Wednesday, January 11, 2012

Hafazan

Orked dah lama tak menulis kat blog, kan? Sebabnya, Mummy tak larat. Kalau anytime diberi pilihan, Mummy nak tido ke nak update blog, mesti Mummy pilih tido. Ehehhehehhe... Maklum ler, orang pregnant... Ye, Orked dah nak ada adik lagi seorang dah. Sekarang Mummy dah masuk minggu ke-14. Tak lama lagi bukan Orked seorang je jadi Kak Orked, Seri pun dah nak jadi Kak Seri. Huh, Seri kecik-kecik camtu dah jadi kakak. Sesuai ke? Takde tokoh pun? Lain le Orked. Ehehhehhe....

Anyway, aktiviti terbaru Orked sekarang ni ialah Hafazan. Sebelum ni dah macam-macam lagu Orked hafal. Dulu-dulu lagu Bahasa Melayu. Lepas tu lagu Bahasa Inggeris yang Orked tak faham pun ada yang dah terhafal. So, Mummy rasa lebih elok kalau Orked buat hafazan juga. Takde lah dok menghafal lagu je kan? Al-Fatihah tu Mummy pun terkejut tetiba Orked dah boleh hafal. Orked hafal sebab selalu dengar kakak-kakak baca masa Orked join solat jemaah kat Prihatin masa kem motivasi cuti sekolah yang lepas. Mummy dah detect Orked pandai baca Fatihah, Mummy pun continue dengan surah Al-Ikhlas dan surah An-Nas. Sekarang baru nak introduce surah Al-Falaq. Harap-harapnya cepat dapat hafal.

Setakat ini, inilah saja yang Orked dah hafal. Harap-harap usaha Mummy dan Orked ni akan berterusan. Mummy ni selalunya hangat-hangat tahi ayam je. Mula-mula ye ye je, pastu malas... Ehehheheh... Doakan kami ek.







Tata titi tutu

Love,
Orked
by Mummy

16 comments:

ratna said...

Pandai orked...anak auntie pun x lps lg...he he he...good..

Sofya said...

alhamdulillah... semoga usaha tu berkekalan dan berhasil.. amin

Filla said...

wahhhh nak dapat adik.. weeehooo.. alamak tinggal train lah auntie nie? tak larattttt.. hahah.. amaani lasak! hahaha

Fazlinil Irma said...

tahniah kak long.. dah masuk 3. pandai orked hafaz surah pendek. nanti mtak mummy pasangkan ayat quran dlm keta. senang orked nak ikut.

z e r a n a i m said...

waaaahhhh...alhamdullilah...harap anak saudara auntie terang hati mcm orked nnt...:)

Orked said...

Auntie Ratna: TQ. Nanti mesti anak auntie pun boleh juga lepas praktis banyak2.

Auntie Sofya: TQ dan Insya Allah.

Auntie Fille: Bye... Orked dah naik train jalan ke depan dah. :D

Auntie Irma: TQ on behalf of Mummy. Nanti Mummy carikan cd tu. Belum jumpa lagi (belum cari sungguh2). Insya Allah.

Orked said...

Auntie Zeranaim: Orked harap pun macam tu juga. Insya Allah...

ciknadrahismail said...

alhamdullilah..bgusnya orked..kecik2 da hafal surah.
untuk mummy orked, tahniah ea bakal dpn bb baru=)

brown19 said...

Tahniah akak.... tahniah orked dh leh baca ayat suci... pandai orked... =)

teacher liza said...

Tahniah unt orked dan untuk mama orked juga...patutler dah lama tak update blog ni....

Anonymous said...

Tahniah Orked...

Aunty Bard said...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...proud of you Orked! lama aunty tggu orked nak update blog, rupanya mommy lebih prefer nak tidur hehehe mommy kena makan vitamin banyak2 ni :-)

Harap nanti anak aunty bijak n pandai macam Orked jugak ameen

Auntyjid said...

Akhirnya terubat juga rindu Auntyjid nak baca cerita pasal Orked dan adik Seri. :-)

Wah!!! TAHNIAH to Mummy Orked dan to Orked dan 'Kakak' Seri to be... :-)

Makin meriahlah rumah Orked nanti yer.. harap2 blog ini pun nanti akan makin meriah juga..:-)

Orked jaga mummy yer.
Biar mummy banyak berehat. :-)

Orked said...

Thank you semua yang ucapkan tahniah dekat Orked dan Mummy. Kitorang pun happy juga. :)

Nur said...

Wah Orked nak dapat adik lagi ye. No wonder lama Mummy tak update blog..

Tahniah buat Mummy dan Orked sekeluarga.. Cakap kat Mummy, rehat cukup2 ye dan jangan lupa makan vitamin banyak sikit biar cergas...

ayunidati said...

seronok bace blog ni..... tahniah to orked... pandai nye die.... anak aunty pun tak lepas lagi....tahniah jugak to mommy orked.... tak lame lg nak dpt seri da jadi kakak pulak..... hope sihat... teringin jugak nak ade baby... huhuhu..