Sebenarnya Orkedlah yang beria-ia sangat nak buat biskut raya nih. Orked tengok dalam cerita Upin Ipin, diorang tolong Kak Ros buat biskut raya. Jadi HARI-HARI Orked tanya kat Mummy, bila nak buat biskut raya. Biskut raya yang bunga-bunga macam Upin Ipin. Orked nak tolong Mummy ambikkan barang-barang macam Upin Ipin tolong Kak Rosnya...
Akhirnya Mummy pun setuju nak buat biskut raya walaupun Mummy tak pandai pun buat biskut raya. Sebelum buat biskut ni, Mummy google dulu resepi biskut cornflakes, dan akhirnya resepi ini telah jadi pilihan, sebab paling mudah dan menggunakan sukatan cawan je. Hehhe.... Selepas Daddy beli bahan-bahannya di Tesco, bermulalah projek kitorang...
Bila Mummy ajak Orked buat biskut hari raya, Orked rasa happy sangat. Tak sabar-sabar nak tolong Mummy. Adik Seri pun tumpang sama nak tolong. Maklumlah adik ni kan sekarang suka ikut apa yang kakak buat. Kakak nak buat kuih raya, dia pun sama lah nak buat kuih raya juga.
Mula-mula kita kena sediakan semua bahan-bahannya di atas meja. Kita perlukan 1/2 cawan butter, 1/2 cawan gula kastor, 1 biji telor, 2/3 biji cawan kismis hitam (Mummy tak letak), 1 cawan tepung naik sendiri yang telah diayak, dan 2-3 cawan cornflakes yang diramas-ramas agar hancur sedikit.
Ini bahan-bahan untuk biskut raya kitorang tahun ni |
Pukul mentega sampai kembang |
Tangan Orked dah sakit, adui! Menteganya tak kembang-kembang jugak lagi huhu |
Lepas tu kena cedokkan campuran tu jadi ketulan, dan masukkan ke dalam cornflakes untuk salutkan campuran tu. Seterusnya masukkan ke dalam paper cup. Paper cup Orked besar sikit, patutnya guna yang lebih kecil untuk jadi lebih cute.
Inilah rupanya kuih raya Orked sebelum dibakar. |
Tadaaaa!!! Inilah hasilnya... |
Yes, menjadi pun biskut raya Orked. Sedappp!!!
Very good! |
Harap-harapnya tahun depan Mummy tak serik, dan sudi nak buat biskut raya dengan Orked lagi.
xoxo
Orked
by Mummy
4 comments:
sian oked.. berpeluh buat kuih raya. penat ya oked..? ;D
iyelah..berpeluh2 orked buat biskut. sungguh2 tu..boleh auntie rasa sikit?
comelnyaaaaaaaaaa xD
Good job Orked.. Nanti dah besar boleh masuk Masterchef.. :)
Post a Comment