Saturday, December 18, 2010

Birthday party Daddy

Hello hello semua....

Ini gambar semasa Orked ada projek rahsia 2 hari lepas. Projek besar ni. Projek yang di'direct' oleh Mummy dan dibantu oleh Orked dan Adik.

Untuk projek tu, Orked kena pakai topeng ajaib. Barulah magic. Kalau tak, kurang sket aura-auranya. Siap ada lightning lagi kat topeng ajaib tu. Powerrrr!


Untuk projek tu, perlu ada barang paling penting. Ni ha, barangnya. Mesti disediakan awal-awal dan disorokkan di tempat yang selamat. Dalam peti sejuk je pun. Hehehe...

Dan juga perlu kehadiran orang penting. VVIP untuk projek ni. Kalau VVIP tu tak hadir, memang tak jadi punya... Dan VVIPnya ialah.... Dadddyyyy!!!!

Dan projeknya ialah, surprise birthday party untuk Daddy! Hehehhehe...

Surprise betul tau, sebab kitorang celebrate 2 hari awal. Patutnya hari ni hari jadi Daddy, tapi 2 hari lepas dah celebrate siap-siap dah. Sebabnya, Daddy work kat Singapore masa hari jadi Daddy. Daddy ni suka tau, keje masa birthday. Apela Daddy ni... Next year Orked book Daddy siap-siap untuk birthday Daddy. Jangan ambik booking orang lain tau, Daddy?


Sempena hari yang istimewa untuk Daddy ni, Orked nak cakap, walaupun Daddy jauh di mata, tapi Daddy sentiasa dekat di hati Orked. Orked nak cakap juga, terima kasih sebab Daddy dah jadi seorang Daddy yang baik dan best untuk Orked dan Adik Seri. Kalau takde Daddy, mesti Orked dah jadi anak terbiar yang notty dan tak pandai macam-macam. Bertuah Orked dan Adik jadi anak Daddy. Bukan semua orang kan dapat jadi anak Daddy? :D Orked juga harap dengan semakin tuanya Daddy, Daddy akan jadi orang yang sentiasa berusaha menjadi lebih best dan best lagi dari hari ke hari. Nanti Orked dan Adik pun akan ikut jejak langkah Daddy, dan jadi lebih baik lagi dari Daddy. Daddy suka tak camtu? Heee....

Love you too much forever and ever

Orked dan Adik Seri dan Mummy

by Mummy

p/s: Daddy surprised tak hari tu?

8 comments:

Kuey san said...

daddy x suprised, daddy buat2 surprised je.. hahhaa. kalau daddy orked n seri cakap mcm tuh, mesti frust kan? tp yg lebih frust mestilah Project Manager ;p

Hepi Bdayy Saiful Nang! Semoga 'bday boy' dan family dirahmati-NYA.

DHILABLOG said...

rasa mcm nk sgt jmp SN in person. nk tau mcm ne dia leh berjaya. kagum

Deeeee said...

Salam Orked & Mummy Orked,

Happy Birthday Daddy Orked.
May Allah bless you & family, Amin ^^

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/

wee!! hai orked..!! wah..dah besar adik orked...orked pun jadi kakak yang tomei kan??

Filla said...

hepi bday daddy oked & seri... ;)

misz beauty said...

happy birthday buat daddy orked... semoga Allah merahmati segalanya... dan semoga SN terus gilang gemilang berjaya... amin =)

Aunty Bard said...

happy belated birthday to daddy Orked & Seri. Mesti daddy seronok dapat suprise dari mummy, Orked and adik. ni celebrate kat umah baru Orked yerk?

moga Orked & Seri membesar jadi yang terbaik macam mummy & daddy :-)

ikanbilis said...

happy birthday to daddy orked...proud of him.. cute orked dan adik seri :)