Tuesday, June 7, 2011

Go Genting II

Sambungan dari entry yang sebelum ini...

Nak tau ye apa yang Orked naik sampai Adik tertido masa menunggu? Orked... Naik... Kereta... Banyak-banyak... Hehehehe...

Masa mula-mula sampai kat kawasan indoor theme park ni, Orked dah kelabu mata tengok banyak sangat rides yang teringin nak naik. Ada Monorail, Gondola, Reindeer Cruiser, Rio Float dan macam-macam lagi. Tapi jalan-jalan dulu sebab tiket pun takde lagi. Lepas tu sampai kat tempat yang ada kereta pusing-pusing Eiffel Tower ni. Wah, menarik! Tetiba Orked terdengar Mummy tanya Daddy, "Rasa-rasanya Orked berani tak nak naik kereta ni?". Orked pun apa lagi, terus jawab "Orked berani naik sorang-sorang". Daddy pun setuju, dan dapatlah Orked drive kereta Orked sendiri, yeay!

Mula-mula masuk cuak jugak, sebab first time Orked drive sorang-sorang. Lesen pun takde

Bila dah jalan, eh, senang je rupanya. Ni masa kona baring

Naik kereta keliling Eiffel Tower, seronok sungguh!

Orked seronok sangat naik kereta tu. Adik tak boleh naik lagi sebab Adik tak pandai jalan lagi. Macam mana nak bawak kereta?

Lepas tu Daddy bawak naik Monorail pulak, untuk pusing-pusing tengok indoor dan outdoor park. Tapi, huh, lama betul beratur! Ada la lebih setengah jam masa Orked terbuang dengan beratur.

Finally dapat pun naik Monorail lepas tunggu lama. Mula-mula pusing indoor dulu, lepas tu baru keluar outdoor.

Dari dalam Monorail Orked dah nampak Carousel. Yes, Orked aim untuk naik ni selepas ini

Tengok apa yang ada kat outdoor park pula. Masa tu kat luar kabus tebal.

Dah abis pusing keliling. Next ride, please!


Perjalanan menaiki monorail tu ambil masa dalam 20 minit. Lebih lama masa menunggu daripada masa naiknya. Cuti sekolah, ramai orang. Agaknya, kalau masa tak cuti sekolah dan weekday, tak payah beratur kot?

Seperti yang diaim semasa dalam monorail tadi, seterusnya Orked naik Carousel pulak.

Naik kuda pusing-pusing sampai pening...

Turn Orked pulak menunggu kat pagar je...

Sebab Adik pulak nak naik kuda!

Lepas tu kitorang nak pergi outdoor park pulak. Tapi bila sampai kat pintunya, dia kata dah tutup. Waktu tu dah jam 6 petang. Katanya jam 7 petang nanti dia bukak balik, tapi kena bayar extra RM10 untuk night park. Hmmm... Mana Orked tau, ingatkan malam baru tutup! Jadi, kami pun masuklah dalam semula...

Kita makan aiskrim dulu lah!

Adik makan biskut je. Aiskrim not good for babies!

But good for Daddy and me! :D

Kasut moo moo Adik

Seterusnya, kami naik gondola. Mummy lah ni, yang teringin naik. Mummy cakap Mummy pernah pergi Venice, tapi tak naik gondola masa kat sana sebab tiketnya mahal sangat. Tapi Daddy cakap, dah naik vaporetto (water taxi) sama lah tu, jalan-jalan kat canal jugak. Mummy cakap lagi, vaporetto mana romantik! Huhu... Layankan je lah Mummy tu... Semua naik gondola jommmm....!

Mummy yang tersenyum puas hati. :)

Dah naik gondola, kami ke outdoor park pulak. Tambah RM10 pun tambah la, nak buat camne... Tiket asal dah beli untuk all day pass indoor and outdoor...

Kat Genting pun ada bas merah London ni juga

Mula-mula naik Pirate Train. Orked naik dengan Daddy, Mummy dengan Adik. Tak takut langsung! Kereta tu masuk ke tempat gelap, pastu ada lampu tunjuk tengkorak sana sini. Kalau takut tutup mata je!

Lepas tu naik Dumbo pulak! Best...!

Atas Dumbo dengan Daddy

Adik pulak dengan Mummy


Lepas tu tengok orang buat show makan api, dan jumpa clown yang bagi belon.

Clown perempuan pun ada

Lepas tu Daddy nak naik Spinner. Daddy cakap nak ambik video dari atas Spinner tu...

Tengok tu, berani kan Daddy Orked? Boleh nak ambik video lagi masa pusing...

Tapi bila dah pusing camni... Daddy ke mana, video ke mana! Hahahahhahahhahahha... *ampun, Orked tak nak jadi anak derhaka*

Lepas tu kitorang jalan-jalan sikit, dan terus masuk semula ke dalam sebab dah tak larat dah. Kaki Orked dah nak tercabut dah masa tu.

Ambik gambar dengan Antique Car yang tak bergerak ni je. Dah tak larat nak naik Antique Car yang bergerak punya...

Adik dan Daddy steady lagi masa dinner...

Tapi Orked dah tak larat sangat dah... Pengsan dengan belon-belon sekali...

Hari keesokannya, selepas breakfast, kitorang turun lagi ke tempat semalam. Orked nampak kereta ni lagi, dan teringin sangat nak naik. Tapi Daddy cakap semalam dah rasa naik dah cukup. Hidup kita ni bukan untuk main-main. Ada hadnya.

Ok, Daddy, Orked faham..

Tapi Daddy bawak Orked ke tempat lain, iaitu Snow World! Kat dalam tu ada salji, ukiran ais, dan slide. Tapi tak boleh bawak kamera ke dalam. Kalau nak ambik gambar, kena hire photographer dia. Kalau boleh bawak kamera pun, nanti kamera berkabus...

Adik tatih pakai baju sejuk nak pergi main salji

Ini gambar yang kami dapat.

Best lah juga main salji. Tapi tak lama duduk dalam tu, sebab sejukkkk! Mummy dengan pakai kainnya, Orked dan Adik yang takde sarung tangan... Dah ambik gambar, Orked main slide sekali, terus keluar semula...

Jam dah pukul 12 tengahari, kami pun dah kena check out dari hotel. Sebelum balik, ambik gambar kat luar pulak. Tapi Orked masuk je dalam kereta dah tido. Penat main salji. Adik jelah yang ambik gambar.

Hari yang berkabus

Di kesempatan ni, Orked dan family nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kawan Daddy yang kerja kat Genting Highlands tu sebab dah tolong kami banyak masa kat Genting. Kalau takde kawan Daddy tu, Orked dan Adik nak masuk Snow World pun tak boleh sebab had umur nak masuk situ ialah 3 tahun ke atas. Hehehe... Thanksss Uncle!

Balik dari Genting Highland, sempat singgah rumah Atuk sebab dah dekat. Petangnya Atuk bawak pergi ke Empangan tengok ikan. Bila dengan Atuk, cam biasa lah, jadi manja... Biasa boleh jalan pun tetiba jadi kaki dah tak boleh jalan, kena dukung! Hehehhe...

Kat empangan

Cucu Atuk

Boleh tengok air je, tak boleh mandi sebab airnya dalam

Jalan balik nak tengok Nenek masak apa...

Itu je lah cerita cuti sekolah Orked. Thanks Daddy sebab luangkan masa bawak jalan-jalan. Orked tau Daddy busy. Sekarang ni Daddy asyik outstation je. Sekarang ni pun Daddy dah ke Siam Reap, dan minggu depan ke London dan Paris pula. Tak dapatlah nak jumpa Daddy dekat 3 minggu. Lama tu Daddy... Miss you...

xoxo
Orked
by Mummy

6 comments:

MiErA said...

suka baca cite orked n adiknya!! suka2 =)

Aunty Bard said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa tgk Orked jalan2 kat genting ni. terasa macam aunty pun ada kat genting gak. erm mesti kena spend masa kat sana jugak la macam Orked. Rumah ais tu aunty dah g dulu, tapi better kalau nak g lagi kena bawak kasut sendiri sebab kasut yg dia provide sangat la basah dan tak selesa hehe

Orked said...

aunty/kakak miera: thanksss :)

aunty bard: mmg best aunty. nanti khalish dah sihat bawak le dia jenjalan situ. tak pun tunggu dia besar sket cam orked, baru dia faham. adik seri pergi sana dia pun tak faham apa2. hehehehe....

betul tu aunty, kasut mummy basah! dah le geli, sejuk pulak tu bila kasut basah. huhu....

terpatrisinarabadi said...

wah bestnya pegi genting....cantiknya gambar ni semua
tapi tak penah main kat outdoor malam2...
cantik jugak :)

AuntyJid said...

Wooo..patutla adik Seri tunggu Orked sampai tertido.. naik kete banyak2 rupanya..:-)

Wahhhh..seronok betul Orked yer!!!
Gambar Orked pun semua comel2 dan cantik!

Cucu manja dan kesayangan Atuk rupanya Orked ni yer..:-)

are-are said...

bestnyer orked !!! jelesss laa aunty tgok. orked jge adek leklok taw. jgn bgi adek jatuh yer. :)