Wednesday, May 18, 2011

Mummy Cuti Part 1

Minggu lepas Mummy cuti. Orked dan Adik dapat le melekat macam ada gam dengan Mummy sepanjang hari. Cuti satu hari je. Takde la lama pun. Hhehehe... Mummy kata cuti dia ada banyak, dan sekarang students dia pun dah start cuti, dah tak payah masuk kelas. Jadi Mummy boleh la gunakan cuti Mummy tu sekali-sekala.

Cuti tu takde la gi mana-mana pun. Minggu lepas Daddy bawa kitorang semua tido kat Hotel Residence, kat Uniten, selamat 4 malam. Daddy work kat sana. Outstation. Hehe. Hotel Residence ni dekaaat sangat dengan office Mummy. Mummy pun happy duduk situ sebab tak payah drive jauh-jauh nak pergi kerja. Hari yang Mummy cuti tu, takde la buat apa pun. Duduk kat hotel je. Ambik-ambik gambar. Pastu tengahari Daddy bawak lunch kat Alamanda, Putrajaya. Disebabkan salah satu aktiviti cuti tu ialah ambik-ambik gambar, maka ada banyaklah gambar Orked dan Adik hari tu...

Ini Adik Orked yang sudah ada sebatang gigi.

Dan ini Orked yang tak nak ketinggalan tunjuk gigi. Gigi Orked dah banyak.

Adik Orked ni memang camni, tak leh berpisah dengan Mummy. Daddy kata tali pusat dia belum putus lagi dengan Mummy. Ha ha ha. Ni aksi Adik ketika Mummy ke toilet. Dia akan tunggu Mummy kat situ sambil menangis dan peluk pintu. Kelakar, kan?

Bila Mummy keluar, dia pun akan ikut sekali.

Ni Adik bila kena marah dengan Orked. Kadang-kadang dia nangis, kadang-kadang dia buat tak tau je.

Ni Daddy saja letak Adik tersepit kat celah katil. Daddy memang macam tu. Dah memang hobi dia menyakat Orked dan Adik. Tak senang hati Daddy kalau tak sakit kitorang sampai nangis.

Lunch hour Daddy bawak pergi Alamanda. Kat hotel takde kolam. Orked teringin nak mandi kolam. Tu yang pi celup jugak kaki kat kolam air pancut kat Alamanda. Mesti orang sekeliling pandang Orked semacam masa ni.

Tolak rambut yang dah mencucuk mata ni ke tepi. Masa keluar tadi pakai sepit, lepas tu dah cabut hilang mana ntah.

Adik dan Mummy tunggu je Orked main celup kaki kat kolam air pancut.

Hari ni eczema Adik naik banyak. Abis muka dia berbintik-bintik. Kesian dia gatal.

Adik dengan Mummy lagi

Daddy hari ni baik hati, belikan Mummy baju. Masa Mummy try baju, kitorang ambik gambar depan cermin

Tadi Daddy buat muka kelakar, tu yang Orked geli hati. Ni Daddy control hensem pulak. Orked tak sempat nak control cute.

Dengan Adik pulak. Tengok, Adik nak makan kertas!

Perangai yang Mummy dan Daddy tak suka, masuk tangan dalam mulut.

Orked jadi mannequin

Mannequin buat muka kelakar

Lama sangat Mummy try baju. Sempat Orked main lari sana sini kat dalam fitting room

Kakak ni tolong dukung Adik

Gambar ada banyak lagi. Nanti Orked sambung lagi. Dah tak larat.

xoxo

Orked
by Mummy

4 comments:

ann @ hatiberbunga said...

syahdunya tengok adik nangis kt depan toilet tu.. hehe..

aidura sofiee said...

@orked, klu ekzema kat muka adik seri tu tak ok2 gak, minta mummy try cari elosone cream ye.

anak aunty pun ada ekzema tahap gaban gak. tapi bila sapu ubat tu, alhamdulillah dgn izin Allah, sakit tu cepat jek sembuh.

misz beauty said...

comel la orked & adik seri... Sian adik kene ruam...

Orked said...

aunty ann: hehehhe... adik tu notty. tak nak bagi mummy pergi toilet.

aunty aidura: thank u for suggestion. doktor ada bagi ubat u-closone utk adik. tak tau sama tak dgn ubat yg aunty cakap ni? ubat tu boleh hilangkan tapi lepas tu datang balik.

aunty beauty: hehe... thanks. ha'ah, cian kat adik.