Saturday, July 18, 2009

Schwangau, Germany

Dah lama Orked tak menulis kat sini. Dah dah lagi lama Orked berhenti cerita holiday hari tu. Tapi gambar ada banyak lagi, nak kena share juga sebelum kena tutup kitab.

Ini gambar masa kat Schwangau. Schwangau ni dah hujung Romantische Strasse yang kami lalu tu. Apa yg best kat sini? View dia bessssstttttttttttt sangatttttttt... Masa Orked pergi, ada padang rumput hijau yg tumbuh bunga-bunga kecik putih kuning. Lepas tu latarbelakangnya pulak gunung Bavarian Alps. Rumah-rumah kat situ pun cute cute aje. Kebanyakannya dibuat daripada kayu. Mata Orked masa kat sana bersih, sebab tengok hijau banyak. Paru-paru pun bersih juga, sebab hidu udara yg segar. Gambar Orked, Mummy dan Daddy kat sana banyak sangat. Kat sini Orked suruh Mummy letak banyak. Kat dalam album lagi banyak ada. Sebab Orked seronok sangat (Mummy dan Daddy pun).


Satu lagi benda yg paling famous kat Schwangau ialah Cinderella Castle yang terkenal tu, the Neuchwanstein Castle. Tapi Orked tak naik lah. Sebab dulu masa bujang Mummy dah naik. Nak naik tu kena panjat bukit lah jugak. Tak larat lah Orked nak memanjat. Lagipun masa suntuk. Banyak lagi tempat nak tengok.


Tapi Orked dapatlah jugak tengok castle tu. Dari bawah kat padang rumput tu nampak, kecik je. Lepas tu Orked juga naik kereta kabel kat Tegelberg Mountain. Dari situ pun boleh nampak castle tu.


Ok, sekarang Orked tunjukkan gambar-gambar yg banyak tu.




Ni Daddy dan senapangnya dah ready nak shoot gambar Mummy. Sebelum tu Daddy shoot gambar untuk portfolio Daddy dulu. Orked masa ni baru je tido. Jadi diorang tak mo kacau Orked.

Kalau gambar dalam rumput, celah bunga camni, memang Mummy suka lah ni...


Daddy pulak. Kamera Daddy pun melayang-layang sekali.


Ini motorhome yg kami naik. Orked ada kat dalam tu, tido.


Lepas tu jumpa kereta kabel boleh panjang Gunung Tegelberg. Tinggi, tapi dah tak ingat ketinggiannya. Itu petang banjaran gunung-gunung kat situ. Kat atas tu sejuk, jadi kena siap-siap pakai baju tebal.


Dari dalam kereta kabel tu boleh nampak Cinderella's castle. Yang sebelah kiri tu. Neuchwanstein namanya. Yg sebelah kanan pun castle juga. Hohenschwangau Castle. Germany ni memang castle ada merata-rata. Tapi inilah yg paling cantik dan famous rasanya.


Ini Daddy tengah shoot orang gliding. Cam best je naik benda tu, kalau tak gayat lah. Boleh terbang macam burung, tengok pemandangan yg cantik. Nanti Orked besar rasa nak try lah.

Cantik kan pemandangan dari atas? Boleh nampak Schwangau kat bawah. Ada tasik besar kat situ. Malam sebelumnya kami camping kat situ lah. Tapi malangnya hujan sepanjang malam hingga pagi. Jadi, tak merasa lah tasiknya.


Ini berlatarbelakangkan gunung pulak. Tengok Orked, berbalut macam guni. Sejuk kat atas tu. Salji ada jugak sikit-sikit. Nampak tak yg putih kat gunung belakang tu? Salji lah tu. Ada salji maknanya suhunya maximum 0 darjah lah kan?


Awan-awan pun dah cecah puncak-puncak.


Nak naik/turun atas tu, tak semestinya naik kereta kabel atau gliding. Boleh juga memanjat. Nampak trek kat belakang Orked tu. Curamnya. Tu baru sikit. Ada yg lagi curam dan berbatu-batu. Takpelah, Orked naik kereta kabel je.
Lepas aksi melompat ni, kami turun bawah semula.


Berhenti lagi kat tepi jalan dekat tempat tadi, sebab ada orang tak puas lagi bergambar. Daddy lah yg kena shoot.


Woooo... Bestnya Mummy.....


Orked dah tak tido. Orked nak joooooiiiinnnnnn!

Caaakkkk!
Wooooo....
Destinasi seterusnya ialah ke Lindau, Germany. Lindau ni dah sempadan Germany. Sebelahnya ada Austria dan Switzerland. Di Lindau juga ada Bodensee (see tu maksudnya tasik).

Ini tempat camping kat Lindau. Kat sini dah tak sejuk, jadi semua orang boleh pakai baju nipis dan lengan pendek je.


Jauh jugak jalan dari Schwangau ke Lindau. Orked letih juga duduk lama-lama dalam motorhome. Jadi bila sampai Orked pun exercise. Mula-mula naik kuda kepang.


Pastu praktis skill berjalan.


Dan akhir sekali terbang-terbang....
Sebelum balik semula ke motorhome untuk dinner dan tido.
Esok paginya Daddy bawak Orked ke Switzerland. Wwwwoooooo.... Best.... Orked tak sabar. Malam tu Orked tido awal supaya cepat pagi.
Luv,
Orked
by Mummy

13 comments:

Fazlinil Irma said...

Cantiklah gambar orked..yang best banyak gambar mummy kasi kami tengok..

thanks KL..! ;)

mama_alifsarah said...

sejuk mata nengok gambor cuti orked ni.. tak dapat pegi dapat nengok gambo orked pun seronok.. :) pasti mommy letak banyak2 lagi tau..

IbuAisye said...

Hi..baru jumpa blog orked ni..best tengok n baca pengalaman orked..tak sabar nak tunggu citer orked lagi..

IbuAisye said...

hi orked..auntie baru jumpa blog arked ni..beshh..banyak citer n gambar2 yang cantik2 semuanye..tak sabar nak baca citer orked di switzerland.

AuntyJid said...

Rindunyaaa seminggu tak baca cerita Orked. hari-hari AuntyJid tunggu depan PC...

Cantiklah gambar Orked naik kuda kepang tuh.. macam dah 'expert'!.. (",).

AuntyJid suka tgk sume pic Orked yg terbang-terbang... Aksi Orked nampak natural dan bersahaja.. Memang Orked pandaiii sgt possing...

Nape Orked nak tutup kitab? Mummy nak buka kitab lebih besar yer untuk Orked?.. (",)

Orked said...

irma, mama_alifsarah: no prob :) gambar mmg banyak, cuma tak larat nak letak semua...

IbuAisye: thanks... nanti akan sambung dan sambung... Insya Allah

AuntyJid: Mummynya sibuk sket last week. Orked pun tak kasi can Mummy nak tenet. Suruh main dgn dia aje... Tutup kitab tu = tutup kitab citer holiday. Bukak kitab citer lain pulak bila dah abis citer holiday. Tak banyak lg dah...

Mummy Orked

Pnut said...

Orked, auntie tgh berseminar,
esok daddy orked jd presenter..auntie nak usha daddy orked ek..

muaahss dari alesya...

sumijelly said...

wah..bestnya orked..
asyik ke sana ke mari..
aunty sumi setakat malaysia jer..
hehehe...

apa-apa pun enjoyyyyyyy........
sementara tgh kecil lagi..
sok dh besar susah nak enjoy..
hehehehe.......

misz beauty said...

alaa.... jeles lah aunty beauty duk tengok pict2 orked and family nih.. bile lah uncle fizi nak bawak auntie beauty pegi tempat2 cam ni... huhuhuhuuuu =D

pn-iena said...

cutenya orked....siap kena lambung2 lagi eheheh...seronoknya!

Aunty Bard said...

alahai geramnya aunty tgk ORKED naik kuda kepang tu. so sweet la....bila ORKED kena lambung tu, aunty pun terasa seronok. mummy nampak makin slim n lawa la hehehhe apa petua mummy ORKED ni?

Unknown said...

subhanallah cantiknya lukisan created by Allah.Terasa kecik dan kerdilnya dibumi allah yang luas ini.bagus orked, bnyk berjalan luas pengetahuan.

zamzarina said...

hai oked sayang...
bestnye dpt tgk negara luar, untung orked kecik2 dah dpt g sane sane.
kak zam doakan orked membesar dengan sihat dan bijak macam daddy dan mummy orked.. kak zam suka tgk orked membesar walaupun tak pernah jumpa orked tapi blog oked sentiasa menjadi destinasi utama kak zam. kejayaan daddy oked juga sgt kak zam kagumi.
take care orked n jgn nakal-nakal tau. muah!