Sunday, April 15, 2012

Fraser's Hill

Masa Daddy tak ada, kami sekeluarga tinggal di rumah Atuk dan Nenek. Cuti hari Sabtu, Atuk bawa kami jalan-jalan. Atuk bawa kami ke Bukit Fraser.

Mula-mula singgah di Tanah Aina Farrah Soraya Eco Tourism Resort. Nampak tempat tu di tepi jalan, dan Atuk nak tengok dalamnya macam mana. Rupanya nak naik ke tempat tu, kena naik 4 wheel drive dulu, panjat bukit yang curam dan berlubang-lubang jalannya.

Kena naik 4 wheel drive

Ini drivernya, dan kat belakang tu kenderaan-kenderaan untuk angkut tetamu

Rupanya kat tempat ni ada tempat camping, dan ada banyak bilik chalet berbentuk dorm. Tapi ada juga bilik untuk orang honeymoon.


Naik buaian lah best

Ini bilik orang honeymoon

Kat sana adik Seri nak jalan sikit je. Masa-masa lain dia nak dukung je. Bila suruh dia jalan, masam macam ni ler mukanya...

Busyuk dan masyam...

Lepas tu barulah kami teruskan perjalanan ke Bukit Fraser. Dalam perjalanan kitorang tidur je, sebab dah letih jalan turun naik bukit kat tempat tadi. Sampai je, terus Atuk bawa makan di Restoran Scott kat Bukit Fraser. Restoran tu hiasannya macam di England. Kami makan pun, traditional fish & chips untuk merasa suasana England tu. Tapi Orked je yang order nasi goreng. Orked lidah orang Melayu, nak buat macam mana...

Ada fireplace

Tapi tak pasang pun. Tak cukup sejuk lagi kat luar tu.

Dating dengan Adik tepi tingkap

Bangunan English style

Tingkapnya pun cantik



Dah habis keliling kedai ambik gambar, akhirnya makanan yang dipesan tiba.

3 fish & chips dan 1 nasi goreng oriental

Jemputlah makan...

Sedap

Hari yang kami pergi tu berkabus, dan sejuk. Semua orang pakai baju lengan panjang, kecuali Kakak Orked. Suka sangat dengan baju butterfly tu sampai tak nak tukar pakai baju lain.

Berkabus

Rumah English style merata-rata kat sana


Dan aktiviti seterusnya ialah jalan-jalan ambil gambar...

Bunga cantik.... (Tengok perut Seri, dah nak meletup!)



Piknik 5 minit makan goreng pisang kat kawasan pokok pine

Tinggi-tinggi pokoknya. Nampak kecik je Orked

Star jump in the making

Dengan Atuk dan Nenek




Itu sajalah jalan-jalan kami di Bukit Fraser. Sekejap je pergi ke sana. Tapi Orked letak banyak-banyak gambar sebab Daddy rindu kat kitorang. Betul kan, Daddy?

luv,
Orked dan Seri
by Mummy

5 comments:

Aunty Bard said...

wah best jugak ye jalan@ bukit fraser ni. Aunty bard dah lama tak g sana. last masa darjah 6 dulu ada rombongan pengakap sekolah hehe.

-iLLa- said...

smart atuk orked.. :)

daddy said...

ye nak...daddy rindu sangat kat anak-anak comel daddy ni

Akak Kembang said...

awesomenye bilik honeymoon

AuntyJid said...

Cantiklah gambar2 Orked dan adik Seri. Wah..Orked dah pandai lompat.. Tak lama lagi dapatlah Auntyjid lihat Orked star jumping...mcm gambar mummy dulu2..:-D