Wednesday, May 25, 2011

Aktiviti Mewarna

Orked suka menulis dan mewarna. 2 hari lepas, Mummy beli Daddy bayar untuk Orked buku mewarna yang baru. Balik je rumah, terus Orked excited nak mewarna. Maklumlah, buku baru. Ini hasil kerja tangan Orked malam tu.

Mewarna pun mesti bersungguh-sungguh

Warna ikut panduan warna pada nombor tu

Daddy tolong Orked warnakan langit

Dan inilah hasilnya

Orked tau, lukisan Orked comot lagi. Tapi Mummy kata Mummy terkejut dan bangga dengan Orked sebab Orked berjaya siapkan lukisan ni. Orked juga telah warnakan dalam garisan dan cuba supaya warna tak keluar dari garisan.

Sebelum ni Orked dah ada buku warna yang lain. Tapi, masa tu Orked kecik lagi dan tak pandai mewarna lagi. Last-last jadi buku conteng. Lepas tu pulak, Mummy bagi Orked buku kosong je. Mummy lukis gambar apa-apa, pastu Orked warnakan. Selalunya Orked akan minta Mummy lukis gambar keluarga, rumah, pokok, pisang dan butterfly.

Bila dapat buku warna yang baru ni, barulah Mummy perasan yang Orked sebenarnya dah pandai warna elok sikit. Orked happy buat Mummy happy.

Yang ni pulak, Orked warna semalam. Daddy lukiskan dan Orked warnakan. Batang pokok tu Mummy yang warna, sebab tu cantik. Tapi Orked tak siapkan sebab Orked distracted dengan benda lain.

Yang kat bawah ni pulak, lukisan Orked masa bulan sebelas tahun 2010. Huhu, malu Orked nak tunjuk. Dulu Orked pandai buat bulat-bulat camtu je. Dah banyak kan, kemajuan Orked?


Dah pandai sikit mewarna ni, selain dari teruskan praktis supaya dapat warna lebih cantik, Mummy tambahkan projek baru. Mummy nak ajar Orked menulis pulak. Sekarang Orked tengah praktis sambungkan dot dot dot. Yang ni kelas pertama, yang mudah dulu lah. Sambungkan dot buat garis lurus je dulu. Mummy buat dot, Orked sambung. Orked harap Orked akan cepat pandai. Sape ada teknik mudah biar Orked cepat pandai, sharelah ye?


xoxo

Orked
by Mummy

2 comments:

Aunty Bard said...

dah makin bijak la orked ni. nanti aunty bard boleh la hantar anak aunty belajar ngan mommy orked :-)

NenekOrked&Seri said...

Ikut jejak daddy ni nampaknya cucu nenek yang sorang ni! Daddy pandai melukis, Otet pun pandai melukis juga!