Monday, February 28, 2011

Painting



Kalau sebelum ni Daddy selalu mengajar orang fotografi, kini Daddy dah bukak kelas painting untuk toddlers. Tapi kelas painting ni special sikit lah, sebab anak muridnya seorang saja. Orkedlah, siapa lagi?

Ini setting kat dalam bilik lukisan kat rumah Orked. Daddy dah khaskan satu bilik untuk letak barang-barang lukisan je. Ada tempat Orked melukis, dan tempat Daddy melukis. Daddy kata dia nak start melukis balik. Daddy selalu cerita yg masa dulu-dulu, Daddy selalu melukis.

Ini kelas pertama Orked dengan Daddy. Masa kat kelas ni, Daddy ajar Orked cara pegang berus, pegang palet dan macam mana nak warna kertas lukisan dengan berus. Seronok sangat. Orked main campur-campur je kaler. Masa kelas painting tu, Orked lukis gambar Mummy, gambar Daddy, gambar Adik Seri, gambar flower, dan macam-macam lagi. Tapi Mummy kata semuanya nampak macam tak nampak apa-apa. Haha. Ish Mummy nih, tak seni lah. Orked kan lukis secara abstract! :D

Tapi, walaupun baru je kelas pertama, kelas Orked perlu ditangguhkan hampir satu bulan sebab satu bulan Daddy akan outstation merata-rata dan takde kat rumah. Daddy nak pergi Australia, Chicago, San Francisco, dan Seremban. Seremban tu walaupun dekat, tapi seminggu jugak Daddy akan tido kat sana tak boleh balik sebab keje dari pagi sampai malam. Huwa huwa huwa... (Ni Mummy yang nangis pasal kena tinggal lama...). Nanti bila kelas bukak balik, mesti Orked kena start from zero semula. :(

xoxo
Orked
by Mummy

Monday, February 14, 2011

Valentine dengan Daddy



Orked sambut Valentine's Day dengan Daddy. Best sangat tau, kat atas bumbung kereta. Ha... Special tak? Hehhehhe.... Taklah, Orked tak tau nak letak tajuk apa, jadi Orked letak Valentine sebab hari ni kan Valentine's Day. Tapi orang yg bukan beragama Islam je yang boleh sambut, kan? Orked orang Islam tak sambut benda ni, sebab ini bukan perayaan orang Islam.

Ini semalam ni, masa tunggu Mummy order burger kat stesen minyak. Orked dgn Daddy tunggu Mummy dalam kereta je. Pastu Daddy ajak Orked tengok Mummy dari bumbung kereta. Orked apa lagi, kecik tapak tangan Orked ni, besar dulang Orked tadahkan. Mestilah nak! Tu yang kitorang panjat tu. Pastu Mummy nampak, terus Mummy rakam video nih. Adik mana? Adik dah tidooooooo.... Sorry lah Adik, tak dapat join the fun. Next time, kay?

xoxo

Orked
by Mummy

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Gong Xi


Kali ni Orked muncul dengan berpakaian cheongsam pula. Cheongsam ni Daddy beli masa Daddy kat China dulu. Terima kasih Daddy, sebab tolong Orked dalam usaha mengumpul koleksi pakaian tradisional serata dunia.

Pakaian Orked kali ni sesuai dengan musim perayaan sekarang, iaitu Tahun Baru Cina. Jadi, Orked nak ucapkan kepada semua, Selamat Tahun Baru Cina. Orked tahu ramai yang nak balik kampung, kan? Jadi, berhati-hatilah semasa memandu. Orked pulak, duduk di rumah je. Daddy kata dia nak tulis buku masa cuti. :(

Gong Xi Fa Cai to everybody!

Gong Xi Gong Xi,
Orked
by Mummy