Monday, April 22, 2013

Kasih atau kasihan?

Photo: KASIH ATAU KASIHAN? 

Jika saya kasihankan anak saya, pasti saya tidak suruh anak untuk buat apa-apa dan berikan sahaja apa yang dimahukan. Sekiranya saya KASIH kepada anak pasti saya akan kawal permintaanya, saya akan berikan sedikit kerja tangan yang bersesuaian dengan umurnya. 

Anda pasti biasa dengar anak gadis yang nak kahwin masih belum pandai memasak? Mungkin kerana ibunya sendiri tidak pernah secara serius mendidik anak itu memasak atau boleh jadi juga ibunya pun makan tapau dari kedai makan. 

Foto ini adalah pandangan biasa pada pagi hari dari bilik tidur saya. Orked (dalam gambar) akan bangun pagi awal bersama ibunya untuk mengemas bilik tidur, kemas rumah dan menyiapkan sarapan. Ia satu pemandangan yang paling menarik yang saya sangat suka lihat apabila antara anak-anak perempuan saya sudah mula menolong ibunya. 

Pastinya ia tidak terus terjadi begitu. Jika saya kasihan dengan anak, pasti saya tidak menyuruh mereka berbuat apa-apapun tetapi saya kasih kepada mereka itulah saya memberikan mereka tugasan-tugasan yang bersesuaian. Dari kaedah pembinaan sahsiah & jatidiri anak-anak ini di Rumah Pengasih Warga Prihatin , proses ini bermula awal setelah sudah mula faham bahasa. Bermula dengan meminta anak tolong ambilkan sesuatu seperti kain, remote control hingga boleh dipercayai untuk menghidang air. Dari mulanya menolong mengambil kain dari ampai kecil dalam rumah, hinggalah mereka pandai melipat kain baju sendiri dan seterusnya kain baju kami sekeluarga. Dari sekadar anak tahu menolong mengelap meja sampailah mampu untuk menyapu serta mengelap lantai. 

Semua itu patut bermula AWAL. Anda rasa anak-anak saya terseksa dengan rutin ini?

Anda silap :)

Kini, mereka yang sangat beria-ia minta tugasan setiap hari. Ayat seperti "Mummy, ada apa-apa Orked boleh bantu?" adalah perkataan yang kerap saya dengari dan itulah antara perkataan yang tertindah yang saya sukai.

Secara sains nya, dalam perkembangan ekologi manusia menyatakan bahawa dengan celik mata & dengar serta diturunkannya ke tangan, kaki dan mulut mampu memberikan anak-anak stimulasi dayafikir yang puluhan kali ganda dari membiarkan mereka tanpa sebarang kerja. Automatik, pemikitan mereka akan menjadi sangat kreatif dan kritis. 

Secara psikologi pula, ITULAH AMALAN HARIAN mereka yang mereka BANGGA untuk diceritakan semasa roll-call (rujuk pos saya tentang roll-call sebelum ini http://alturl.com/wevrj ) dengan saya setiap hari. Semasa roll-call itu jika mereka melaporkan tentang aktiviti menolong kerja rumah, saya akan berikan mereka PUJIAN & PELUKAN tanda saya redha kepada mereka. Mudah kan? Anak-anak itu belum tahu lagi nilai material seperti wang ringgit sebagai hadiah (dan saya pasti tidak mahu rosakkan mereka dengan nilaian reward berbentuk wang ringgit ataupun gadget elektronik), maka hadiah terbesar mereka ialah apabila bapa seperti saya acknowledge kerjabuat mereka. 

Hari berikutnya, mereka berazam untuk menaiktaraf khidmat mereka kepada ibunya dalam urusan kerjarumah. 

Caranya mudah, secara semulajadi jika ibunya rajin, anak pertama pun akan jadi rajin juga melalui tauladan ibunya. Syaratnya, ibu itu perlulah mewujudkan kebersamaan dalam hal kerja pada tahap yang logik untuk anak itu pada peringkat umurnya. Kemudian anak ke-2 saya kini telah ikut tauladan kakaknya dan saya yakin anak ketiga saya juga tidak lama lagi sudah mampu untuk mengikut contoh kakaknya itu. 

Owhh, saya mungkin tradisional lagi. Saya akan pastikan anak-anak saya  (so far perempuan semuanya) pandai memasak, mengemas rumah, menjaga anak dan mengurus rumahtangga seperti orang-orang dulu. Sekiranya saya mempunyai anak lelaki, saya akan juruskan gerakerjanya kepada yang bersifat kelelakian seperti plumbing, berkebun, merumput, menajak, ikut saya kerja dan lain-lain. Keadilan BUKAN PERSAMAAN tetapi timbal balik yang melengkapi satu sama lain. Jika anak lelaki saya suruh ke dapur kononnya nak suruh tahu juga penat memasak macammana, takkan saya nak suruh anak perempuan saya panjat tangga untuk mengecat rumah? 

Saya juga sering nyatakan kepada mereka dan ibunya, LAKUKAN KERJA ITU DENGAN PENUH KEHORMATAN DAN TANGGUNGJAWAB. JANGAN BIARKAN "BIBIK" YANG MENJALANKAN KEHORMATAN KAMU SEBAGAI ISTERI/ANAK ITU DALAM URUSAN RUMAHTANGGA & MELAYANI SUAMI/BAPA KAMU.

Kesan jatidiri anak-anak terbentuk pada 7 tahun pertama dalam hidup mereka DAN BIASANYA kita anggap 7 tahun pertama itu terlampau awal dalam pembentukan mereka. Rugilah bagi sesiapa yang mengatakan "Alahhh...dia budak kecil lagi, tak tahu apa-apa lagi" kerana anda telah hilang 7 tahun penting dalam hidup mereka. 

KASIH kepada anak, didiklah mereka dengan kerja dan mereka akan jadi anak yang hebat & berdikari. KASIHAN kepada anak, berikanlah apa yang mereka mahukan dan anda mungkin lihat itu yang terbaik tetapi ia bakal merosakkan anda itu dalam jangka masa panjang. Sama seperti konsep anda KASIH kepada badan anda, anda jaga makan dan "seksa" diri dengan macam-macam jenis exercise tapi jika anda KASIHAN dengan diri sendiri, anda makan sahaja apa yang anda nak makan...(sakit nanti, tanggung sendiri). 

Jadilah pemimpin kepada anak-anak kamu dan bukannya kamu dipimpin oleh kemahuan anak-anak kamu nanti. 

Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya bersabda, maksudnya:"Didiklah anak kamu 100 tahun sebelum dia dilahirkan"

Jadi saya pun dah terlambat dan hanya bermula selepas anak dilahirkan. Anda bagaimana? 

SAIFUL NANG
Pemikir Sudut Pelik
PLEASE LIKE & SHARE

p/s Material asas posting ini  adalah hasil dari perlaksanaan program home-schooling pra-sekolah anak-anak di Rumah Pengasih Warga Prihatin Kajang. Home-school yang menekankan aspek pembinaan jatidiri & akhlak pada fasa pra-sekolah (0-7 tahun) 

KASIH ATAU KASIHAN?

Anda silap

No comments: