Wednesday, August 29, 2012

Rendang Daging Nenek Ros


Sempena nak Hari Raya, Mummy masakkan rendang daging untuk kami semua. Rendang daging ni favourite Daddy, dan resepinya adalah resepi Nenek Ros. Mummy tak sempat belajar dengan Nenek Ros, tapi nasib baiklah Pak Lang tau resepi ni. Jadi, Mummy belajar dengan Pak Lang. Sukatannya diagak-agak je, dan ikut reference dari internet. Resepi ni ialah untuk 2 kg daging.

Rendang Daging Nenek Ros

Bahan-bahannya:

2 kg daging lembu
Cili boh: 20-40 tangkai cili kering + 3 labu bawang besar + 5 ulas bawang putih -- direbus dan dikisar
Rempah sate: 1 sb ketumbar + 1 st jintan putih + 1 st jintan manis -- disagan satu persatu, kemudian dicampurkan dan diblend
Bahan A:
     2 inci lengkuas
     6 batang serai
     8 ulas bawang merah
     5 ulas bawang putih
     2 inci halia
     2 inci kunyit hidup
     -- semuanya diblend
2 keping asam keping
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam
Serbuk kunyit
200 g kerisek
1.5 liter santan
Daun kunyit yang dihiris halus

Bahan-bahan untuk rendang daging
Cara memasak:

Gaulkan daging + Bahan A + cili boh + rempah sate + bunga lawang + kulit kayu manis + garam + serbuk kunyit + santan cair di dalam kuali. (Apabila daging dah empuk baru masukkan santan pekat)

Pasangkan api. Masukkan juga asam keping.

Bila dah hampir masak dan rendang dah hampir kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris halus.

Dah siap! Tadaaa!

Rendang daging dengan ketupat nona
xoxo
Orked, Seri dan Lela
by Mummy

1 comment: