Thursday, January 19, 2012

Nikah Cik Yana

Cik Yana sebenarnya telah pun selamat berkahwin pada bulan November yang lalu. Majlis akad nikahnya dijalankan di rumah Nenek Orked di Nusaputra pada 26 November 2011. Uncle yang bertuah menjadi pilihan Cik Yana ialah Uncle Reizal.

Tema warna untuk keluarga pada hari tu ialah warna brown. Jadi, kami semua pakai brown. Untuk Kak Orked dan Seri, Mummy belikan penyepit rambut bentuk bunga supaya nampak comel. Lagi-lagi Adik Seri, sebab kalau tak dia nampak macam boy, dengan rambutnya yang pendek tu...


Kak Orked dan Adik Seri dengan penyepit rambut bunga comel

Pada hari tu, ramai sangat orang datang. Sampai penuh rumah Nenek. Kat bawah ni masa rombongan pengantin lelaki baru sampai. Penuh tak boleh duduk dah rumah Nenek. So, Kak Orked dan Adik Seri main kat pondok Nenek kat luar je...


Uncle Reizal telah sah menjadi suami Cik Yana dengan sekali lafaz yang penuh keyakinan dan tak gagap-gagap. Alhamdulillah. Cik Yana dapat hadiah cincin dan rantai daripada Uncle Reizal. Yang bestnya, cincin kahwin Cik Yana tu, mak mertua Cik Yana yang designkan sendiri. Tapi gambarnya takde lah pulak. Nak tengok, kena intai-intai kat jari Cik Yana lah.



Selesai acara akad nikah, sarung cincin, penyerahan mas kahwin dan salam peluk cium, ialah acara bergambar keluarga dan makan-makan.

Ibu bapa pengantin

Keluarga Atuk Ahamad (tanpa Orked dan Seri yang tengah main kat luar)

Dan last sekali, cam biasa, kalau ada pengantin mesti kena ambik gambar dengan budak kecik. Konon-konon supaya cepat dapat baby. Adik Seri telah menjadi budak kecik bertuah itu. He he he...


Itu ajelah liputan majlis pernikahan Cik Yana. Gambar dari kamera Mummy tak berapa banyak sebab selain daripada mood nak update blog merudum, mood mengambil gambar pun merudum sama. Huuu...

To Cik Yana, Selamat Pengantin Baru daripada Orked dan keluarga.




xoxo
Orked dan Seri

6 comments:

misz beauty said...

tak tau kenapa terharu tengok video tu... teringat zaman indah saya nikah dulu... (-____-)

congrats to adik Dr. Intan... semoga berkekalan hingga akhir hayat.. amiin

Aunty Bard said...

A big congrates to cik yana...wah orked mesti happy sangat ni. so next tnggu cik yana junior la pulak ye so orked ada kawan baru nanti in the family :-). So sweet video cik yana tu. aunty suka tgk :-)

Orked said...

aunty miszbeauty: heheh... Mummy pun teringat masa zaman dia kawen dulu. Memang rasa best... Thank you aunty... :)

aunty bard: yeah, kitorang tengah tunggu lah ni, bila nak ada cik yana junior ni... hehhehe

Orked said...

aunty miszbeauty: heheh... Mummy pun teringat masa zaman dia kawen dulu. Memang rasa best... Thank you aunty... :)

aunty bard: yeah, kitorang tengah tunggu lah ni, bila nak ada cik yana junior ni... hehhehe

@YUNID@TI said...

sweet

Elle Kamarudin said...

sweet video hehe