Monday, June 6, 2011

Go Genting I

Isnin dan Selasa yang lepas, Daddy dan Mummy telah bawa Orked dan Adik pergi ke Genting Highland. Walaupun tak ada di antara kami yang terlibat dengan sekolah, kami telah sengaja memilih untuk cuti semasa orang lain cuti sekolah untuk memeriahkan suasana. Hehehe... (Sebenarnya time ni je yang sesuai untuk Daddy cuti, kebetulan pula cuti sekolah.)

Sampai je di Genting, hari sangat berkabus. Kat atas tu nampak sikit-sikit je. Cuaca pun sejuk nyaman je. Tak macam kat Kuala Lumpur yang panas sangat sekarang ni. Asyik berpeluh je selalu.

Kat sana Daddy dah booked First World Hotel. Sampai kat sana jam 2 petang. Ingatkan boleh check in terus. Rupanya kat situ jam 3 petang baru boleh check in. Jadi, kami pun minum-minum lah dulu sambil ambil gambar untuk tunggu pukul 3.


Adik dah ready dengan baju sejuknya untuk explore Genting

Akhirnya jam pun dah 3 petang, dan kami dah dapat masuk bilik. Cepat-cepat masuk bilik dan letak barang, sebab dah tak sabar dah nak pergi theme park.


Orked yang happy kat Genting


Bila turun bawah, kami terus dapatkan tag untuk One Day Pass ke indoor dan outdoor theme park kat sana.


Ini kat kawasan indoor park. Ada banyak kedai untuk shopping juga. Tapi Orked datang sini bukan untuk shopping...

Kitorang datang sini untuk naik "kereta banyak banyak" tu...


Wah, hapy tak terkata. Terima kasih Daddy, terima kasih Mummy



Ini Adik yang dah lalok nak tido masa tunggu Orked main...



Nak tau Orked main apa yang sampai Adik pun nak tido sebab tunggu Orked, tunggu entry seterusnya ye? Sebabnya, Mummy pun dah lalok semasa menaip ni. Dah tengah malam ni ha!




Nite nite....




Orked

by Mummy

5 comments:

AuntyJid said...

Wahhh!!! tak sabar nak tgk apa yang orked main lama sangat sampai adik tertido tu...:-)

Hasanah Muslim Shop said...

Bestnya, harap Orked dan family happy happy di Genting.

Aunty Bard said...

Orked mmg enjoy betul gi genting yer. aunty pun dah lama tak g sana. kena g jugak la nanti sebab seronok pulak tgk Orked jalan2 kat genting :-). tak sabar nk tggu entry seterusnya. Orked main apa la tu smpi adik Seri ngantuk tggu Orked habis main hehe

Orked said...

dah sambung dah :)

JHaZKiTaRo said...

bestnye.... salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)