Thursday, July 21, 2011

Cik Yana Bertunang

Salam semua....

Alhamdulillah, 9 Julai 2011 yang lepas, Cik Yana Orked telah selamat bertunang dengan bakal uncle Orked. 9 Julai tu, sama pulak tarikhnya dengan Perhimpunan Bersih kat Kuala Lumpur tu. Hari sebelumnya, kitorang semua dah dup dap dup dap, takut majlis tak berjalan dengan lancar. Tapi Alhamdulillah, semuanya OK. Ada beberapa jemputan je yang tak dapat datang sebab ada jalan tutup atau jalan jem.

Majlis bertunang ni buat kat rumah Nenek kat Nusaputra. Majlis kecil-kecilan je, untuk keluarga dan rakan terdekat. Majlis kahwin nanti, tak tau lah apa plan Cik Yana nanti.

Sebelum majlis mula, Adik Seri dah rasmikan dulu tempat santai kat gazebo Nenek yang Cik Yana dah hias macam cerita puteri zaman dahulukala. Cik Yana gantung kain dan letak bantal banyak-banyak je. Tapi dah rasa cam lainnnn je Taman Gemalasari Nenek ni.


Comel kan, Adik ni?

Orked, Adik bersama Atuk dan Nenek

Untuk majlis ni, Cik Yana dah belikan untuk semua orang kain satin warna biru tua, macam yang Orked dan Adik tu. Tapi kalau tengok kat gambar atas ni, Nenek sorang je yang pakai baju warna biru. Nak tau pasal apa? Boleh tak, bila Nenek nak ambik baju ni dari tailor, tailor tu dah takde??? Pergi kat kedai, dah ada orang lain kat kedai tu, dan telefon dia pun tak berjawab! Katanya tailor tu cuti bersalin. Huhu.... Nenek pulak tak pernah buat baju warna biru tua. Jadilah Nenek sorang je keluarga kami yang pakai baju purple.... Ciannnn Nenek, tak sama....

Adik Seri praktis jalan

Masa kenduri tu jugak, Adik Seri sebenarnya baruuuu je beberapa hari pandai jalan tak payah pegang tepi. Wah, clap clap clap untuk Adik! So, officiallynya, Adik Seri berjaya jalan sendiri masa umur 1 tahun 3 minggu. Lambat sikit dari Orked. Orked dulu masa umur 1 tahun 1 minggu je. Yeaayyyyy... Orked menang!

Majlis meminang Cik Yana

Masa majlis meminang, ramai juga yang datang. Wah, sekarang ni Cik Yana dah jadi tunangan oranggg..... Hantaran ada banyakkkk sangat. Tapi Orked pun tak tau apa ada atas dulang tu. Adik tau ke? Adik yang banyak belek-belek.

Wah, coklat pun adaa!

Lepas majlis bertunang dan makan-makan habis, Cik Yana ada posing-posing kat garden ambik gambar. Orked pun, sambung lagi le posing-posing. Tadi gambar Adik je kan? Sekarang gambar Orked pulak...

Posing gaya pengantin dalam majalah

Behind the scene

Itu je lah majlis pertunangan Cik Yana. Apa dia? Mana Cik Yana? Cik Yana akan muncul di next entry. Nanti panjang pulak ceritanya kalau letak gambar Cik Yana sebab gambar Cik Yana baaaanyaakkkkkk sangattt!

Flower girl

Selamat bertunang Cik Yana! Jaga diri baik-baik. Orang kata bertunang tu banyak dugaan ye? Ntah, Orked pun tak tau....

xoxo

Orked

by Mummy

5 comments:

Fazlinil Irma said...

ooo.. baru mcik irma tahu kenapa nenek tak sedondon dgn yg lain.

sian nenek orked.

Hani Si Blogger Picisan said...

alalalala comel nye flower girl ni....
(^^,)

yatispeed said...

orked, nanti kirim salam ngan cik yana yer..selamat bertunang. from cik yati sungai buloh (smkb)

Orked said...

aunty irma: haaa.. tu la pasal... hehehhe....

aunty hani: thanks... *sipu-sipu malu*

aunty yati: aunty ni kawan cik yana dan mummy masa kat smkb ye? wah, mesti kena jemput masa wedding nanti!

Aunty Bard said...

agaknya apa la tema warna masa wedding cik yana nanti yer? hehe comel orked n family berbaju tema biru :-)