Assalamualaikum semua....
Kalau tak tahu lagi, Orked dan Seri sebenarnya dah ada adik baru...! Nama dia Lela bt Saiful. Adik Lela lahir pada 5 Julai 2012 yang lalu, jam 7.32 pagi di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya, dengan berat 3.5 kg.
Kisahnya bermula pada jam 2 pagi 5 Julai 2012. Masa tu kitorang semua tengah tido. Mummy terjaga dan nak pergi toilet. Tengok-tengok dah ada tanda awal nak bersalin, keluar darah sikit. Malam sebelumnya, sebelum tido, takde apa-apa tanda lagi pun. Mummy cam biasa je, siap masak dinner ayam goreng kicap lagi. Rupanya tu lah last dinner yang Mummy akan masak untuk beberapa lama ni (sementara "cuti"). Mummy cakap kat Daddy dan lepas discuss, decided nak pergi hospital jam 7 pagi, sebelum traffic jam nak ke hospital. Tapi sejam kemudian, Mummy dah mula rasa contraction dan makin lama makin kerap. 3.30 am semua orang dikejutkan bangun nak pergi hospital. Baik pulak Orked dan Seri pagi tu sebab tak meragam bila kena kejut bangun awal pagi bila diberitahu adik dah nak lahir. Dalam 4.30 pagi, kami semua selamat sampai di hospital, termasuklah Atuk Ahamad dan Nenek Hasiah. Bila dicek, Mummy dah 5 cm dan contraction pun selang 6 minit sekali. Lepas tu Orked dan Seri pun ikut Atuk dan Nenek balik untuk sambung tido. Bila bangun, tau tau je Mummy dah selamat lahirkan Adik Lela. Alhamdulillah... Kitorang semua happy dan tak sabar nak tengok Mummy dan Adik Lela kat hospital.
Okey, sekarang Orked dan Seri nak share gambar-gambar Adik Lela...
 |
Day 1 - Adik Lela fresh from the oven, dalam labour room lepas dibersihkan dan ditimbang. Darah pun ada lagi kat muka dia. |
 |
Day 1 - Lepas mandi dan dibungkus comel-comel, Adik Lela dibawa masuk ke wad untuk bersama dengan Mummy. |
 |
Day 1 - Gambar keluarga berlima yang pertama :) |
 |
Day 2 - Dah nak balik rumah. |
 |
Day 3 - Seronoknya tido kat rumah.... |
 |
Day 3 - Geliat nak keluar tangan dari bedung. |
 |
Day 3 - Tido macam ni barulah selesa... |
 |
Day 5 - Kakak teringin nak riba Adik Lela |
 |
Day 5 - Sedia nak tido. |
 |
Day 6 - Baru bangun tido, good morning! |
 |
Day 6 - Daddy's Angels |
 |
Day 6 - Kakak Seri sayang Adik Lela |
 |
Day 6 - Nak main dengan Adik, tapi Adik belum faham lagi... |
 |
Day 6 - Seri dan Lela |
 |
Day 6 - Kakak Orked pun saaayyaaanngg Adik Lela. |
 |
Day 7 - Lepas mandi. |
 |
Day 7 - Adik comel! |
 |
Day 7 - Tido pipi penyet... |
Kakak Orked dan Kakak Seri sayanggg sangat dekat Adik Lela. Dulu masa dalam perut Mummy, Kakak Orked selalu tanya Mummy, bila adik nak keluar, sebab Kakak rinnnndduuu nak tengok Adik. Sekarang bila Adik dah keluar, kakak selalu tanya bila adik nak bangun tido, sebab kakak nak main dengan adik. Tapi buat masa sekarang ni, Adik ni kerjanya tido, minum susu, tido je. Dia berjaga pun sekejap dan kadang-kadang aje. Mungkin bila dia besar sikit nanti dia akan berjaga lebih banyak. Bolehlah kakak main dengan adik nanti...
xoxo
Orked dan Seri
by Mummy