Hari ni barulah Orked dapat uploadkan gambar majlis pertunangan Cik Yana. Pada hari itu, Taman Gemalasari rumah Nenek telah dihias begitu indah sekali.
Sementara menunggu tetamu hadir, sempat jugalah puteri kecik ni bersantai-santai menghirup udara segar di taman.
Sementara menunggu tetamu hadir, sempat jugalah puteri kecik ni bersantai-santai menghirup udara segar di taman.
Di hadapan rumah Nenek, tiga khemah telah pun siap dipasang beserta dengan persiapan makan untuk tetamu istimewa yang bakal tiba nanti.
Saudara mara, yang jauh yang dekat, mula tiba seorang demi seorang. Yang ini adalah sebahagian daripada keluarga besar Atuk Ahamad. Atuk Ahamad ada 10 orang adik-beradik, jadi besarlah bilangan ahli keluarganya.
Yang ni auntie-auntie Orked. Walaupun diorang muda, tapi dah jadi auntie sebab diorang ni sepupu Mummy.
Kat dalam bilik pulak,
Cik Yana sedang dihias cantik.
"Wah, cantiknya Cik Yana hari ni!"
Akhirnya, tetamu yang dinanti telah pun tiba. Rombongan meminang disambut oleh Atuk-atuk dan Nenek-nenek yang ada.
Akhirnya, tetamu yang dinanti telah pun tiba. Rombongan meminang disambut oleh Atuk-atuk dan Nenek-nenek yang ada.
Cantik berkilauan cincin hikmat ni!
Yang ini pula, bakal kakak ipar Cik Yana.
Bakal bapa mertua Cik Yana pulak, yang berbaju cerah dua dari kanan tu (tertunduk sikit).
Nenek gembira bila Cik Yana dah bertunang.
Atuk pula, memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Cik Yana pun bersyukur juga, sebab rombongan selamat sampai walaupun ada Perhimpunan Bersih tu. (Cantik kan, Cik Yana?)
Dah abis upacara meminang, masa untuk berjimba-jimba dengan pengapit. Pengapit-pengapit tu kawan Cik Yana dari office dan dari universiti dulu.
Pakai kasut nak keluar rumah pula untuk makan dan ambik gambar kat luar. Yeps, Orked dah pandai pakai kasut sendiri, dan dah tak terbalik dah. Pakai baju sendiri pun dah pandai. Mandi sendiri pun dah pandai. Kalau baju tido ada butang kat depan tu, butang yang tengah-tengah dah pandai pakai sendiri, yang atas dan bawah kena Mummy yang pakaikan. Eh, panjang pulak selingan. :D
Ini pula antara second cousins Orked dari belah Nenek Hasiah. Mummy dan mak diorang adalah cousin.
Adik ketawa terkekek-kekek bila kena air dari misty fan tu.
Yeah, sesi bergambar Cik Yana.
Ini antara cousin Mummy yang sebelah Nenek Hasiah. Diorang ni la emak-emak kepada 2nd cousins Orked yang kat gambar di pondok Nenek tadi tu.
Flower girl yang tak jadi flower girl sebab moody. Hehhehe... Bila tetamu ramai dah balik baru flower girl ni nak menyentuh flower dan nak diambil gambar. Orked la tu *shy*
Selain dari jadi flower girl tapi tak jadi, Orked jadi prop girl jugak. Buat biar kain tu konon-konon ditiup angin. Heheh.
Selain daripada jadi flower girl tapi tak jadi dan prop girl terbangkan kain supaya nampak macam ditiup angin, Orked juga jadi penyibuk gambar. Orang nak ambik gambar Cik Yana, sibuk Orked berdiri kat situ tak nak alih dan blockkan Cik Yana dari kamera. *notty*
Cik Yana cakap terima kasih kepada semua yang hadir. Doakanlah tempoh bertunangnya takde aral melintang. Insya Allah Cik Yana akan berkahwin pada bulan November nanti.
Sekian sahajalah daripada Orked...
.. dan daripada Adik Seri...
*tepuk tangan*
xoxo
Orked
by Mummy
Gambar oleh Daddy
Editing oleh Mummy
Tambahan:
Selain dari gambar-gambar black & white di blog Orked ni, gambar Cik Yana bertunang, dan berwarna juga boleh dilihat di blog official photographer Cik Yana pada hari tu, iaitu blog Aunty Fatini di Marshmallow Art Photography. Kat bawah ni antara gambar-gambar yang ada. Cantik, kan?
Ini kawan-kawan Nenek, semasa Nenek jadi cikgu di Sekolah Menengah Seafield dulu.
My lovelly family. Daddy kata baju raya Daddy dah siap. Hehehhe... Tapi Mummy cakap, baju raya Mummy, Orked dan Seri belum siap lagi!
Ini keluarga bakal mertua Cik Yana.
Beautiful and lovely pengapits!
Dan, inilah dia orangnya.... Ehem ehem Cik Yana....
Dan Nenek pun, macam biasa, tetap jadi jurugambar hampir official. Gambar Nenek banyak dekat Facebook Nenek:
i. Cik Yana tunang 1, dan
ii. Cik Yana tunang 2
Ini antara Nenek-nenek Orked yang masih muda lagi.
Gambar Kad Raya family, yeay!
8 comments:
tahniah cik yana... cantik sangat. orked dan seri pun cute!
Wah panjangnya cerita Orked kali ini! Maklumlah Cik Yana Orked yang bertunang kan?
cantiknya taman gemala sari nenek :-). wah orked mesti tak sabar nak jadi flower girl cik yana kan? berlatih dan terus berlatih ok. aunty pun tak sabar nak tggu undangan nov nanti hehe
Wah..tahniah Cik Yana...Orked nampak sungguh cute dgn baju biru sama dgn mummy, daddy & adek seri..tapi baju nenek la..sian dah tak sama..tapi takpe nenek still gorgeous hari tu..Orked pas ni kena praktis jd flower girl betoi2 tau
rambut adik, mcm ombak! somel. hai orked yg santekk.. tahniah utk cik yana ^^
Haaa betul tu Anna Sue, kesian nenek Otet kan? Thanks for the compliment! Hihihihi
anon: thank yoouuu... *blushing*
Nenek: mesti la yg ini special!
aunty bard: sedang rajin berlatih ni... berlatih nak jadi friendly dan tak takut kamera. hehehe
aunty anna sue: tu lah, kesian nenek kan? ha'ah, orked akan berusaha bersungguh-sungguh. :)
aunty fazira: macam ombak takpe, jangan macam tsunami dah ler. heehhe
suka la tengok...colourfullll n full of love...
Post a Comment