Ini adalah blog peribadi Orked, Seri dan Lela. Tapi buat masa ni, Orked. Seri dan Lela masih kecil utk menulis blog. Jadi yang menulis ialah mummy dan daddynya.
Wednesday, June 30, 2010
Gambar Keluarga Baru Orked
Monday, June 28, 2010
Thursday, June 24, 2010
Kaki Tido
Tapi sekarang ni malam-malam Adik dah tido lama. Masa minggu pertama dulu, setiap 1-2 jam Adik akan bangun minum susu. Sekarang ni 3-4 jam sekali baru Adik bangun tengah malam untuk minum susu. So, Mummy dah boleh tido lama sikit malam-malam.
Orked? Orked no problem.... Tak terganggu pun tido Orked. Orked tido sajaaaa... Hehehhehe....
Tuesday, June 22, 2010
7 hari
Adik jugak mummy jemur kat tepi tingkap. Mummy kata dia ada kuning-kuning sikit kat badan dia. Jadi, kena selalu bagi dia minum susu dan kena jemur kat tepi tingkap pagi-pagi. Tapi sekarang ni jarang pagi ada sinaran matahari. Selalunya mendung je...
Ingat tak Orked pernah cerita tentang Orked buat kungfu. Haaa... walaupun Adik selalu tido je, tapi bila dia tak tido, Orked dah perturun sikit ilmu Orked kat Adik. Tapi Adik buat secara baring je lah. Praktis dengan tangan dulu. Adik dah boleh diri nanti Orked ajar cara berdiri pulak. Bunyi watcha pun tak jadi sangat bila Adik buat. Bunyi pppoooowww yg keluar! Ada ke pulak macam tu! Hahahahha!
Hari ke-tujuh, dengan birthday girl...
Muah muah...... (ni yg mummy tak bagi kiss ni, nak tercekik Adik...)
Sunday, June 20, 2010
Happy Father's Day, Daddy!
Both of us want to wish you Happy Father's Day!
Both of us agreed that you are the bestest and the most caring and the most loving and the greatest and the hottest Daddy that has ever ever exist in the universe. We love you very very much that we will never want to replace you with any other Daddy, not even Brad Pitt, to be our Daddy.
Love,
Orked & Seri
by Mummy
Thursday, June 17, 2010
Seri Adikku
Yes, Orked is back! Dan kali ni Orked tak berseorangan lagi, dan Orked bukanlah Orked yg dulu lagi. Orked kini dah berdua dgn adik, dan kini Orked adalah Kak Orked kepada Adik Seri...
Ini Orked nak share gambar masa Adik Seri lahir. Masa ni Orked takde kat tempat kejadian, tapi ada kat rumah Nenek. Tapi bila jumpa Mummy, Mummy dah cerita kat Orked.
Orked mula nak jadi kakak masa pagi Isnin. Masa tu Mummy dah keluar darah sikit-sikit, tapi tak pergi hospital lagi. Orked pun masa tu dah ada instinct nak jadi kakak. Jadi, hari Isnin tu Orked punya perangai Mummy kata, adalah sangat mengada-ngada. Orked rasa biasa je...
Petangnya Mummy ajak Daddy gi cek kat hospital sebab ada kawan Mummy cakap kalau dah ada darah kena pi cek. Orked pun ikut temankan Mummy cek. Orked dengar bidan cakap "baru 1 cm". Orked tak tau apa maksudnya, tapi Mummy dan Daddy dan Orked balik rumah semula. Suspens je, ingatkan Mummy nak beranak dah...
Lepas dinner malam tu, Mummy cakap perut dia dah sakit sikit-sikit. Bila tengah malam, makin kerap pulak Mummy sakit perut. So, kitorang pun pergi hospital sekali lagi. Sampai kat sana kol 1 pagi. Nenek dan Cik Yana pun datang hospital jugak. Pastu bidan cek lagi. Orked dengar dia cakap, "dah 6 cm dah...". Pastu Nenek dan Cik Yana bawak Orked balik rumah Nenek. Sebelum tu Orked dah kiss dan hug dan salam Mummy dah sebab Daddy cakap Mummy dah nak lahirkan Adik dah.... Dan kisah bergambar kat bawah ni, Mummy cerita kat Orked pagi tadi sambil Daddy tunjuk gambar.
Mummy mula masuk labour room pukul 2 pagi. Pastu nurse letak ubat tahan sakit yg mengantuk. Mummy pun tertido, Daddy pun tertido. Mummy tido tido ayam je la, sebab kadang-kadang rasa sakit. Tapi masih boleh ignore sebab ngantuk dan boleh tahan lagi sakitnya. Pastu dah dekat pukul 4, bidan cek dan dah 8-9 cm. Pastu bidan pecahkan air ketuban Mummy. Lepas tu, Mummy kata sakitnya dah betul-betul sakit. Dah tak boleh buat-buat tak sakit lagi dah....
Doktor timbang Adik. Berat Adik 3.32 kg je. Ringannya... Macam ni Orked pun boleh angkat!
Dan inilah dia kaki Adik yg keciiikk sangat. Orked nak pegang pun seram, takut terpeleot!
Ada banyak lagi gambar Adik, tapi kena tunggu Daddy siapkan dulu. Daddy kata dia nak buat special...
Ok, Orked nak tolong Mummy basuh berak Adik. Berak pulak dia masa Orked update blog. Orked tolong teman dan tengok je lah tapi...
xoxo
Orked
by Mummy
Monday, June 14, 2010
Sunday, June 13, 2010
Birthday Alesya
love,