Friday, August 19, 2011

Alif Ba Ta



Sekarang Orked dah hafal lagu Alif Ba Ta. Masa umur Orked dua tahun dulu, Orked dah hafal doa makan. Tapi lepas tu, Mummy dah tak ajar Orked apa-apa dah yang dalam Bahasa Arab. Mummy asyik ajar Orked nyanyi lagu Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris jer. Isk, Mummy ni cuai ler... Lepas ni Mummy kena consistent tau ajar Orked macam-macam?

xoxo
Orked
by Mummy

Thursday, August 18, 2011

Pantai di Port Dickson

Masa kat PD, petang hari terakhir Daddy bawak kami semua ke tepi pantai. Kalau tengok sejarah Orked sebelum ni, Orked fail kat tepi pantai sebab Orked takut pasir. Jadi, kali ni berdebar-debar lah jugak Orked masa nak pergi ke pantai tu.

Tapi sebelum pergi main pasir dan air laut, kitorang pergi ambik gambar kat jambatan kat tepi tu. Saje jer.....


Lepas abis posing-posing kat atas jambatan tu, barulah kitorang pergi ke pantai. On the way tu ada jugak singgah kat playground dekat situ, tapi tak ambik gambar sebab kitorang main sekejap je. Playground tu tak best, tak bersih dan banyak dah rosak mainannya.

Bila kat pantai, ada magic yang berlaku. Surprise, Orked dah tak takut pasir, yeay! Adik pun sama, boleh jalan atas pasir dengan relaksnya. Jadi, tak ada adegan paksa-memaksa yang berlaku pada hari itu. Hehhehehe.... Yeahoooo! Kami dah jadi budak normal!

Masa ni, Adik jalan kaki dengan Mummy dan Orked jalan kaki dengan Daddy. Ni nampak Orked dan Daddy keciiikk je sebab kitorang dah tinggalkan Mummy dengan Adik jauhhhh kat belakang. Adik jalan lambat sangat, tu yang kena tinggal. Itu pun nasib baik Mummy sanggup tunggu Adik jalan. Kalau tak dia kena tinggal sorang-sorang dah kat belakang.


Finally, sampai pun Adik ke gigi air. Adik, jom main air!



Berani kan Adik, jalan atas pasir. Tak macam Kak Orked dulu *shy*


Kaki kami semua...


Angin ni tiup rambut Orked masuk mata jer...





Adik dah penat dah. Dia dah tak nak jalan, nak suruh Mummy dukung pulak....


Best ooo main air!


Eiiii... Budak manja niii!


Dah tak penat dah lepas rehat, boleh main air...




Dah puas main air dan dah nak senja. Boleh balik dah...


Our family by Daddy...



Akhirnya habis jugak cerita Orked kat PD. Macam lama je pergi sampai ada tiga entry. Hehhehe....

Love u all....

xoxo
Orked
by Mummy

Friday, August 12, 2011

Jalan-jalan di Port Dickson

Pagi keesokan harinya, masa Daddy work, Mummy bawa Orked dan Adik jalan-jalan. Tak jauh pun, kawasan sekitar hotel tu je...

Mula-mula pergi ke animal farm. Mummy nampak ada signboard animal farm. Mula-mula excited nak pergi sebab dia kata boleh animal feeding juga. So, kitorang pun jalan lah. Jauhhhh jalan, sebab animal farm ni kat hujung sekali. Sekali bila sampai, ler..... Animal yang dapat dilihat hanyalah kura-kura. Rabbits dan yang lain-lain semua menyorok dalam rumah dia lagi. :(

Kura-kura je yang dapat Adik lihat kat tepi pagar tu...

Lepas tengok kura-kura sekejap, berjalan baliklah kami semula ke hotel... Hotel ini kat tepi laut dan ada marina. Adalah juga beberapa bot yang parking kat marina tu. Bestnya kalau dapat naik bot. Orked dan Adik tak pernah lagi naik bot...

Best kan, kalau boleh naik bot?

Lepas tu kitorang teruskan perjalanan balik. Kali ni perjalanan pergi dan balik, Adik kena jalan sendiri. Adik kan baru pandai jalan. Kena lah praktis banyak-banyak. Kan practise makes perfect? Slooowwww je Adik jalan. Terkedek-kedek. Kitorang dah sampai depan, Adik kat hujuuuunnggg tu lagi. Hehehhehe....

Macam-macam gaya budak kecik ni jalan...

Posing kat tangga sementara tunggu Adik sampai.

Pastu rehat jap kat tepi air pancut ni. Tempat ni di antara bilik meeting Daddy dan tempat makan. Kasi can Adik rehat. Kalau Mummy jalan 200 meter, Orked jadi macam 400 meter, dan Adik mesti macam 1000 meter. Kaki Adik kan pendek. Tapi dia tak rehat jugak pun, dia berlegar-legar jugak lagi....

Ni kalau terjun dalam ni best ni...

Masih praktis jalan lagi si kecik ni...

Keciiikkk je Adik bila dibandingkan dengan saiz pintu...

Lepas tu Mummy bawak pergi playroom. Playroom kat sini tak sebest macam yang Orked pergi kat Philea hari tu. Playroom sini lantainya keras, tak bersih untuk golek-golek dan tak banyak mainan. Tapi bolehlah, untuk layan boring sementara tunggu Daddy break dari keje.

Boleh main bricks dengan huruf-huruf je. Tapi Orked tak pandai nak susun huruf lagi. Gambar susun bricks nampak Orked fokus dan gemuk! Hahahaha

Akhir sekali, jalan lagi nak balik ke bilik untuk tido. Nanti lunch hour baru dapat jumpa Daddy. Adik la yang penat sekali sebab jalan banyak dan jauh. Tapi hasilnya, Adik dah lebih pandai dan confident berjalan berbanding sebelum datang sini.

Kesian kat Adik jalan sorang-sorang dan lambat, Orked pun pimpin Adik jalan sama-sama. Baik tak Kakak?


Till then, tata!

Orked dan Seri
by Mummy

Wednesday, August 10, 2011

Kolam di Port Dickson

Assalamualaikum semua,

Camne puasa di hari ke -10 ni? So far so good ke? Mummy dengan Daddy good ajer... Cuma ada hari-hari yang diorang tak terjaga sahur, laparnya lebih lah sikit. Orked pun gooooddd... Sebab Orked tak puasa lagi. Orked kan belum "mu -ma-iiz", tak payah puasa lagi.

Ini Orked nak cerita masa Orked, Adik, Mummy dan Daddy pergi ke Port Dickson tiga minggu lepas. Masa tu belum puasa lagi. Cam biasa la, Orked selalu je terlambat cerita. Dah lama baru nak cerita. Heheheh... Yang ni kitorang pergi ke PD sebab Daddy ada kerja kat sana. Jadi, Mummy pun ambik lah cuti untuk ikut sekali. Orked cerita melalui gambar ye, senang sikit.

Kat sana kitorang tinggal kat Avillion Admiral Cove. Tempat ni best sebab bilik dia besarrrr sangat! Besar, selesa dan cantik. Tapi masa Orked kat sana, takde line internet kat dalam bilik, internet down = tak best!

Ni Daddy saja usik Adik, pergi letak Adik kat situ. Daddy memang macam tu. Kalau sehari dia tak usik kitorang, tak sah...

Petang tu sementara Daddy ada break, Orked dan Adik ajak Daddy pergi mandi kolam. Orked dan Adik siap ada swimming suit dan pelampung baru lagi...

Inilah rupa kolamnya. Ada tiga bahagian. Sebelah kiri seals tu untuk baby (sampai paras lutut Orked je), sebelah kanan seals tu untuk budak-budak macam Orked (paras dada Orked) dan yang kat belakang jambatan tu untuk orang dewasa.

Daddy bawak Adik jalan-jalan dalam kolam guna pelampung kat lengan.

Mula-mula tu ok lagi...

Tapi lepas tu dia dah menangis sebab bila Daddy lepas tangan, pelampung tu buat Adik terapung dan kakinya tak cecah lantai. Adik pun apa lagi, panik!

Lepas tu jawabnya Orked main sorang-sorang je lah, sebab Adik dah trauma tak mau masuk kolam lagi dah. Hehehe... Cian Adik. Patutnya tak payah guna pelampung tu pun macam Orked masa kecik-kecik dulu.

Walaupun main sorang, tapi tetap best!

Daddy cuba bawak Adik jalan-jalan lagi, tapi dia dah trauma dah.... Tak nak dah....

Disebabkan Daddy dah tak dapat nak usik Adik, kini Orked yang jadi mangsa seterusnya. Daddy bawak Orked pergi ke kolam dewasa. Uwaaaaa.... Takutttt!!! Kaki tak cecah lantai...

Sementara itu, Adik yang selamat di darat sedang take 5 untuk hilangkan dup dap dup dap di dada...

Nak jadi lifeguard? Masuk air pun takut... :P

Jom jalan-jalan lah? Ambik kasut....


dan pakai...


Jalan-jalan keliling kolam lagi bagus dan selamat. Masa ni Adik baru seminggu je pandai jalan. Kat sini le first time Adik berlatih jalan sendiri jauh-jauh. Sebelum ni kat dalam rumah aje.

Seronok dia ke sana ke mari...

Tapi gaya jalan Adik pelik sikit... Orang baru belajar la katakan...


Best nya!

Kakak Orked tengah buat apa ek?

Ohhh... Daddy bawak pergi tempat dalam lagi. Sib baik Adik ada kat darat, selamat.....

Adat orang baru belajar berjalan, jatuh tu memang banyak kali terjadi... Sib baiklah tulang belakang Adik kuat, bila jatuh boleh bangun balik. Cuba kalau Mummy atau Daddy yg jatuh camni? Huuuu.... Retak tulang agaknya!

Till then, bye bye.... Jumpa lagi di episod Pantai di Port Dickson...


xoxo

Orked dan Seri
by Mummy