Thursday, April 5, 2012

Nur Lembah Pangsun Eco Resort

Last weekend, kami semua pergi ke Nur Lembah Pangsun Eco Resort, di Hulu Langat. Kenapa kitorang pergi sana?


Sebab Daddy ada Zero to Pro!

Jadi, Daddy pun bawalah kami semua bersama sebab weekend kan Mummy cuti....

Kat tempat ni best juga. Dia kat huluuuuu langat tu. Nak sampai jauh juga, masuk ke dalam hutan. Tapi bila sampai, nyaman je tempatnya sebab di kaki bukit dan ada tasik serta air sungai yang mengalir kat situ. Mari kita lihat apa ada kat situ ye?


Ada tasik yang besar untuk aktiviti air. Masa kat sana, ada banyak kumpulan lain yang datang untuk beraktiviti. Yang Orked sempat tengok ialah diorang berkayak kat dalam air (kat tasik tu), dan flying fox. Bilik kami pulak kat belakang tasik tu. So, cantiklah pemandangannya. Masa kat dalam bilik boleh dengar bunyi bising orang-orang beraktiviti.


Kat tepi bilik pulak, ada kolam dengan gazebo merah. Dalam kolam tu ada bunga teratai. Orked baru je tahu yang teratai cuma kembang pada waktu malam dan awal pagi. Bila hari dah siang, dia akan mula kuncup. Petang-petang memang kuncup je teratai tu. Oooo.... Mungkin teratai tak suka matahari kot?


Ada sungai kecil juga kat situ. Kebiasaannya airnya tak dalam sangat, dan jernih. Tapi masa hari last Orked kat sana, hujan lebat. Orked dapat tengok yang air sungai ni jadi lebih dalam, airnya lebih laju, dan warnanya bertukar menjadi warna teh tarik! Wah, ini mesti ada pencemaran kat hulu sungai nih!


Atas sungai tu ada titi untuk orang menyeberang sungai. Di sebelah sana ada kawasan untuk orang camping, bagi sesiapa yang tak nak tido dalam chalet macam kami.


Ada playground kecil juga di situ. Tapi tengoklah, tak dijaga. Dah berkarat pun. Tapi Orked nak naik jugak, sebab teringin. Orked bukan selalu jumpa playground. Akibatnya, habis bontot seluar Orked dah jadi coklat! Bontot seluar Seri pun! Hari ni Mummy dah basuh seluar kitorang, tapi kotorannya dah tak hilang 100%...


Ada padang kecil juga. Kat tepi tu ada tembok untuk wall climbing. Tapi takde sesiapa yg panjat masa kami kat sana. Ada tunggul kayu juga. Daddy ambik gambar Orked, sebab nak buat gambar macam masa Orked kecil dulu, kat atas tunggul kayu juga.


Tapi Orked dah besar lah, ataupun tunggul kayu ni kecik sikit dari yang dulu.


Mummy suka sangat kolam teratai ni. Nak cuba ambik gambar biar jadi lebih cantik dari semalam. Jadi, hari kedua kami pun pergilah lagi jalan-jalan tepi kolam ni. Orked cari ikan kat dalam kolam, tapi tak ada.


Lepas tu kitorang lompat-lompat kat tepi tasik. Tinggi tak Orked lompat? Adik Seri tu pulak, gaya je lebih. Ehhehehehehe... Takpe, nanti kakak ajar macam mana nak lompat tinggi-tinggi. Yang penting kita kena selalu praktis kat rumah.


Ha, ni lah perangai adik kalau korang semua nak tahu. Dia suka je rebut barang kakak. Ni kakak dah elok-elok duduk atas batu ni, dia pun sibuk nak duduk. Tak nak share pulak tu. Tengok dia cuba tolak kakak sebab dia nak duduk sorang! Pastu nangis bila tak berjaya...


Itu ajelah serta sedikit cerita kami di Nur Lembah Pangsun Eco Resort.

Tata titi tutu

Orked
by Mummy

6 comments:

-iLLa- said...

cantik sgt gmbr no 4 dr bawah..

intanmaria said...

love all the picture! :D

Aunty Bard said...

heeheheh cute sangatttttttttttttttttttt gambar dua beradik tu. tak sabar nk tggu yg no 3 pulak hehehe boy ke girl ek?

AuntyJid said...

A'ah.. teringat gambar orked pakai baju pink kat atas tunggul masa kecik2 dulu.. comel sangat2 gambar tu... :-)

zAr said...

assalam.
selalunya gambar2 yang di ambil oleh peserta zero to pro tu ada diorang publish mana2 o tak ya?
sebab sebenarnya saya dan kawan2 kat situ (yang enak makan aiskrim), tiba2 jadi subjek peserta zero to pro.
lepas sorang, sorang dok ambil gambar kami-yang ambil depan2,dengan candid, atau curi, hakikatnya kami sedar.

baru sekarang cuak, kot2 depa g publish mana2.. then, macam tak sedap hati.
"apa khabarlah gambar kami"
+.+

Orked said...

thanks aunties!

aunty zar: minta maaf, Orked dan Mummy pun tak tahu samada ada tak gambar aunty and friends dipublishkan kat mana-mana ke tak. kalau tengok kat video yang CS buat, takde gambar orang makan aiskrim. tapi kalau kat personal blog/facebook, kami tak pasti sebab Orked dan Mummy tak kenal peserta2 ZTP tu... Jadi tak boleh nak cek...