Tuesday, January 24, 2012

Melaka

26 Disember yang lepas, Daddy ada perjumpaan critic session di Melaka dengan geng-geng Lensa Malaya. Mummy, Orked dan Seri pun ikut juga Daddy ke sana.

Masa kitorang sampai, terus pergi ke tempat pertemuan Lensa Malaya tu. Tempatnya di tepi sungai. Lepas Orked dan Seri boring tengok Daddy chit chat dengan geng-geng Lensa Malaya yang lain, terus Orked dan Seri ajak Mummy ke tepi sungai. Kat situ ada lorong pejalan kaki dan boleh juga nampak bot-bot River Cruise. Orked dan Adik yang ada banyak tenaga, telah berlari-lari ulang-alik kat tempat pejalan kaki tu tanpa rasa penat dan kepanasan walaupun masa tu dah tengahari. Yang penat dan panasnya, hik hik hik, Mummy ler... Tu ler, Mummy tak makan coklat banyak-banyak, macam mana nak high energy macam kitorang....

Ini Orked berlari

Ini Seri yang kononnya berlari juga

Lambai dekat setiap bot yang lalu, dan akan ajak Daddy naik bot jugak lepas ni

Ini Mummy suruh main kat tempat teduh

Tapi sebenarnya masih terkinja-kinja nak main kat tempat panas juga

Dah penat minum air dulu...

Promote topi Lensa Malaya yang merah menyala

Lepas habis sesi critic session tu, kami semua pergi makan Ikan Asam Pedas kat Bandar Melaka. Lokasi sebenarnya tak Orked ketahui sebab bangun dari tidur je Orked dah ada kat atas kerusi kat kedai makan tu. Hehehe, Orked tertido dalam kereta sebab penat lari-lari tengah panas tadi. Tapi Ikan Asam Pedasnya memang best. Itupun Daddy main berhenti je kat kedai Ikan Asam Pedas yang Daddy nampak sebab Daddy pun tak pasti kat mana kedai Ikan Asam Pedas yang paling best kat Melaka.

Next destination ialah Pantai Klebang Melaka. Hajat sebenarnya ialah nak cari cendol. Jumpa cendol kat situ, tapi mahal! Keropok lekor pun mahal banding kat Kuala Lumpur. Cendol sampai RM3.50 semangkuk dan keropok lekor ada yang 3 keping RM1! Phew, untung besar! On the way ke Pantai Klebang tu nampak ada satu gerai yang jual Coconut Shake. Panjang sangat barisan orang beratur. Mummy tengok pun teringin jugak sebab kalau barisan panjang, mestilah sedap, kan? Tapi tak berhenti beli sebab takde masa nak beratur. Kalau Adik nanti air liur meleleh, tau le Orked apa puncanya. Ehehehe....

Masa kat pantai tu, ada tempat naik kuda. Mula-mula masa tengok kuda tu, Orked takut. Nak pegang pun takut. Tapi Mummy cakap kat Orked, yang kuda ni baik. Lepas tu, kuda cuma makan carrot dan sayur-sayuran je. Kuda tak makan daging dan tak makan orang. Dia makan carrotttt jerr.... Kita tak payah takut kat binatang yang makan carrot. Barulah Orked tak takut, dan sanggup naik kuda pun.

Ini Orked naik kuda. Mula-mula tu nervous gak...

Lepas tu dah makin confident

Adik Seri jugak yang takut, gayut kat Mummy n Daddy jer (nampak tak Orked kat belakang tu?)


Tengoklah tu, punyalah ramai bodyguard, sampai dua orang!

Bagi Adik duduk atas kuda sekejap

Tengok tu, dia dah takut! Ihihihihi....

Kesimpulannya, naik kuda tu best, dan tak takut sangat pun. Alhamdulillah takde apa-apa berlaku masa Orked naik kuda tu...

Lepas naik kuda, keinginan Orked untuk naik bot yang Orked dok lambai-lambat tepi sungai tengahari tadi telah ditunaikan oleh Daddy, yeay! Kami naik river cruise sepanjang sungai. Best, tapi takde gambar.

Dan akhir sekali, day trip ke Melaka disudahi dengan makan ikan bakar kat Parameswara, Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu. Kat situ ramai orang, macam best, tapi bila ikan sampai, rasanya macam biasa-biasa je. Kat mana ye ikan bakar yang paling best kat Melaka?

Ok, itu sahaja laporan dari Melaka. Best sangat dapat naik kuda yang makan carrot! :D

luv
Orked & Seri
by Mummy

7 comments:

Fazlinil Irma said...

sian mummy tak dapat minum coconut shake. cik irma pegi 1st time kena beratur sejam lebih baru dpt beli. mmg ramai org kalau hujung minggu.

kali kedua pg hr rabu. 10 min dah dpt minum.

ehm.. nak kata sedap sgt pun. tak kot. biasa je. ~ayat nak sedapkan hati mummy orked yg x dpt minum~ hehe.

Orked said...

wow, sampai sejam lebih beratur? sib baik tak beratur hari tu... ye ke rasanya biasa2 je? camtu kat kl pun boleh beli. ehehehheh....

Moments to Remember said...

cuba makan ikan bakar kat muara sg duyung. servis cepat, makanan sedap! selalu org makan cendol kat jam besar tu. dekat tepi sungai bandar hilir tu. x de pun sampai rm3.50 semangkuk.kalo nak makan coconut shake yg x beratur panjang, selalu saya suka pegi dekat bt berendam. situ pun sedap. x ramai pelancong tahu so x kena tunggu lama.

Akak Kembang said...

pandai bebudak tu berpossing..naturally..

Aunty Bard said...

hehehe best best. Orked tak g Melaka Wonderland Theme Park ke? Aunty baru nak survey ni best ke tak....tapi mmg best tgk Orked jalan2 melaka la. sangat enjoy!

ratna said...

Orked makin ayu dgn rambut panjang...

lovely said...

salam....
coconut shake tu mmg sedap pun.. tu yg ramai tu.