Sunday, February 26, 2012

Kaki tido

Semalam kitorang dapat tangkap video Seri sedang buat sesuatu yang tak senonoh. Ada ke pulak dia tertido masa makan! Hehehhehe.... Tengok ler video kat bawah nih... (sorry gambar senget)



Hahahahah! Tak senonoh kan? Hari tu dia tak tido sepanjang pagi dan tengahari. Masa makan tengahari dia dah ngantuk sikit dah. Tapi Mummy suruh dia makan dulu sebelum tido. Halfway dia makan, kitorang nampak mata dia dah keciiikk aje... Layu macam mata Garfield. Ha, dah tau, mesti jap lagi dia akan tertido atas meja. Kitorang tunggu aje. Pastu Daddy ambik video. Betul pun, lepas tersengguk-sengguk sikit, terus dia 'out'! Kelakar, kan?

Adik Seri ni, kalau dia ada banyak benda nak buat, misalnya kalau kitorang pergi jalan-jalan ke, ada ramai orang ke, ada orang datang rumah ke, pergi rumah Nenek ke, dia ada banyak benda baru nak explore ke, dia akan lawan ngantuk dia sebab nak main. Pastu bila waktu makan, bila keadaan jadi tenang, dia pun mula lah tertido... Dah beberapa kali jadi sebelum nih...

Meh Orked tunjukkan bukti-buktinya....

Yang ni masa dia umur 7 bulan. Dia duduk dalam babyseat dia kat dalam trolley kat Giant. Kitorang shopping, dia ambik coklat. Dia gigit-gigit coklat tu sebab nak makan, tapi tak berjaya. Alih-alih dia tertido sambil gigit sampul coklat! Hehhehe... Kesian...

Kejadian seterusnya....

Hahaha....! Yang ni pun kelakar juga. Masa ni dia umur 13 bulan, kat Avillion Admiral Cove. Dia baru je pandai jalan. So, masa kat situ, dia dah jalan round satu hotel. Dah le hotel tu besar, kaki dia pulak pendek, jauh lah jadinya... Tapi dia tak penat pun, jalannnnn aje.... Bila masa makan tengahari, apa lagi, 'pengsan' le jawabnya! Hehehhe...

Dan contoh yang terakhir,

Yang ni masa dia umur setahun setengah, kat kedai makan kat USJ. Orked dah tak ingat siangnya dia buat apa, tapi dia tido sekejap sangat je. Masa dinner sambil minum air pun boleh tido! Rasanya yang ni lah kot paling pelik. Yelah, camne boleh tido sambil minum???!!! Seri je yang boleh! Hehehhe...

Tapi kannn.... Ermm.... Orked sendiri pun pernah jugak tertido sambil makan. Yang ni masa umur setahun setengah juga, masa kat rumah lama. Masa ni dah malam dah pun, kat dalam kereta. Kat dalam kereta memang Orked biasa tertido pun. Cuma masa ni Orked tengah makan roti. Belum sempat lagi roti tu ditelan, Orked dah lena dulu. Eiii, malunya! TAPI, sekali ni je Orked tido masa makan. Tak macam Adik Seri, dah banyak kali. Kih kih kih...


Oklah, itu aje. Tata

xoxo
Orked
by Mummy

13 comments:

Daddy said...

Tak senonot lah anak2 dedi ni :p

ratna said...

Aduhai seri... Bole pulak dia tersengguk2 lg. Kalau auntie dah lama landingkn kepala terus. Ha ha ha

Orked said...

Daddy: ikut baka Daddy kot? ehehhehe....

Aunty Ratna: hehehhe... Adik Seri ni fighter kot, berusaha tak nak tido atas meja makan!

Miss Moon said...

hahah klaka la adik Seri ....punya la Auntie Moon duk sengeh tgk hahhahahah yg paling lawak time minum pun vley lena ...hebat la . Mmg Adik seri je mampu buat no one can hahahhaha

klakaaaaaaaa

lovely said...

hikhiiii......
comelnye..

misz beauty said...

ahahahah tegelak2 auntie beauty baca entry nih... sama je adik beradik... ahahahaaa.. comel!! =)

tapikan cousin auntie pun pernah macam ni dia makan aiskrim tapi lidah dia jelir nak jilat aiskrim kat tangan... ahahahaha =D

Azrey Rozie Eiman said...

adik seri tersengguk2 pun tetap maintain comel!

Auntyjid said...

Comellah Seri ni... Sama comel macam Orked juga... :-D

Pnut said...

eheheheheehh terkekeh auntie nengok video dan gambar seri...

Alin Marlini said...

hehehehe..sama dengan anak buah kiter...tengah makan blh tido

Mynie said...

i laughed out loud tengok gambar-gambar comel ni! :) intan expecting anak ketiga, ya? tahniah! wah cepatnya kejar tu hehe :)

mynie

Mynie said...

i laughed out loud tengok gambar-gambar comel ni! :) intan expecting anak ketiga, ya? tahniah! wah cepatnya kejar tu hehe :)

mynie

Orked said...

hehehhehhe.... kelakar kan Adik Seri nih?

Aunty Mynie: Hehehhe... Mummy tengah mengejar umur yang makin lanjut. Hihihi....