Friday, September 14, 2012

Peminat Octonauts

Assalamualaikum...

Ni gambar Orked masa hari raya. Saje Orked selitkan sebab tak tau lah bila Mummy nak siapkan gambar hari raya kitorang nih. Raya dah nak habis, tapi gambar masih lagi kat dalam folder komputer Mummy tu... Hmm... Kalau tahun lepas, langsung takde entry raya. Orked harap tahun ni Mummy akan buatkan entry raya untuk Orked.

Balik kampung naik Air Asia
Raya pertama, kat airport nak balik Kota Bharu
Raya ketiga, main layang-layang kat PCB
Raya ketiga, pergi wedding kawan Daddy
Raya kedua, kat rumah lama Nenek dan Arwah Oyang Orked
Relaks kat bilik hotel

Yang sebenarnya Orked nak cerita tentang cerita kegemaran Orked. Hari-hari Orked mesti tengok cerita ni. Cuma masalahnya cerita ni jam 10.30 - 11.00 malam. Jadi tiap-tiap malamlah Orked akan tido lewat sebab Orked takkan tido selagi tak tengok cerita ni. Video kat bawah ni beritahu kena Orked suka cerita ni...


Love,
Orked
by Mummy

Wednesday, September 12, 2012

Potty Training Seri

Hari ni...

 Budak comot ni...


Budak menangis ni...


Budak kuat ketawa ni...


Budak comel ni...


Dah berjaya di-potty trained-kan! Sekarang ni tidur malam je pakai lampin. Yeay, tahniah Adik Seri! Kakak Orked is very proud of you!

Mummy cakap train Seri lagi senang dari train Orked masa kecik dulu. Kalau dulu Orked banyak kali accident tapi Seri tak banyak accident. Mummy pun takde sakit jantung. Kalau Orked dulu, sakit jantung, darah tinggi, sesak nafas, semua ada! Ehehehe... Mungkin sebab Seri dah besar sikit banding Orked. Seri 2 tahun 3 bulan, Orked belum masuk 2 tahun dah potty trained. Atau pun, mungkin sebab Mummy dah terrer mem-potty train-kan budak-budak. Apa-apa pun, Alhamdulillah...

 Cara Mummy potty train ialah sebelum mula, selama beberapa minggu, masa mandi, Mummy selalu suruh Seri cuba buang air. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tidak. Mulai minggu lepas, Mummy terus tak pakaikan Seri lampin. Mummy bagitau kat dia, Seri dah besar, dah jadi kakak. Kena jadi macam Kakak Orked, buang air di toilet, di potty. Seri ada potty sendiri yang boleh diletakkan di atas toilet. Seri jadi excited sebab jadi kakak, dan suka nak potty training. Mula-mula, setiap satu jam, Mummy akan bawa Seri pergi toilet. Mummy juga selalu remind Seri supaya beritahu Mummy kalau nak buang air. Bila berjaya buang air, Mummy akan puji Seri melambung-lambung dan high five dengan Seri supaya dia happy. Bila accident pulak, Mummy nak telefon polis. Hehehe. Beberapa hari kemudian, Seri dah pandai beritahu Mummy yang dia nak buang air. Dan sekarang, Mummy dah tak payah ajak Seri pergi toilet. Mummy cuma selalu ingatkan Seri nak pergi toilet kena beritahu Mummy dan jangan buang air dalam seluar. Nanti bila nak buang air, Seri akan beritahu Mummy dan Mummy akan bawa...

Sekarang selamatlah poket Daddy, dan selamatlah alam sekitar bila Seri dah kurang pakai lampin. :)

luv,
Orked
by Mummy

Thursday, August 30, 2012

Biskut Cornflakes untuk Hari Raya

Kalau dua tahun lepas, Orked dengan Mummy buat biskut cornflakes madu untuk Hari Raya, tahun ini projek kami berdua ialah biskut cornflakes pula. Biskut cornflakes juga, tapi yang ini biskut cornflakes yang menggunakan tepung. Maknanya, susah sikitlah berbanding yang dulu. Mummy ni tak pandai buat biskut raya, sebab tu lah rasa susah. Hehehe.... Anyway, biskut ni kitorang buat masa puasa hari tu, cuma tak sempat nak blogkan je... 

Sebenarnya Orkedlah yang beria-ia sangat nak buat biskut raya nih. Orked tengok dalam cerita Upin Ipin, diorang tolong Kak Ros buat biskut raya. Jadi HARI-HARI Orked tanya kat Mummy, bila nak buat biskut raya. Biskut raya yang bunga-bunga macam Upin Ipin. Orked nak tolong Mummy ambikkan barang-barang macam Upin Ipin tolong Kak Rosnya...

Akhirnya Mummy pun setuju nak buat biskut raya walaupun Mummy tak pandai pun buat biskut raya. Sebelum buat biskut ni, Mummy google dulu resepi biskut cornflakes, dan akhirnya resepi ini telah jadi pilihan, sebab paling mudah dan menggunakan sukatan cawan je. Hehhe.... Selepas Daddy beli bahan-bahannya di Tesco, bermulalah projek kitorang...

Bila Mummy ajak Orked buat biskut hari raya, Orked rasa happy sangat. Tak sabar-sabar nak tolong Mummy. Adik Seri pun tumpang sama nak tolong. Maklumlah adik ni kan sekarang suka ikut apa yang kakak buat. Kakak nak buat kuih raya, dia pun sama lah nak buat kuih raya juga.

Mula-mula kita kena sediakan semua bahan-bahannya di atas meja. Kita perlukan 1/2 cawan butter, 1/2 cawan gula kastor, 1 biji telor, 2/3 biji cawan kismis hitam (Mummy tak letak), 1 cawan tepung naik sendiri yang telah diayak, dan 2-3 cawan cornflakes yang diramas-ramas agar hancur sedikit.

Ini bahan-bahan untuk biskut raya kitorang tahun ni
 Mula-mula sekali kita kena pukul mentega dan gula tu sehingga dia kembang. Kembang tu Nenek kata sampai ia jadi warna putih.

Pukul mentega sampai kembang
Tangan Orked dah sakit, adui! Menteganya tak kembang-kembang jugak lagi huhu
Lepas dah kembang tu, masukkan campuran tepung dan kismis dan gaul sampai rata. Tapi masa ni Orked dah cabut lari sebab dah tak larat nak pukul mentega tu tak kembang-kembang. Maka tinggallah Mummy sesorang terkontang-kanting pukul mentega. Sorry Mummy... Mesti tahun depan Mummy tak nak buat kuih raya dengan Orked lagi kan?

Lepas tu kena cedokkan campuran tu jadi ketulan, dan masukkan ke dalam cornflakes untuk salutkan campuran tu. Seterusnya masukkan ke dalam paper cup. Paper cup Orked besar sikit, patutnya guna yang lebih kecil untuk jadi lebih cute.

Inilah rupanya kuih raya Orked sebelum dibakar.
Masukkan ke dalam oven bersuhu 180oC selama 12-15 minit, atau sehingga ia berwarna kuning keemasan. Dan bila dah siap.....

Tadaaaa!!! Inilah hasilnya...
 
 Yes, menjadi pun biskut raya Orked. Sedappp!!!

Very good!

Harap-harapnya tahun depan Mummy tak serik, dan sudi nak buat biskut raya dengan Orked lagi.

xoxo
Orked
by Mummy


Wednesday, August 29, 2012

Rendang Daging Nenek Ros


Sempena nak Hari Raya, Mummy masakkan rendang daging untuk kami semua. Rendang daging ni favourite Daddy, dan resepinya adalah resepi Nenek Ros. Mummy tak sempat belajar dengan Nenek Ros, tapi nasib baiklah Pak Lang tau resepi ni. Jadi, Mummy belajar dengan Pak Lang. Sukatannya diagak-agak je, dan ikut reference dari internet. Resepi ni ialah untuk 2 kg daging.

Rendang Daging Nenek Ros

Bahan-bahannya:

2 kg daging lembu
Cili boh: 20-40 tangkai cili kering + 3 labu bawang besar + 5 ulas bawang putih -- direbus dan dikisar
Rempah sate: 1 sb ketumbar + 1 st jintan putih + 1 st jintan manis -- disagan satu persatu, kemudian dicampurkan dan diblend
Bahan A:
     2 inci lengkuas
     6 batang serai
     8 ulas bawang merah
     5 ulas bawang putih
     2 inci halia
     2 inci kunyit hidup
     -- semuanya diblend
2 keping asam keping
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam
Serbuk kunyit
200 g kerisek
1.5 liter santan
Daun kunyit yang dihiris halus

Bahan-bahan untuk rendang daging
Cara memasak:

Gaulkan daging + Bahan A + cili boh + rempah sate + bunga lawang + kulit kayu manis + garam + serbuk kunyit + santan cair di dalam kuali. (Apabila daging dah empuk baru masukkan santan pekat)

Pasangkan api. Masukkan juga asam keping.

Bila dah hampir masak dan rendang dah hampir kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris halus.

Dah siap! Tadaaa!

Rendang daging dengan ketupat nona
xoxo
Orked, Seri dan Lela
by Mummy

Puzzle

Salam Aidilfitri semua!

Tak sempat Orked dan family nak wish Selamat Hari Raya. Tau-tau je dah minggu kedua Syawal rupanya kita. Gambar raya kami nantilah baru diupdate. Banyak sangat. Tak sempat Mummy nak belek gambar, apatah lagi nak select, edit, upload dan seterusnya blogkan gambar raya kami tu.

Tapi apa pun, untuk short update hari ni, Orked nak share yang Orked dah pandai buat puzzle. Wah, happy Orked (Mummy ler sebenarnya). 2-3 bulan yang lepas, Orked hanya mampu sepahkan puzzle dan tengok Mummy buat. Lepas tu Mummy sorokkan je puzzle tu sebab tak larat nak solvekan. Tapi semalam, Orked keluarkan balik puzzle tu dan cuba buat. Dengan bantuan Mummy, kami berjaya selesaikan. Hari ni pula, Orked dapat buat sendiri! Yeay! Orked excited sangat. Jadi, Orked pecahkan, buat, pecahkan lagi, buat balik, dan pecah-buat banyak kali puzzle tu. Walaupun masa yang diambil agak lama pada awalnya, tapi lama-kelamaan makin cepat Orked dapat solvekan. Tapi of course lar, masih tak boleh lawan Mummy. Mummy buat lajuuu jer. Camne ye? Bila Daddy balik dari work, Orked tunjuk kat Daddy macam mana buat puzzle. Daddy pun bangga dengan Orked, dan janji yang Daddy akan bawa Orked pergi kedai beli puzzle gambar lain pula. Yeay, thank you Daddy!

Inilah puzzle pertama Orked.
Mummy kata, mula-mula kita kena buat kat tepi dulu. Cari cebisan yang ada bahagian lurus kat tepi dia.
Dah siap kat tepi-tepi semua, barulah boleh buat bahagian tengah sampai siap.
Ini pulak gambar Adik Lela yang Mummy ambil semalam. Makin hari makin bulat Adik Lela ni. Comel. Geram Kak Orked tengok adik kesayangan kakak ni. Adik Lela dah pandai senyum tau, bila kita bercakap dengan dia. Lepas tu dia akan buat bunyi "uuu... uuu". Tapi Mummy belum berjaya ambik gambar dia senyum lagi... Nanti dah dapat bolehlah Orked blogkan.

Sesi berlatih meniarap
Sesi membuli adik. Marah dia. Terpusing-pusing kepala dia, cuba nak buat bunga kat mata dia... Hehehe...
Kat pipi adik ni macam ada tulis "lempang di sini" kan? Eii geram, rasa nak penyet-penyet aje pipi dia...
Ok, jumpa lagi nanti!
 Sampai di sini sahaja. Sampai jumpa lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga.

xoxo
Orked, Seri dan Lela
by Mummy

Sunday, August 5, 2012

Lela - Sebulan

Diam tak diam, dah sebulan dah umur Adik Lela. Cepat betul masa berlalu. Jadi, Mummy dan Daddy telah bawa Adik Lela ke klinik untuk suntikan Hepatitis B dos kedua dan juga untuk check-up.Macam biasalah, pergi ke Klinik Dr. Ling kat depan rumah. Kitorang rasa Dr. Ling mesti happy tengok Adik Lela sebab selama 2 tahun lagi Adik Lela akan selalu datang jumpa Dr. Ling untuk dicucuk. Mula-mula kakak Orked jumpa Dr. Ling, lepas tu kakak Seri pulak, dan sekarang ni adik Lela pulak. Ada je supply untuk Dr. Ling cucuk. Hahahah.... Kalau demam pun jumpa Dr. Ling jugak, kecuali kalau klinik dia tutup.

Mula-mula cam biasa lah, lepas register kena timbang. Berat adik Lela sekarang dah 4.45 kg. Naik hampir 1 kg dalam sebulan. Patutlah makin chubby dan makin bulat je rupanya. Muka adik Lela ni mestilah kena bulat, sebab dia lahir masa bulan mengambang, 15 Syaaban hari tu... Bulat macam bulan.




Lepas tu masuk jumpa doktor. Doktor cek bunyi jantung dan pernafasan, dan cek suhu. Alhamdulillah sihat... Lepas tu doktor ukur panjang dan ukur lilit kepala adik juga. Sekarang ni adik dah 55 cm panjang dan ukur lilit kepala 37.75 cm. Dah makin panjang dah adik. Patutlah ada jumper newbornnya yang macam dah ketat nak pakai.



Dan last sekali, kena cucuk ler. Apa lagi. Nangislah jugak, tapi berjaya ditenangkan oleh Mummy. Nasib baik ada Mummy untuk pujuk. Sebelum balik, doktor bagi belon, tapi kat kakaknya. Sorry, adik tak dapat sebab adik tak pandai main belon lagi. Heheheh... Tak rugi kakak ikut pergi klinik, dapat belon!

Dan kat bawah ni pulak, seimbas lalu apa yang berlaku kat rumah masa Mummy tak update blog. Cuti pun tak sempat nak update blog. Oh ya, adik Lela ni masa baru lahir banyak tidur waktu siang. Tapi malam.... Huh... Lama dia berjaga. Satu dia tak ngantuk. Satu lagi dia asyik muntah susu. Dah tido elok-elok, bila Mummy letak atas tilam, dia muntah. Dah terjaga.... Dan berulang-ulang. Mummy dah cuba burpkan dia. Kadang-kadang dia tak nak burp. Kadang-kadang dah burp, tapi keluar susu jugak bila baring. Kadang-kadang, masa burp tu keluar angin campur susu sekali. Asyik bertukar baju jelah adik dengan Mummy dalam gelap tengah malam tu.... Dalam minggu ni je, nampak cam berubah sikit. Dia dah kurang sikit muntah (tapi muntah lagi). Jadi malam dia tak berjaga lama sangat (tapi berjaga gak lagi). Harapnya bila dia makin besar akan berhenti lah muntah susu dia tu.. Amin... Boleh lah Mummy tido elok sikit.



Yang ni hujung minggu lepas, masa kami semua balik kampung jumpa Atuk Nang dan Nenek Rohaya berbuka puasa sama-sama.


Kak Orked dan Kak Seri ni suka jaga adik. Kalau adik berjaga dan Mummy nak pergi toilet ke, mana ke, nanti kakak Orked tunggu tepi adik tengok kalau adik muntah ke, nangis ke, dan jaga takut Kak Seri penyet adik. Masalahnya masa tido pun dia nak jaga adik! Tapi Mummy selalu marah sebab kakak-kakak ni bukan jaga, tapi buat adik terjaga! Cakap kat Mummy nak tengok je adik, tapi sembunyi-sembunyi ciumlah, peluklah, peganglah, cucuklah. Ishh...


Kakak Seri ni pulak, selalu cakap nak tengok adik. Kadang-kadang adik kat depan mata pun dia kata tak nampak adik. Kalau adik pandang muka kat dia, barulah dia puas hati. Kalau nampak belakang adik je ke, kaki adik je ke, dia kata tak nampak adik! Pening, pening, pening...


Ini contoh kakak yang penyayang tapi merimaskan adik! Ehehehe... Adik dah meronta-ronta nak melepaskan diri pun dia nak cium lagi. Hehehehehe....

Ok, adik dah banguuunnnn!

xoxo
Mummy

Tuesday, July 31, 2012

Lela dalam Ebook Photomama DIY Studio

Salam semua,

Kalau dulu Kak Orked pernah jadi model Daddy dalam video-video Photomama, Kak Seri dalam workshop Photomama, sekarang giliran Adik Lela pulak jadi model Daddy. Kali ni bukan dalam video atau workshop, tapi model dalam ebook Daddy yang terbaru, Photomama DIY Studio Panduan Bergambar. Wah, dahsyat...


Kat dalam ebook tu Daddy ada terangkan macam mana nak ambik gambar baby yang cantik-cantik macam professional photographer selalu buat - di rumah! Yep, tak payah pergi studio atau upah professional photographer (er, sekali sekala upah lah juga yang professional, kalau tak Daddy tutup kedai pulak, hehehhe), tetapi semua orang pun boleh buat sendiri di rumah. Ehem... Mummy pun kena buat gambar kitorang lagi cantik jugak lepas ni sebab dah baca ebook Daddy nih. Menariknya, langkah step-by-step ditunjukkan, dan bergambar lagi! Antara contoh gambar yang boleh didapati lepas baca ebook ni ialah:
 









Yes, Daddy ada ajarkan step-by-step macam mana nak dapatkan gambar-gambar seperti gambar Adik Lela di atas tu. Jadi jangan lupa dapatkan ebook Daddy ni. Harganya cuma RM10 kalau dibeli pada hari ini, 31 Julai 2012 dan RM17 kalau dibeli selepas 31 Julai 2012. Klik http://kedaifoto.com/v3/product.php?id_product=2711 untuk membeli.

NEW UPDATE: Harga bagi ebook ini sekarang adalah RM14 untuk 500 orang pembeli terawal.


xoxo
Orked, Seri, Lela
by Mummy

Monday, July 30, 2012

Lela by The Photolicious

Minggu yang lepas Aunty Kamalia Kamal dan Aunty Zara Haleena dari The Photolicious datang rumah kami dan ambik gambar Adik Lela. Siap datang bawak prop macam-macam lagi, sebab nak shoot newborn photos Adik Lela. Mula-mula nak ambik gambar Adik Lela tido, tapi dia tak nak tido pulak. Excited kot? Padahal selalunya siang-siang Adik Lela tido je memanjang.... So, puaslah Adik Lela berposing sakan... Inilah antara gambar-gambarnya...















Comel kan, Adik Lela?

Thank you very much Aunty Kamalia Kamal!

xoxo
Orked & Seri
by Mummy