengingatkan ramai baby-baby lain terkorban kerana H1N1 dan jugak baby2 macam Orked yg mati di Gaza haritu, daddy dan mummy tak sampai hati nak buat birthday gilang gemilang. Cukuplah setakat nanti jemput atuk dan nenek-nenek, auntie Yana, Paklong, Maklong, Paklang dan Maklang (dan anak maklang dalam perut) dan juga Pak Su. Tarikhnya tak tau lagik bila, mungkin bukan besok lah pasal Orked sibuk besok, ada appointment dengan Doktor. Lagi 1 birthday Orked besok cuma nak spend masa dengan mummy dgn daddy jer lama-lama.

Lagipun Daddy baru balik dari London semalam. Seronok bila daddy balik dari London terus Orked tunjukkan skill baru Orked. Sekarang Orked dah pandai berjalan few steps dahhhh. Daddy seronok tengok Orked dah mula berjalan. Itu kira hadiah Orked kat daddy dan mummy lah sempena Orked cukup 1 tahun. Nak beli apa2 untuk mummy dan daddy Orked pun belum kerja lagi dan takde duit lagik nak belikan.

Oke lah semua. Orked nak balik dah ni. Babaiii

ORKED

38 comments:

Unknown said...

happy birthday orked..........

nice n creative pics....

Mawaddah said...

hepi birthday orked :) aunty masih terkenang entri mummy masa nak lahirkan orked.sedar tak sedar...1 tahun berlalu.smg orked akan jadi anak yang berjasa nanti :)

DYLA said...

Happy 1st Birthday , Orked!

wah dah pandai jalan yer...

fizamior said...

Wah! Orked dah setahun... Damia baru 2months... Hiks..
Happy birthday Orked!! (or Kakak Orked)
May Allah bless you..


Lots Of Loves,
Damia

y u z said...

bila orked naik darjah 1,takleh dah duduk dalam tu.ranap laci almari jawabnya. =D

kreatif daddy orked ni,laci pun leh jadi setting photoshoot.bertuah orked.

orked jaga kesihatan ya.

Fazlinil Irma said...

sanah helwa ya jamilah..
moga membesar menjadi permata hati dan penyejuk mata buat ayahbonda :)

KL soprano tu mcm suara ning baizura :) tp tak mau la jd ning..jd mcm sharifah khasif fadzilah tau..sedap dia ngaji :)

Kuey san said...

Wah Wah Wah

Selalunya ending each entry:

Orked
by Mummy

But this time,

Orked.

alone!!

Fuhhh genius betol.. baru setahun dah pandai blogging.

:P

"Hepi Bdayyy"

Anonymous said...

orked chomel.. ;)

happy besday ke-1, semoga cepat besar, sihat dan kuat bagai johan...:)

dan...

jadi anak yang baik k.. ;)

luv,
acik ita

Anonymous said...

Hi Orked..Happy Birthday..
Semoga sehat slalu dan dlm lindungi Allah S.W.T..Amin..

paklang&maklang said...

Happy birthday orked, nnti tunggu kazen orked lahir yeh bulan 11 ni insyaallah. Dah pandai jalan dah? u go girl.

misz beauty said...

happy birthday to you....
happy birthday to you....
happy birthday to dear orked....
happy birthday to you...

aunty nak nyanyi lagi satu lagu okay..

Allah selamat kan kamu...
Allah selamat kan kamu...
Allah selamat kan Orked binti Saiful
Allah selamat kan kamu...

Jeng jeng jeng...

Semoga Orked membesar dengan sehat dan cergas... Menjadi anak yang solehah buat mummy dan daddy serta menjadi anak bijak pandai dan berguna pada mummy daddy nusa dan bangsa... =)

Muaccckkssss :-*

Wafaa said...

dah 1 tahun dah anak dara sorang ni.

selamat hari lahir.

selamat berpuasa.

hani_zan said...

salam orked...

HAPPY BIRTHDAY!!! Yang ke berapa ni?hehehehehhe....

Semoga orked jadi anak yang solehah...dan berjaya dunia dan akhirat...

Ingat jasa mummy n daddy orked...
macam auntie bagitau hari 2...
teruskan kecomelan orked sampai biler...

ok... :)

AuntyJid said...

Dear darling Orked...

Dah 1 tahun rupanya yer. Rasa macam baru jer tengok Orked baby...

Selamat Ulang tahun pertama buat Orked. Semoga hidup Orked sentiasa diberkati dan dirahmati Allah dengan kebahagiaan yang berpanjangan.

mmmwaahhhhh Orked....

mama_alifsarah said...

hepi bezday orked. moga jadi anak yang baik.

mama_alifsarah said...

hepi bezday orked. moga jadi anak yang baik.

zeta said...

Orked..
Selamat Hari Lahir..
Dah 1 tahun jgn nakal2 yer..
Semoga menjadi anak yg baik..
Semoga dirahmati Allah selalu..

Aunty Bard said...

Happy 1st Birthday ORKED...dah genap setahun ORKED hari ni. sejekap jer masa berlalu and ORKED dah pandai jalan a few steps dah pun. we proud of u ORKED. Be a good one ok muah muah muah....!!!

Orked said...

thank you auntie2 semua dengan wishes semua tu.
Auntie Fazlinil : Mummy Orked tau lah Soprano tu apa, Orked yang tak tau tu yg Orked tanya tu.

Cahaya said...

happy birthday orked:-)
jgn nakal2 tau...

valleybird17 said...

Happy 1st Birthday Orked! =) May Allah s.w.t bless you, mummy & daddy =)

Ejen Insurans Orked said...

happy birthday Orked~~!! :)
semoga membesar bagai juara..

hope ur daddy bring back the card i sent to u (just in case he forgot...pls ask from daddy okey :p )


Auntie Nafisah & Uncle Nizam

ryani said...

hepi besday cayang..meh auntie yan geget2 pipi tembam orked tu!! eeiii gerrraammmm!!!

Nana said...

Happy Birthday Orked!!!!
Nice to know u.

Lots of love;
Mama Irdina&Irfan

Anonymous said...

Hepi Birthday Orked..
Today dah kene pandai berjalan tau...
C U nanti.. Ibu nak tengok Orked jalan dah..

Ibu Ira
Rumah Pengasih Warga Prihatin

susudalambotol said...

happy birthday Orked!
:)

Love,
Pak Lang & Mak Lang.

Papa Hanan said...

Happy birthday Orked!!
Nnt mintak 'adik' kat Daday & Mummy yeee :)

Unknown said...

alahai.. comel je orked kat dalam drawer tuh... Hepi besday Orked..
(sebut orked.. teringat yasmin ahmad.. al fatihah)

mamalisa said...

happy birthday orked, semoga sihat senantiasa dan dalam lindungan Allah.

Be good girl ok :=)

AuntyJid said...

Orked, Auntyjid rasa nak nyanyi lagu selamat ulangtahun special untuk orked. Versi orang arab.

Sanah Helwah ya jameelah
Sanah Helwah ya jameelah
Sanah Helwah ya jameelah Orked
Sanah Helwah ya jameelah

Terjemahannya:

Selamat ulangtahun si comel
Selamat ulangtahun si comel
Selamat ulangtahun si comel orked
Selamat ulangtahun si comel

**Jameelah tu maksudnya cantik. Tapi untuk Orked Auntyjid ubah jadi comel lah...hehehe...

SMM said...

happy first birhday, orked! :)
from auntie mynie..

Unknown said...

salam..

kak uny ngan abg wan nak wish orked HAPPY BIRTHDAY..
kak uny ngan abg wan ske sgt bace blog orked taw..

orked da setahun nie..
jangan nakal2 ye..
nanti pening daddy ngan mummy orked..
hehe..

ok la..
kak uny ngan abg wan doakan orked happy selalu mcm daddy ngan mummy orked..
xnak nangis2 taw..

wit luv,
KAK UNY n ABG WAN

nenek Orked said...

Selamat menyambut ulang tahun pertama cucu nenek tersayang! Sori ucapan lewat sikit sebab nenek ditimpa masaalah internet. Baru semalam dapat online semula. Happy birthday ya sayang.
Peluk cium dari nenek Orked.

IamYonna said...

happy birthday si orked comel. membesarlah kamu dengan comel sekali.membesarlah kamu menjadi anak yang solehah utk ibu bapa kamu. :)

dan smoga akan membesar sebagai model daddy yang paling comel dalam dunia! :)

yantz-yeem said...

HEPI BIRTHDAY ORKED...SMUGA MENJADI ANAK YG TABAH DAN KEBANGGAN MOMMY N DADDY YEA :)

Orked said...

Thank you semua sebab wish happy birthday kat Orked. Orked happy sangat birthday tahun ni... Dan Orked tak sabar nak birthday lagi. Tapi Mummy kata tahun depan la pulak. :D

aliff + afifah + adam + ada said...

hi awak, nice blog u have here..and very cute little orked u have there ;) apparently my niece pun nama orked, zara orked. happy birthday to ur little orked ya ;)

zamzarina said...

happy birthday orked. semoga sihat n cepat membesar...muah!muah! banyak lagi tapak yang harus orked langkah, malah oked harus lari tapi banyak halangan yang harus oked tempuhi, walau jatuh beribu kali oked harus bangun dan terus melangkah. mungkin oked tak faham sekarang nanti dah besar oked akan faham ok. muah!muah!