Friday, August 12, 2011

Jalan-jalan di Port Dickson

Pagi keesokan harinya, masa Daddy work, Mummy bawa Orked dan Adik jalan-jalan. Tak jauh pun, kawasan sekitar hotel tu je...

Mula-mula pergi ke animal farm. Mummy nampak ada signboard animal farm. Mula-mula excited nak pergi sebab dia kata boleh animal feeding juga. So, kitorang pun jalan lah. Jauhhhh jalan, sebab animal farm ni kat hujung sekali. Sekali bila sampai, ler..... Animal yang dapat dilihat hanyalah kura-kura. Rabbits dan yang lain-lain semua menyorok dalam rumah dia lagi. :(

Kura-kura je yang dapat Adik lihat kat tepi pagar tu...

Lepas tengok kura-kura sekejap, berjalan baliklah kami semula ke hotel... Hotel ini kat tepi laut dan ada marina. Adalah juga beberapa bot yang parking kat marina tu. Bestnya kalau dapat naik bot. Orked dan Adik tak pernah lagi naik bot...

Best kan, kalau boleh naik bot?

Lepas tu kitorang teruskan perjalanan balik. Kali ni perjalanan pergi dan balik, Adik kena jalan sendiri. Adik kan baru pandai jalan. Kena lah praktis banyak-banyak. Kan practise makes perfect? Slooowwww je Adik jalan. Terkedek-kedek. Kitorang dah sampai depan, Adik kat hujuuuunnggg tu lagi. Hehehhehe....

Macam-macam gaya budak kecik ni jalan...

Posing kat tangga sementara tunggu Adik sampai.

Pastu rehat jap kat tepi air pancut ni. Tempat ni di antara bilik meeting Daddy dan tempat makan. Kasi can Adik rehat. Kalau Mummy jalan 200 meter, Orked jadi macam 400 meter, dan Adik mesti macam 1000 meter. Kaki Adik kan pendek. Tapi dia tak rehat jugak pun, dia berlegar-legar jugak lagi....

Ni kalau terjun dalam ni best ni...

Masih praktis jalan lagi si kecik ni...

Keciiikkk je Adik bila dibandingkan dengan saiz pintu...

Lepas tu Mummy bawak pergi playroom. Playroom kat sini tak sebest macam yang Orked pergi kat Philea hari tu. Playroom sini lantainya keras, tak bersih untuk golek-golek dan tak banyak mainan. Tapi bolehlah, untuk layan boring sementara tunggu Daddy break dari keje.

Boleh main bricks dengan huruf-huruf je. Tapi Orked tak pandai nak susun huruf lagi. Gambar susun bricks nampak Orked fokus dan gemuk! Hahahaha

Akhir sekali, jalan lagi nak balik ke bilik untuk tido. Nanti lunch hour baru dapat jumpa Daddy. Adik la yang penat sekali sebab jalan banyak dan jauh. Tapi hasilnya, Adik dah lebih pandai dan confident berjalan berbanding sebelum datang sini.

Kesian kat Adik jalan sorang-sorang dan lambat, Orked pun pimpin Adik jalan sama-sama. Baik tak Kakak?


Till then, tata!

Orked dan Seri
by Mummy

5 comments:

nenekOrked said...

Kesiannya Nenek tengok Adik Seri jalan jauh. Kalau Nenek ada tentu Nenek dah dukong.

nenekOrked said...

Padanlah kasut Adik Seri kotor sangat masa datang rumah Nenek balik dari PD dulu. Adik Seri berlatih berjalan jauh rupanya.

Aunty Bard said...

comelnya anak2 mommy ni....esp Orked yang makin besar makin tembam pipi tu hehheheh ikut mommy ni pipi tembam n bulat :-)

Miss Moon said...

cute nya orked pakai cekak fink tewwwwwwwwwwwwwwwww

Orked said...

aunty moon: mesti ler cantik cekak tuuu... tengok ler sape yg kaitkan? hehhehe... tapi adik tak nak pakai headband dia. :(