Sampai kat sana dah malam dah pun. Philea ni cantik. Bilik-bilik dia macam chalet, dan diperbuat daripada kayu pokok pine. Kawasan sekitarnya ada banyak pokok-pokok. Boleh rasa macam duduk kat rumah dalam hutan la kiranya. Untuk bergerak kat situ kena naik buggy. Nak jalan kaki pun boleh, tapi jauh sikit.
Masa mula-mula sampai, Orked confused dengan buggy, maklumlah baru first time naik. Masa duduk kat beranda bilik dan tengok kat luar, Orked cakap kat Mummy Orked nak tengok awan. Pastu Mummy tunjuklah awan kat langit. Pastu Orked cakap kat Mummy, kat bawah pun ada awan jugak (bilik Orked di tingkat 2). Mummy kata awan kat langit je, mana ada kat bawah. Pastu bila ada buggy lalu depan bilik, Orked tunjuk kat Mummy "awan". Wahahahahha... Malu Orked bila tau benda tu namanya buggy, dan bukannya awan. Macam mana entahlah Orked boleh confused sampai macam tu sekali.
Anyway, masa mula-mula masuk bilik, Orked terus masuk ke bilik air. Orked nak cek bilik airnya ada bathtub ke tak, sebab Orked nak berendam. Happynya Orked bila jumpa bathtub dalam bilik air. Sebelum ni dah beberapa hotel yang Orked pergi, takde bathtub. Tu yang suka tu...
Dah malam, kita tidur dulu kat katil empuk ni...
Keesokan harinya, banyak aktiviti Orked dilakukan tanpa Daddy. Daddy work. Masa Daddy ada kat dalam bilik pun, Daddy ada work yang kena buat. Jadi, tak dapat lah nak beraktiviti dengan Daddy. Antara aktiviti yang Orked buat ialah pergi breakfast, tengok ikan, tengok air terjun dan kolam mandi, jalan-jalan, mandi kat bathtub dan main kat bilik mainan budak-budak. Orked tak mandi kat kolam yang kat luar tu. Satu sebab Mummy tak boleh nak handle dua orang budak kat swimming pool sorang-sorang. Kalau ada Daddy baru senang. Dua, sebab Orked notty tak nak tido petang. Pukul 3 Mummy suruh tido, Orked tak tido. Dah pukul 4.30 baru Orked nak tido. Babailah kolam bila dekat Maghrib baru nak bangun! Huhu...
Mandi buih kat bathtub. Gambar Adik je ada. Gambar Orked tak lulus lembaga penapisan gambar. Hihihi...
Pergi wedding Uncle Gee Bin. Tak dapat nak ambik gambar Aunty Brenda sebab ramai sangat orang nak ambik gambar dengan Aunty Brenda yang sangat cantik malam tu.
Malamnya kitorang pergi wedding dinner Uncle Gee Bin dan Aunty Brenda. Uncle Gee Bin ni kawan Daddy. Daddy juga jadi photographer uncle.
Pergi wedding Uncle Gee Bin. Tak dapat nak ambik gambar Aunty Brenda sebab ramai sangat orang nak ambik gambar dengan Aunty Brenda yang sangat cantik malam tu.
Esoknya barulah Daddy ada dengan kitorang. Tapi dah nak balik dah. Pagi lepas breakfast sempatlah bagi ikan koi makan dan jalan-jalan sikit.
Itu je lah ceritanya weekend Orked. Thank you Daddy bawak kami pergi Melaka. Esok Daddy dah nak pergi ke London dan Paris pulak. :(
Hari tu masa kat dalam kereta masa nak ambik Daddy balik dari Cambodia kat airport, Orked ada cakap kat Mummy, "Daddy selalu takde, kan? Orked riiiinnnndduuuu kat Daddy".
Nasib baiklah Daddy bawak kitorang pergi Melaka. Kalau tak, tak dapat jumpa Daddy sebelum pergi ke London. Lama tu Daddy nak ke London.
Takpe, Orked tunggu Daddy balik.
xoxo
Orked
by Mummy
Hari tu masa kat dalam kereta masa nak ambik Daddy balik dari Cambodia kat airport, Orked ada cakap kat Mummy, "Daddy selalu takde, kan? Orked riiiinnnndduuuu kat Daddy".
Nasib baiklah Daddy bawak kitorang pergi Melaka. Kalau tak, tak dapat jumpa Daddy sebelum pergi ke London. Lama tu Daddy nak ke London.
Takpe, Orked tunggu Daddy balik.
xoxo
Orked
by Mummy
6 comments:
suka baca cite orked..moga orked n seri jadi anak yang solehah..
mummy,update la lagi..hihii
cian orked..kena tinggal ngan daddy..orked jgn nakal2 yer..dgr ckp mummy.. :)
huhuh syahdu pulak aunty dengar bila Orked ngadu kat daddy selalu takde. Orked sayang, daddy gi keje. nnti bila daddy ada masa, mesti daddy akan spend masa ngan Orked n family ok. muah utk Orked.
yes..
i nampak orked,mummy n seri kat situ coz i pun ade situ...=)
ummi eisya & amani: dah update dah nih.. hehehe.... ada cerita dan ada masa kitorang update :D
strawberi: ok aunty, orked tak nakal...
aunty bard: ha'ah, orked tau daddy pergi work, bukan pergi jalan-jalan
maziah mohammad: ye ke aunty pun ada kat situ masa tu? laa.....
yes kak intan..i nampak u n family..nak tegur segan..hihihi..
Post a Comment