Sunday, February 26, 2012

Kaki tido

Semalam kitorang dapat tangkap video Seri sedang buat sesuatu yang tak senonoh. Ada ke pulak dia tertido masa makan! Hehehhehe.... Tengok ler video kat bawah nih... (sorry gambar senget)



Hahahahah! Tak senonoh kan? Hari tu dia tak tido sepanjang pagi dan tengahari. Masa makan tengahari dia dah ngantuk sikit dah. Tapi Mummy suruh dia makan dulu sebelum tido. Halfway dia makan, kitorang nampak mata dia dah keciiikk aje... Layu macam mata Garfield. Ha, dah tau, mesti jap lagi dia akan tertido atas meja. Kitorang tunggu aje. Pastu Daddy ambik video. Betul pun, lepas tersengguk-sengguk sikit, terus dia 'out'! Kelakar, kan?

Adik Seri ni, kalau dia ada banyak benda nak buat, misalnya kalau kitorang pergi jalan-jalan ke, ada ramai orang ke, ada orang datang rumah ke, pergi rumah Nenek ke, dia ada banyak benda baru nak explore ke, dia akan lawan ngantuk dia sebab nak main. Pastu bila waktu makan, bila keadaan jadi tenang, dia pun mula lah tertido... Dah beberapa kali jadi sebelum nih...

Meh Orked tunjukkan bukti-buktinya....

Yang ni masa dia umur 7 bulan. Dia duduk dalam babyseat dia kat dalam trolley kat Giant. Kitorang shopping, dia ambik coklat. Dia gigit-gigit coklat tu sebab nak makan, tapi tak berjaya. Alih-alih dia tertido sambil gigit sampul coklat! Hehhehe... Kesian...

Kejadian seterusnya....

Hahaha....! Yang ni pun kelakar juga. Masa ni dia umur 13 bulan, kat Avillion Admiral Cove. Dia baru je pandai jalan. So, masa kat situ, dia dah jalan round satu hotel. Dah le hotel tu besar, kaki dia pulak pendek, jauh lah jadinya... Tapi dia tak penat pun, jalannnnn aje.... Bila masa makan tengahari, apa lagi, 'pengsan' le jawabnya! Hehehhe...

Dan contoh yang terakhir,

Yang ni masa dia umur setahun setengah, kat kedai makan kat USJ. Orked dah tak ingat siangnya dia buat apa, tapi dia tido sekejap sangat je. Masa dinner sambil minum air pun boleh tido! Rasanya yang ni lah kot paling pelik. Yelah, camne boleh tido sambil minum???!!! Seri je yang boleh! Hehehhe...

Tapi kannn.... Ermm.... Orked sendiri pun pernah jugak tertido sambil makan. Yang ni masa umur setahun setengah juga, masa kat rumah lama. Masa ni dah malam dah pun, kat dalam kereta. Kat dalam kereta memang Orked biasa tertido pun. Cuma masa ni Orked tengah makan roti. Belum sempat lagi roti tu ditelan, Orked dah lena dulu. Eiii, malunya! TAPI, sekali ni je Orked tido masa makan. Tak macam Adik Seri, dah banyak kali. Kih kih kih...


Oklah, itu aje. Tata

xoxo
Orked
by Mummy

Tuesday, January 24, 2012

Melaka

26 Disember yang lepas, Daddy ada perjumpaan critic session di Melaka dengan geng-geng Lensa Malaya. Mummy, Orked dan Seri pun ikut juga Daddy ke sana.

Masa kitorang sampai, terus pergi ke tempat pertemuan Lensa Malaya tu. Tempatnya di tepi sungai. Lepas Orked dan Seri boring tengok Daddy chit chat dengan geng-geng Lensa Malaya yang lain, terus Orked dan Seri ajak Mummy ke tepi sungai. Kat situ ada lorong pejalan kaki dan boleh juga nampak bot-bot River Cruise. Orked dan Adik yang ada banyak tenaga, telah berlari-lari ulang-alik kat tempat pejalan kaki tu tanpa rasa penat dan kepanasan walaupun masa tu dah tengahari. Yang penat dan panasnya, hik hik hik, Mummy ler... Tu ler, Mummy tak makan coklat banyak-banyak, macam mana nak high energy macam kitorang....

Ini Orked berlari

Ini Seri yang kononnya berlari juga

Lambai dekat setiap bot yang lalu, dan akan ajak Daddy naik bot jugak lepas ni

Ini Mummy suruh main kat tempat teduh

Tapi sebenarnya masih terkinja-kinja nak main kat tempat panas juga

Dah penat minum air dulu...

Promote topi Lensa Malaya yang merah menyala

Lepas habis sesi critic session tu, kami semua pergi makan Ikan Asam Pedas kat Bandar Melaka. Lokasi sebenarnya tak Orked ketahui sebab bangun dari tidur je Orked dah ada kat atas kerusi kat kedai makan tu. Hehehe, Orked tertido dalam kereta sebab penat lari-lari tengah panas tadi. Tapi Ikan Asam Pedasnya memang best. Itupun Daddy main berhenti je kat kedai Ikan Asam Pedas yang Daddy nampak sebab Daddy pun tak pasti kat mana kedai Ikan Asam Pedas yang paling best kat Melaka.

Next destination ialah Pantai Klebang Melaka. Hajat sebenarnya ialah nak cari cendol. Jumpa cendol kat situ, tapi mahal! Keropok lekor pun mahal banding kat Kuala Lumpur. Cendol sampai RM3.50 semangkuk dan keropok lekor ada yang 3 keping RM1! Phew, untung besar! On the way ke Pantai Klebang tu nampak ada satu gerai yang jual Coconut Shake. Panjang sangat barisan orang beratur. Mummy tengok pun teringin jugak sebab kalau barisan panjang, mestilah sedap, kan? Tapi tak berhenti beli sebab takde masa nak beratur. Kalau Adik nanti air liur meleleh, tau le Orked apa puncanya. Ehehehe....

Masa kat pantai tu, ada tempat naik kuda. Mula-mula masa tengok kuda tu, Orked takut. Nak pegang pun takut. Tapi Mummy cakap kat Orked, yang kuda ni baik. Lepas tu, kuda cuma makan carrot dan sayur-sayuran je. Kuda tak makan daging dan tak makan orang. Dia makan carrotttt jerr.... Kita tak payah takut kat binatang yang makan carrot. Barulah Orked tak takut, dan sanggup naik kuda pun.

Ini Orked naik kuda. Mula-mula tu nervous gak...

Lepas tu dah makin confident

Adik Seri jugak yang takut, gayut kat Mummy n Daddy jer (nampak tak Orked kat belakang tu?)


Tengoklah tu, punyalah ramai bodyguard, sampai dua orang!

Bagi Adik duduk atas kuda sekejap

Tengok tu, dia dah takut! Ihihihihi....

Kesimpulannya, naik kuda tu best, dan tak takut sangat pun. Alhamdulillah takde apa-apa berlaku masa Orked naik kuda tu...

Lepas naik kuda, keinginan Orked untuk naik bot yang Orked dok lambai-lambat tepi sungai tengahari tadi telah ditunaikan oleh Daddy, yeay! Kami naik river cruise sepanjang sungai. Best, tapi takde gambar.

Dan akhir sekali, day trip ke Melaka disudahi dengan makan ikan bakar kat Parameswara, Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu. Kat situ ramai orang, macam best, tapi bila ikan sampai, rasanya macam biasa-biasa je. Kat mana ye ikan bakar yang paling best kat Melaka?

Ok, itu sahaja laporan dari Melaka. Best sangat dapat naik kuda yang makan carrot! :D

luv
Orked & Seri
by Mummy

Thursday, January 19, 2012

Nikah Cik Yana

Cik Yana sebenarnya telah pun selamat berkahwin pada bulan November yang lalu. Majlis akad nikahnya dijalankan di rumah Nenek Orked di Nusaputra pada 26 November 2011. Uncle yang bertuah menjadi pilihan Cik Yana ialah Uncle Reizal.

Tema warna untuk keluarga pada hari tu ialah warna brown. Jadi, kami semua pakai brown. Untuk Kak Orked dan Seri, Mummy belikan penyepit rambut bentuk bunga supaya nampak comel. Lagi-lagi Adik Seri, sebab kalau tak dia nampak macam boy, dengan rambutnya yang pendek tu...


Kak Orked dan Adik Seri dengan penyepit rambut bunga comel

Pada hari tu, ramai sangat orang datang. Sampai penuh rumah Nenek. Kat bawah ni masa rombongan pengantin lelaki baru sampai. Penuh tak boleh duduk dah rumah Nenek. So, Kak Orked dan Adik Seri main kat pondok Nenek kat luar je...


Uncle Reizal telah sah menjadi suami Cik Yana dengan sekali lafaz yang penuh keyakinan dan tak gagap-gagap. Alhamdulillah. Cik Yana dapat hadiah cincin dan rantai daripada Uncle Reizal. Yang bestnya, cincin kahwin Cik Yana tu, mak mertua Cik Yana yang designkan sendiri. Tapi gambarnya takde lah pulak. Nak tengok, kena intai-intai kat jari Cik Yana lah.



Selesai acara akad nikah, sarung cincin, penyerahan mas kahwin dan salam peluk cium, ialah acara bergambar keluarga dan makan-makan.

Ibu bapa pengantin

Keluarga Atuk Ahamad (tanpa Orked dan Seri yang tengah main kat luar)

Dan last sekali, cam biasa, kalau ada pengantin mesti kena ambik gambar dengan budak kecik. Konon-konon supaya cepat dapat baby. Adik Seri telah menjadi budak kecik bertuah itu. He he he...


Itu ajelah liputan majlis pernikahan Cik Yana. Gambar dari kamera Mummy tak berapa banyak sebab selain daripada mood nak update blog merudum, mood mengambil gambar pun merudum sama. Huuu...

To Cik Yana, Selamat Pengantin Baru daripada Orked dan keluarga.




xoxo
Orked dan Seri

Wednesday, January 11, 2012

Hafazan

Orked dah lama tak menulis kat blog, kan? Sebabnya, Mummy tak larat. Kalau anytime diberi pilihan, Mummy nak tido ke nak update blog, mesti Mummy pilih tido. Ehehhehehhe... Maklum ler, orang pregnant... Ye, Orked dah nak ada adik lagi seorang dah. Sekarang Mummy dah masuk minggu ke-14. Tak lama lagi bukan Orked seorang je jadi Kak Orked, Seri pun dah nak jadi Kak Seri. Huh, Seri kecik-kecik camtu dah jadi kakak. Sesuai ke? Takde tokoh pun? Lain le Orked. Ehehhehhe....

Anyway, aktiviti terbaru Orked sekarang ni ialah Hafazan. Sebelum ni dah macam-macam lagu Orked hafal. Dulu-dulu lagu Bahasa Melayu. Lepas tu lagu Bahasa Inggeris yang Orked tak faham pun ada yang dah terhafal. So, Mummy rasa lebih elok kalau Orked buat hafazan juga. Takde lah dok menghafal lagu je kan? Al-Fatihah tu Mummy pun terkejut tetiba Orked dah boleh hafal. Orked hafal sebab selalu dengar kakak-kakak baca masa Orked join solat jemaah kat Prihatin masa kem motivasi cuti sekolah yang lepas. Mummy dah detect Orked pandai baca Fatihah, Mummy pun continue dengan surah Al-Ikhlas dan surah An-Nas. Sekarang baru nak introduce surah Al-Falaq. Harap-harapnya cepat dapat hafal.

Setakat ini, inilah saja yang Orked dah hafal. Harap-harap usaha Mummy dan Orked ni akan berterusan. Mummy ni selalunya hangat-hangat tahi ayam je. Mula-mula ye ye je, pastu malas... Ehehheheh... Doakan kami ek.







Tata titi tutu

Love,
Orked
by Mummy

Friday, October 21, 2011

Talk @ Camera Conscience Award Exhibition

Masa ni Orked dan Adik pergi tengok Daddy bagi talk tentang fotografi di Camera Conscience Award Exhibition anjuran BASF Petronas di Fahrenheit 88. Adik tak berapa sihat masa tu sebab dah hampir seminggu cirit birit dan tak lalu nak makan. Tapi kitorang pergi jugak sebab nak bagi sokongan padu kepada Daddy.


Orked pun jadi salah seorang pendengar talk Daddy.

Itu dia Daddy. Ni kat atas pentas. Tapi yang sebenarnya Daddy turun naik pentas masa bagi talk hari tu.


Talk Daddy dua jam. Dekat dengan concourse tempat Daddy bagi talk tu, ada gerai jual aiskrim. bila Daddy dah start bercakap, kitorang pulak start pilih-pilih aiskrim nak makan yang mana satu. Hihihi.... Bukan tak nak dengar Daddy bercakap, tapi aiskrim tu macam memanggil-manggil kitorang suruh beli dan makan. Nak buat macam mana? Lagipun Adik suka aiskrim. Benda lain dia tak nak makan. Aiskrim nak pulak dia makan...

Macam orang sihat je kan lepas makan aiskrim? Tapi dia sakit tu. Kalau dia sihat, dia takkan nak duduk kat atas stroller.


Orked makan aiskrim tak comot kan? Yelah, comot sikit je. Orked dah besar, dah makin pandai makan sendiri.

Itu je lah ceritanya. Hari seterusnya Daddy ada dua talk lagi, tapi kami tak pergi dah. Kebetulan weekend tu berderet Daddy ada bagi talk.

xoxo
Orked dan Seri
by Mummy

Wednesday, October 12, 2011

Seri

Hari ni cerita tentang Adik Seri lagi. Adik Seri sekarang dah pandai posing depan kamera. Dah boleh ikut arahan kalau Mummy suruh posing untuk ambik gambar. Orked dah tak suka posing, Adik Seri makin pandai posing. Jadi, Mummy pun ambillah gambar Adik Seri je. Gambar Orked semuanya gegar sebab Orked tak nak duduk diam!

Adik Seri sekarang ni tengah belajar daripada meniru perbuatan orang lain. Benda yang Mummy, Daddy dan Kak Orked buat, dia pun nak tiru jugak. Salah satu yang dia tiru ialah dia nak pakai tudung jugak. Kak Orked selalu tinggal tudung merata-rata kat rumah (notty kan Orked?). Nanti Adik akan kutip dan pergi kat Mummy, lepas tu tunjuk tudung tu kat kepala dia sebab nak suruh Mummy pakaikan. Mula-mula dulu dia tahan beberapa saat je. Lepas tu beberapa minit. Sekarang ni kalau kena mood dia, beberapa jam pun dia boleh tahan tak cabut.

Calon ustazah pilihan

Ni masa hari Sabtu hari tu, cam biasa dia kutip tudung Kak Orked yang bersepah. Kalau tengok gambar kat atas tu, nampak macam ustazah pilihan, kan? Cuba kalau tengok gambar penuh...

Sekali dia pakai seluar pendek daaaa! Tak matching kaler pulak tuh! Ehehehhee...

Posing kat tangga main cak-cak pun dia pandai...

Lepas dia puas main tudung Kak Orked, malamnya pulak dia jumpa apron Kak Orked (letak merata-rata jugak). Rupanya Adik tau benda tu ialah apron. Dia bagi kat Mummy, pastu tunjuk-tunjuk kat badan dia suruh pakaikan (adik ni bila lah nak pandai cakap?). Mummy pun pakaikan lah....

I am number one, calon Masterchef Kids Malaysia... Hehehhe....

Adik nih macam ada split identity je. Kejap nak jadi Ustazah Pilihan, kejap nak jadi Masterchef Kid. Ehehehhe... Kat bawah ni macam dia nak jadi apa pulak ye? Macam baduuuuttt jer? Hehehhehe....

Abis tong sampah dah jadi topi panjang dia...

Gurau-gurau je ye Adik. Jangan marah Kak Orked tau. Kak Orked sayang Adik baaanyaakkk sangatttt!

Tata!

xoxo
Orked & Seri
by Mummy

Monday, October 3, 2011

Sembang



Video kat atas tu rakaman perbualan antara Orked dan Mummy (kadang-kadang disampuk oleh Seri) ketika dalam perjalanan balik ke rumah di dalam kereta. Antara isu yang diperbincangkan ialah kisah Abang Azizul yang berlumba basikal dan eksiden, Orked mewarna masa program anak-anak kat Prihatin, makanan, kerja, sayang Mummy dan Daddy.

xoxo

Orked
by Mummy