Lepas balik dari Alamanda, duduk kat bilik je sampai malam. Kat bilik takde mainan, jadi Orked dan Adik main ler dalam laci almari...
Lepas main kat laci, Adik sepahkan beg sekolah Orked pulak. Dalam beg sekolah Orked ada macam-macam. Buku tulis, buku warna, pencil box, kertas, anak patung, getah rambut, buku bacaan dan macam-macam lagi. Nasib baik beg Orked kecik. Kalau lagi muat, memang macam-macam lagi Orked nak sumbat kat dalam beg tu.
(Mummy tutupkan pampers Orked yang terselak sebab Orked malu)
Itu je lah sehari bersama Mummy sempena Mummy cuti dan Daddy work dekat Residence Hotel, Uniten. Harap enjoy tengok gambar banyak-banyak ni. Mummy suka letak gambar dan cerita kat blog supaya esok-esok nanti senang nak tengok balik perkembangan Orked dan Adik.
tata titi tutu
Orked
by Mummy