Monday, September 26, 2011

Orked dan Seri latest update

Hello hello semua... Lama sangat sangat sangat dah tak diupdate blog ni. Patutnya ada cerita main bunga api, cerita raya, cerita buat kuih raya, cerita hias rumah, cerita buat kek dan macam-macam cerita lagi yang perlu dituliskan. Tapi, nampaknya hutang dulu lah... Terus je lompat cerita aktiviti di rumah pada hujung minggu yang lepas.

Ni cerita hari Sabtu. Duduk kat rumah je dengan Mummy sebab Daddy outstation kat KK. Hari ni Orked dan Seri pakai baju baru, baju kaftan yang beli kat Kota Bharu masa balik kampung hari raya yang lalu. Dua-dua baju hijau. Mummy belikan Adik Seri baju hijau. Bila ditanya kat Orked nak baju warna apa, dia pun nak hijau juga. Sama lah warna jadinya.... Orked punya baju kaftan, Adik punya dah jadi macam baju nak sapu lantai. Hehehhe... Takpelah, boleh tahan lama sikit, kan? Ni kitorang tengah breakfast ni, roti dengan cheese.


Cantik tak?

Adik Seri ni, dia suka baca buku. Kalau dia baca khusyuk je. Buku Kak Orked lah tu yang dia selalu baca. Buku Orked masa Orked kecik dulu ada, buku Orked yang sekarang pun ada. Kalau buku gambar-gambar, dia akan tunjuk gambar tu kat Mummy, pastu buat bunyi suruh Mummy ajar dia gambar tu. Kak Orked je tak berapa rajin nak baca buku. Tapi Orked rajin buat colouring dan sambungkan dot dot dot (untuk belajar menulis tu).

Khusyuk

Hai, cak!

Orked dan Adik Seri juga suka main sama-sama. Selalu kitorang main sama-sama, pastu gelak-gelak. Tapi gaduh-gaduh, dan berebut barang pun selalu lah jugak. Ehehhehe... Selalu main nyorok-nyorok, kejar-kejar, panjat-panjat, baa cak, dan macam-macam lagi lah. Gaduh pulak selalunya sebab berebut barang. Orked dan Seri ni perangai sama. Pantang tengok orang lain pegang barang tu, barang tuuu lah jugak yang nak. Kalau Orked tengok Seri pegang apa-apa, Orked nak. Kalau Seri tengok Kak Orked pegang apa-apa, pun itu jugak dia nak. Pening kepala Mummy. Tapi selalunya Mummy suruh Kak Orked lah yang mengalah, sebab Orked kan kakak...

Ni masa kitorang main tolak-tolak dan goyang-goyang carseat Adik. Carseat ni dikeluarkan sebab Daddy bawak kereta Mummy pergi airport.

Adik goyangkan kakak. Penuh bila kakak duduk dalam carseat tu. Patutnya Adik duduk dan Orked yang tolak.

Last-last dua-dua pun sumbat masuk sekali.

Muat pun!

Adik ni sebenarnya sangat notty. Dia suka kacau dan sakat orang. Dia juga suka ajak orang main dengan dia. Bila kita main dengan dia, dia akan jadi sangat happy. Tapi Adik kalau gelak tak sekuat Orked gelak. Adik gelak cover-cover. Kakak gelak over-over. Hehehheh.... Tengok tu muka cheeky dia. Masa ni tengah main nyorok dan baa chak!.

Baaa chak!

Adik Seri juga suka main remote; segala jenis remote baik aircond, tv, astro dll. Biasanya remote ni dijadikan telefon. Telefon yang betul pun dia suka main jugak.

Tengok tu muka nakal dia...

Hello, hello, hello...! Siapa sana?

Bila dia penat, dia akan cari susu. Alhamdulillah, budak kurus dan kecik ni dah makin banyak minum susu. Sekarang ni berat dia 8kg pun belum cecah. Harapnya berat badannya akan terus bertambah lagi. Makan pun dah selera, dah makan banyak. Besar lah sikit Adik, kecik sangat badan!

Kita minum dulu!

Dan bila penat, dia akan tidur.... Zzzz....

Tido lena

Orked pulak, sekarang ni ada game baru kat handphone Mummy. Dah seminggu lebih kot Orked start main nih. Sebelum ni Orked selalu main game "Shape Puzzle", dan tengok flashcards je. Sekarang ni Orked dah main Memory game. Game ni dapat asah daya ingatan dan daya berfikir Orked. Tapi buat masa ni baru pandai level 1 yang kotaknya 4x4 je. Emm... Ada cadangan lain tak, game-game yang bagus dan sesuai untuk kanak-kanak yang sebaya Orked ni?

Inilah gamenya. Kita kena buka kotak tu untuk cari gambar yang sepadan.

Kalau dapat buat dengan baik dan tak banyak silap, Orked akan dapat hadiah "orang pakai cermin mata ni", yang maksudnya very good.

Kalau dapat ni, Orked akan jadi sangat happy! Tapi biasa jugak Orked dapat gambar "orang menangis" sebab asyik salaaah jer... Hehehhhe....

Leka main sampai terbaring-baring.

Dan Adik pulak biasa ler, suka tiru orang. Orked baring, dia pun sibuk nak sumbat baring kat kerusi tu jugak. Nakal kan Adik nih?

Selain daripada tu, perkembangan terkini Orked ialah hobi Orked sekarang ialah menyanyi. Asal ada masa lapang je (tak bercakap) mesti Orked akan nyanyi. Macam-macam lagu lah Orked nyanyi. Ada yang betul, ada yang hantam je. Orked juga dah pandai bercerita. Kalau Orked cerita apa yang berlaku kepada Orked hari ni kat Mummy, mesti Orked akan cerita siap dengan sound effectnya sekali. Mummy ketawa je bila Orked cerita sebab kelakar, siap ada sound effect lagi. Hehehhe... Orked kalau bercakap memang tak boleh berhenti. Sentiasa ada idea nak cakap apa. Kalau takde idea, ulang je benda yang sama. Mummy selalu penat dengar Orked bercakap sampai Mummy kena suruh Orked diam lima minit supaya hidup Mummy aman sekejap dan telinga boleh rehat. Tapi of course la, tak sampai lima minit Orked dah sambung cakap balik...

Adik Seri pulak, separation anxiety dia dah kurang. Mummy happy sangat. Kalau nak pergi toilet, Mummy suruh Orked tengok-tengokkan Adik takut dia buat benda bahaya. Mummy juga akan cakap kat Adik yang Mummy nak pergi toilet sekejap, jangan nangis. Nanti Adik Seri akan angguk-anggukkan kepala dia. Hari ni pulak, masa Mummy nak tinggalkan Seri sebelum pergi work pun, Seri dah tak nangis. Selalunya kalau dia tak tidur, nak bagi dia tak nangis, ibu-ibu kena distract attention dia; riba dia ke, bagi dia makan ke, bagi dia main ke, supaya dia tak nangis bila Mummy pergi work. Tapi hari ni Seri angguk-angguk kepala bila Mummy kata Mummy nak pergi work, tak boleh menangis. Lepas tu dia lambai tangan dan main sendiri.

Mungkin sebab Seri dah faham apa yang orang cakapkan kat dia. Bila disuruh ambil sesuatu, kemas barang, letakkan botol susu atas meja, suruh duduk, baring dll lagi pun dia dah faham. Tapi dengan syarat bila dia good mood la. Bila angin datang, apa pun tak dengar jugak lagi. Hehhehe....

Oklah, tu je dulu. Jaga diri semua.

with love,
Orked & Seri
by Mummy

3 comments:

Ijah EmoTemo said...

comey nya seri dgn orked ni ! heheheh

nenek Orked&Seri said...

Bila nak datang rumah nenek lagi Otet $ Seri? Boleh cerita banyak2 kat nenek, nenek sedia mendengarnya.

Aunty Bard said...

wah dah bnyk perkembangan Orked n Seri yerk... seronok aunty membaca blog orked ni la. Adik seri macam mommy la :-).