Tuesday, September 27, 2011

Projek cupcake

Semasa cuti hari raya hari tu, Orked dan Daddy ada satu projek special - projek cupcake. Kitorang nak buat cupcake yang sedap, pastu nak bagi Mummy makan. Pelan asalnya, nak bagi Nenek dan Atuk rasa juga, tapi tak jadi...

Beli barang kat Giant masa bulan puasa lagi, sebab ingat nak buat untuk Hari Raya. Tapi masa tak mengizinkan, busy sikit.

Sebenarnya nilah kali pertama Orked buat cupcake. Mari kita lihat apa yang jadi...


Daddy kata buat cupcake ni senang je, campurkan susu, tepung, marjerin, gula dan telur. Resepi ikut dari internet.

Lepas campurkan semua tu, kita kena kacau-kacau dia...

Sambil-sambil tu, bagi orang yang tak sabar macam Orked ni, bolehlah rasa sikit-sikit. Ummm.... Sedappp....

Bila bahan dah sebati, kita masukkan dalam paper cupnya...

Dah, siap sedia untuk dibakar di dalam oven.

Masa cupcake tu sedang dibakar dalam oven, Orked dah tak sabar sangat nak makan cupcakenya. Sikit-sikit tanya Daddy, "dah siap ke belum, dah siap ke belum?"

Dan akhirnya Daddy kata, "dah siappp!"

Mari kita lihat cupcake hasil kerjatangan Daddy dan Orked.










Tadaaaaa!!!!!!


















Camni lah pulak rupa hasilnya. Keh keh keh keh keh...

Tapi walaupun begitu rupanya, habis jugak 2-3 cupcake dimakan oleh Orked dan Adik Seri. Mummy dan Daddy tak sanggup nak makan. Dan sebab itu jugalah tak jadi nak bagi kat Atuk dan Nenek. Ehehhehehe....

Sebenarnya kan, bukan saja Orked yang first time buat cupcake, Daddy pun first time jugak buat cupcake ni. Ahahahhaha... Sebab tu ler jadi camni. Mummy berpegang kepada 'tunggu dan lihat' je sebab Mummy pun tak pandai jugak. So, tak leh la nak komen banyak.

Ehehhehehhehe...

xoxo

Orked dan Seri
by Mummy

15 comments:

Fazlinil Irma said...

hehehe.. mcik irma tengok pun sengih2 ja. nanti lain kali orked dtg buat muffin dgn mcik la. ;)

strawberi said...

hehe..comel je..ni mesti oven terlebih panas atau lama sgt bakar..20 minit je dh cukup rasanya...lagi satu papercup tu kena buh dlm muffin tray..baru la cantik shape..
xpe..cuba lagi..practise make perfect kan..jgn putus asa yer orked..nnt bleh masuk junior masterchef malaysia kot ade nt..hehe

Miss Moon said...

hahahhahahahh klaka la Orked n Daddy hahahhahahha

Daddy Orked nanti gie beli tepung dah siap n balik umah bancuh n set oven betul2 hahahha

Sowi Auntie Moon duk tergelak lagi teringat kat gamba cupcake hangus tadik hahahhahah

Saiful Nang ....nanti cuba lagi ya hahhahahaha

Sofya said...

comelnya orked pakai apron..
tapi alamak!! apasal jai camtu plak?!

Akak Kembang said...

kekekekekeke...oklah atleast mencuba...cuba lagik :)

Pnut said...

eheheehh comelnya cupcakes orked dan daddy...

orked makin cute.. macam anak gadis dah... sweet je muka dia

Deeeee said...

Hahahaha... alahai comel sungguh dua beranak ni. Over cooked la ni kan. Terlebih panas agaknya oven tu.

Well done, esok2 boleh cuba lagi.

Psss, orked makin cute! Comel sangat!

http://annafarha15.blogspot.com said...

hhehehe..cute!
x jadi xpe, experience buat cupcake tuh lagi penting buat orked kan!kan!

Aunty Bard said...

hehhehehe aunty bard baru nak buat tempahan cupcake ngan Orked, sekali tgk cupcake tu tersenyum cute je, heheh tak jadi la aunty order dulu. kena tggu air tangan mommy la camni baru boleh tempah...takpe cuba lagi ok Orked. mesti menjadi lagi kalau dah try bnyk kali

nenekOrked&Seri said...

Kempunanlah nenek nak makan cup cake buatan cucu sendiri! Cuba lagi hingga berjaya ya sayang.

Nur-nba said...

Alahai.. camne boleh rentung tu.. Takpe Orked, cuba lagi.. hehe

aSmiDar said...

hihihihi...hiasan smulajd tuh..huhuh

Orked said...

hehehehee... memang memalukan sebenarnya Orked nak cerita kat sini pasal cupcake ni. sebab cupcakenya tak jadi kan? bukan saja tak jadi, tapi bantat dan hangus! hahahahahha.... tapi takpe la kan, mana tau kali kedua try nanti jadi sedappp sangat kan?

and thank you kepada yg bagi tips kat Orked. hehehe..... muahs....

JAHM02 said...

hihiihi geli ati tersembur2 tgh mkn ni duk tgk ccake tu hihi

Fathinz the wedding planner said...

comelnyee. hangus pun takpe. yang penting orked dah cube kan. hehe. ;p nanti buat lagi kasi nenek okehh