Cuti tu takde la gi mana-mana pun. Minggu lepas Daddy bawa kitorang semua tido kat Hotel Residence, kat Uniten, selamat 4 malam. Daddy work kat sana. Outstation. Hehe. Hotel Residence ni dekaaat sangat dengan office Mummy. Mummy pun happy duduk situ sebab tak payah drive jauh-jauh nak pergi kerja. Hari yang Mummy cuti tu, takde la buat apa pun. Duduk kat hotel je. Ambik-ambik gambar. Pastu tengahari Daddy bawak lunch kat Alamanda, Putrajaya. Disebabkan salah satu aktiviti cuti tu ialah ambik-ambik gambar, maka ada banyaklah gambar Orked dan Adik hari tu...
Adik Orked ni memang camni, tak leh berpisah dengan Mummy. Daddy kata tali pusat dia belum putus lagi dengan Mummy. Ha ha ha. Ni aksi Adik ketika Mummy ke toilet. Dia akan tunggu Mummy kat situ sambil menangis dan peluk pintu. Kelakar, kan?
Bila Mummy keluar, dia pun akan ikut sekali.
Ni Adik bila kena marah dengan Orked. Kadang-kadang dia nangis, kadang-kadang dia buat tak tau je.
Ni Adik bila kena marah dengan Orked. Kadang-kadang dia nangis, kadang-kadang dia buat tak tau je.
Ni Daddy saja letak Adik tersepit kat celah katil. Daddy memang macam tu. Dah memang hobi dia menyakat Orked dan Adik. Tak senang hati Daddy kalau tak sakit kitorang sampai nangis.
Lunch hour Daddy bawak pergi Alamanda. Kat hotel takde kolam. Orked teringin nak mandi kolam. Tu yang pi celup jugak kaki kat kolam air pancut kat Alamanda. Mesti orang sekeliling pandang Orked semacam masa ni.
Tolak rambut yang dah mencucuk mata ni ke tepi. Masa keluar tadi pakai sepit, lepas tu dah cabut hilang mana ntah.
Daddy hari ni baik hati, belikan Mummy baju. Masa Mummy try baju, kitorang ambik gambar depan cermin
Tadi Daddy buat muka kelakar, tu yang Orked geli hati. Ni Daddy control hensem pulak. Orked tak sempat nak control cute.
4 comments:
syahdunya tengok adik nangis kt depan toilet tu.. hehe..
@orked, klu ekzema kat muka adik seri tu tak ok2 gak, minta mummy try cari elosone cream ye.
anak aunty pun ada ekzema tahap gaban gak. tapi bila sapu ubat tu, alhamdulillah dgn izin Allah, sakit tu cepat jek sembuh.
comel la orked & adik seri... Sian adik kene ruam...
aunty ann: hehehhe... adik tu notty. tak nak bagi mummy pergi toilet.
aunty aidura: thank u for suggestion. doktor ada bagi ubat u-closone utk adik. tak tau sama tak dgn ubat yg aunty cakap ni? ubat tu boleh hilangkan tapi lepas tu datang balik.
aunty beauty: hehe... thanks. ha'ah, cian kat adik.
Post a Comment