Thursday, July 1, 2010

Cheeky Monkey Daddy

Daddy kata Orked ni Cheeky Monkey. Sebabnya, muka Orked ni muka notty. Lagi-lagi kalau Orked ada idea baru nak buat notty. Daddy kata boleh nampak kat muka Orked, mata jadi bersinar-sinar dan nampak macam Cheeky Monkey.

Sebelum Daddy pergi U.S., Daddy dah pesan kat Orked dan Mummy suruh update blog hari-hari, sebab Daddy nak tengok muka Cheeky Monkey ni. So, Orked pun suruhlah Mummy ambik gambar Orked ni dan tunjuk kat Daddy.

Ni Orked ambik kain batik Nenek dan pakai kat kepala. Orked nak sembahyang, jadi kena pakai telekung. Nenek ikat kain batik tu untuk jadi telekung Orked. Tapi..... Sekali nampak rambut daaa... Tak taulah sembahyang Orked tu sah ke tak. Heheheh....

Orked pakai "telekung" colourful dan nampak jambul

Orked comel tak Daddy?

Daddy baru je sms Mummy masa tulis blog ni, cakap Daddy dah sampai ke Kalamazoo, Michigan. Jauh betul ye tempat Daddy pergi tu. Daddy keluar rumah Nenek pergi ke airport hari Selasa jam 4 petang, dan sekarang ni hari Khamis jam 4 petang baru Daddy sampai kat Kalamazoo tu. Oooo... Dahsyat. Mesti Daddy penat jalan jauh dan lama-lama tu. Patutlah Daddy tak bawak Orked, sebab jauh sangat ye? Orked kecik lagi, kalau jalan jauh macam tu mesti penat sangat. Takpe, sikit lagi Orked besar boleh ikut. Hhehehe...

Oklah, tata semua. To Daddy, take care! Orked miiiiiiiiiiiiiiiiss u very very much....

Love
Orked
by Mummy

6 comments:

ain said...

cute jer!!

Aunty Bard said...

hehehheh mmg cheeky monkey la Orked ni...notty yang melucukan :-)

SN said...

Orked....daddy belikan orked kimono kat Tokyo. Comelll!!! nanti daddy balik daddy singgah HK belikan Orked baju Cina pulak. Kat US baju dia tak tau baju apa....takkan nak belikan oket bikini. Comel anak daddy ni...jaga adik baik2 dan jgn notti2 ye Ket. Dengar kata mummy dan Nenek dan jangan buli adik tau ;)

I love u all!

auntyjid said...

eeeeeeeeeeee... gigi orkded dah penuh lah.. sangat cute la orked dgn 'telekong' tuh...:)

KAK RAINBOW said...

sekejap je orked dah besar. gigi pun dah byk tumbuh. penuh dah ke gigi orked? rasanya baru je baca entri masa orked baby dulu

Orked said...

aunty ain: hehe... thanks...

aunty bard: hehe.. nenek pun cakap orked notty, sebab orked selalu ada idea nak buat macam2 yg funny2...

daddy: dadddyyy.... i miss uuuuuu... thanks daddy beli kimono. bestnya! tak sabar orked nak tengok. daddy ambik le gambar dulu tunjuk kat orked. baju USA daddy beli le tshirt tulis USA ke, cam baju london hari tu... baju cina pun best gak. seronoknya!

auntyjid: ha'ah, gigi orked dah tumbuh semua yg patut tumbuh utk toddler cam orked. tapi gigi bawah tu senget benget. rahang bawah kecik kot?

aunty nurul: ha'ah, dah tumbuh semua yg patut. tu lar, masa mmg cepat kan berlalu? baby aunty pun dah besar jugak orked tengok. kejap je!