Wednesday, August 21, 2013

Hadiah Harijadi Orked

Photo: HADIAH HARIJADI ANAKKU

Anak pertama saya bernama Orked. Lahir pada 20 Ogos 2008. Permata hidup saya dan isteri. Masih teringat panggilan telefon dari isteri mengatakan Orked jatuh dari walker dan dikejarkan ke hospital dan menerima 5 jahitan di dahi cukup buat jantung terasa nak gugur. Anak ini mahu kami jadikan istimewa sekali. 

Sudah 5 tahun berlalu, saat kelahiran Orked. Dalam hati saya telah saya fikirkan biarlah anak ini membesar menjadi pembela dan serikandi agama, nusa & bangsa. Semenjak umur 2 bulan, Orked diletakkan di bawah penjagaan ibu-ibu, bapa-bapa dan adik beradik asnaf dan yatim di RUmah Pengasih Warga Prihatin setiap hari dan hanya pulang ke rumah pada malam hari sahaja. Saya menerima tentangan dari beberapa orang rapat saya mempersoalkan mengapa saya korbankan kehidupan anak itu di tempat anak yatim dan asnaf yang serba kekurangan itu? 

Saya tetap berpegang, untuk anak ini belajar menjadi yang istimewa. Jika pembentukannya sama seperti orang lain, masakan ia mampu jadi pembela luarbiasa kelak. Tiada Barbie Doll, Hello Kitty, Dora, Barney dan apa-apa lagi ikon kanak-kanak yang menjadi aksesori permainan Orked. Hanya mainan terpakai sahaja yang ada.

Zaman kanak-kanak Orked dan rakannya seperti telah berakhir dengan cepat. Orked kata dia nak jadi "Kakak Besar". Dalam roll call dan juga ikrar harian, Orked sering memberitahu yang ia mahu cepat-cepat besar dan menjadi seorang yang hebat pada masa akan datang. Orked kadangkala nak jadi seorang Doktor, kadangkala nak jadi seorang Pensyarah seperti ibunya dan adakala nak jadi seorang usahawan seperti bapanya. Tetapi apapun cita-citanya, apabila ditanya apa yang mahu dibuat dengan kerja-kerja itu, Orked menjawab Orked mahu TOLONG ORANG SUSAH.

JIWA SUKARELAWAN

Terus terang, ia bukan perkara mudah untuk saya sendiri mendapatkan sedikit jiwa sukarelawan  yang sanggup bersusah payah untuk orang lain ini. Ia terbentuk dari ibu  dan juga ayah saya. Saya akui juga tidak mudah untuk saya didik isteri saya untuk mendapatkan jiwa sukarelawan seperti sekarang. Ia berlaku peringkat demi peringkat. Rupanya, anak saya mendapatkannya dengan mudah semenjak dari kecil lagi melalui lingkungannya di Prihatin. 

Hadiah Harijadi ke-5 ini, Orked hanya minta diizinkannya untuk menyerahkan kesemua duit raya dan tabungannya itu kepada Mak Sofiah Wali (salah seorang ibu asnaf di Prihatin) bagi menampung kos pembedahan lutut beliau. 

Sebagai bapa, saya tersentuh dengan izin yang diminta itu. Apa lagi yang saya mahukan dari seorang anak? saya ada harta yang cukup, saya mampu berikan anak saya kemewahan tetapi jiwa murni atas niat membantu orang lain sehingga berhabis-habisan itu satu perkara yang paling indah dalam hidup saya.

Saya mampu bawa Orked ke Disneyland setiap tahun, saya mampu bawa Orked melancong ke luar negara, saya mampu bawa Orked membeli belah pakaian berjenama, saya mampu belikan koleksi Mattel Barbie Doll, saya mampu bawa Orked ke Kidzania setiap minggu, saya mampu bawa Orked makan makanan terbaik di Kuala Lumpur tetapi jiwa luhur begitu tak mungkin saya dapati pada diri anak kecil itu jika saya berikan kesemua yang saya sebutkan itu. 

Orked hanya mengikuti rombongan berziarah Warga Emas di Melaka, Perak dan Selangor sementara rakan yang semampu bapanya sedang bercuti di Disneyland. Orked pakai pakaian dari kotak-kotak yang disumbangkan oleh orang ke Prihatin sebagai pakaian yang disukai (jika dibelikan yang elok dan baru, dia jadi malu kerana tak sama dengan rakan lain), Orked makan nasi kawah beras hancur bersama anak-anak yatim dan asnaf yang daif ketika rakan semampunya sedang menikmati makanan di McDonald's dan A&W. Memang sebagai bapa saya kena tahan hati dengan semua itu. 

Orked berkawan dengan orang-orang kurang bernasib baik dan saya bersyukur, itulah sumber keprihatinan Orked. Lingkungan Orked bukan kemewahan harta, permainan, baju berjenama tetapi kasih sayang dan ilmu.

Sebesar 5 tahun juga, Orked sudah kenal nilai wang ringgit. Tetapi saya bersyukur kerana Orked lebih menilai kemanusiaan berbanding nilai ringgit itu untuk dirinya. Orked saya didik menabung dari umur 3 tahun dan saya berikan Orked inspirasi untuk dia kumpulkan wang bagi membeli sesuatu yang dia mahukan. Orked mahukan sekeping puzzle besar 1000 potongan yang berharga lebih RM100. Saya mampu belikannya tetapi saya mahukan Orked merasakan sendiri itu adalah hasil simpanannya sendiri. 

Benar, saya mampu mendidik anak saya menabung dan berjimat, tetapi saya lebih bersyukur kerana pelajaran yang terbesar bukan hanya sikap menabung itu. Saya terlupa ajarkan Orked sesuatu yang lebih berharga sehingga ia terjadi sendiri di hadapan mata saya. Selepas izin diberi, Orked dan sekumpulan kawan sebayanya di Prihatin membawa wang tabungan masing-masing dan membuat penyerahan kepada Mak Sofiah yang akan menjalani pembedahan keduanya minggu hadapan. 

Ketika itu saya sedar, dan saya senyum dan tidak salahlah saya meletakkan anak saya membesar di Rumah itu. Sebuah rumah yang kelihatan kekurangan sarananya tetapi kaya dengan kasih sayang. Antara impian peribadi dan kasih sayang, mereka pilih kasih sayang. Saya mahu Orked begini. Jikalah Orked memilih untuk kemahuan peribadi berbanding kasih sayang, saya rasa hampir pasti saya dan isteri akan mengakhiri hayat di rumah jagaan orang-orang tua. Tetapi jika Orked meletakkan kasih sayang melebihi kepentingan peribadi, saya dan isteri mampu tarik nafas lega. 

Air mata mengalir melihat proses kedewasaan anakku yang baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hanya satu hadiah harijadi yang diminta sebelum harijadinya. Bukannya permainan mahal, bukannya kek bertingkat, bukan juga trip ke Disneyland tetapi HANYA keizinan untuk memberikan keseluruhan tabungannya kepada orang yang lebih memerlukan. Walaupun tindakan itu terpaksa mengorbankan impiannya sendiri.  

Saya hanya mampu ajar Orked menabung, tetapi di Prihatin, Orked belajar tentang nilai kasih sayang dan kemanusiaan. 

Kita kadangkala lupa, dunia jadi huru hara apabila "Kasih sayang" menjadi lebih murah berbanding "agenda peribadi".

SAIFUL NANG
Daddy Orked.

Video Orked Akad Tabungannya kepada Mak Sofiah : http://www.youtube.com/watch?v=53Qzh4Szt7o

Posting Tentang Mak Sofiah Wali 1 : http://prihatin.net.my/v3/2013/08/19/1112/

Posting siapa Sofiah Wali 2 : http://prihatin.net.my/v3/2013/08/10/sofiah-wali-pengorbanan-melewati-batasan/ 

HADIAH HARIJADI ANAKKU

 Photo: Majlis ringkas Serahan `DUIT RAYA' dari anak-anak RPWP, yang sepakat untuk membantu kos rawatan Sofiah Wali telah benar benar memberikan petunjuk luarbiasa yang membuatkan semua yang melihat terpaku dan bermuhasabah diri.

Semuga paparan ini dapat sama sama kita gunakan untuk merenung diri dan kongsikan kepada anak cucu masing masing untuk memberikan sedikit inspirasi kepada mereka, bagaimana Pembentukan INSAN PRIHATIN itu berlaku. 

Sila Klik link berikut untuk cerita lebih lanjut. Semuga bermanfaat untuk sama sama membangun ummah berAKHLAK AL-KARIMAH.

http://prihatin.net.my/v3/2013/08/19/1112/

SAIFUL NANG
Daddy Orked.

Monday, August 5, 2013

Lela dah boleh berjalan!

Salam semua!!!

 Dah lamaaaaaa sangat blog ni tak diupdate kan? Mummy pun sampai dah lupa cara-cara nak mengupdate blog dan mengupload gambar. Er, sebenarnya password pun dah terlupa. Ada lah sebab-sebabnya kenapa dah lama tak update. Tapi biarlah rahsia. He he he....

Anyway, setelah sekian lama, rupa-rupanya Lela dah pandai berjalan! Gambar kat atas tu masa hari kedua dia boleh berjalan sendiri. Muka tersengih bangga aje dia setiap kali berjalan. Tu belum dia tepuk tangan untuk diri sendiri lagi. Ahahaha.... Memang kelakar. Tapi tak sempatlah nak upload gambar yang tepuk tangan untuk diri sendiri tu. Lain kali ye? Adik Lela mula berjalan semasa umur dia 1 tahun 11 hari. Tak champion lagi sebab Orked berjalan masa umur 1 tahun seminggu. Seri yang kalah sebab mula berjalan semasa berumur 1 tahun 1 bulan. Hehehhe.... Tapi yang pentingnya, semua boleh berjalan, Alhamdulillah.

Ok, semoga kita berjumpa lagi, dan Mummy takde hal lagi yang boleh menghalang Mummy dari update blog ini.

Tata titi tutu

Mummy Orked, Seri, Lela

Saturday, August 3, 2013

Iftar bersama PM

Semalam Orked, Mummy, Daddy dan ahli-ahli Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) lain telah dijemput untuk berbuka puasa di rumah Perdana Menteri Malaysia, di Seri Perdana. Orked rasa seronok sangat dapat bersama-sama RPWP pergi ke rumah PM. Itu kali pertama Orked dapat pergi ke rumah PM, dan dapat berjumpa PM. Kawan-kawan Orked macam Ali, dah pernah berjumpa dengan PM sebelum ni, tapi Orked belum lagi. Jadi Orked rasa seronok sangat. Tapi malangnya, Adik Seri dan Lela tak dapat ikut, sebab kecil lagi. Takut mereka tak dengar kata dan buat kacau di majlis PM pula. Takpe, bila adik-adik besar nanti, mungkin ada peluang lagi.

Jadi, Orked nak ucapkan terima kasih kepada PM kerana telah menjemput kami semua. Lain kali jemputlah lagi. He he he....

xoxo
Orked
by Mummy

Monday, July 8, 2013

Cerita arnab dan kura-kura

Photo: (foto hiasan : Taken by Samsung Note 2 handphone)
CERITA ARNAB & KURA-KURA 

Mesti korang dah pernah dengar kan cerita arnab dan kura-kura ni? Masa kecil dulu pun saya dah dengar cerita ini. Saya pernah tanya pada arwah emak saya, kenapa dalam semangat kesukanan yang tinggi dan positif, tidak pula kura-kura mengejutkan arnab yang sedang tidur? 

Kura-kura menjadi satu ikon kanak-kanak apabila digambarkan sangat positif dan konsisten juga tidak mudah mengaku kalah. 

Saya didik anak saya dari sudut yang lain. Saya ceritakan bahawa kura-kura adalah karakter yang kurang bijak kerana menerima pelawaan berlumba dengan satu karakter yang mempunyai kesemua kelebihan untuk menang. Macam saya naik Kancil 660 kemudian kena cucuk angin dengan Lamborghini Murcielago tapi sahut juga cabaran itu. Walaupun akhirnya kura-kura menang tetapi saya perlihatkan kepada anak-anak saya kita tak boleh mengharapkan NASIB sahaja untuk menang. Kebetulan cerita itu arnab sombong tadi kalah kerana tidur semasa dalam perlumbaan. 

Saya juga berikan pelajaran dalam sudut tipikal (yang biasa) bahawa walaupun kita perlahan kita boleh menang dengan mereka yang hebat tetapi "malas". Ya, itu juga satu pelajaran. 

Seterusnya, pelajaran ke-3 ialah apabila saya mahukan anak saya menjadi karakter arnab TETAPI perlu diperbetulkan akhlaknya supaya TIDAK SOMBONG, TIDAK MALAS & KONSISTEN dalam apa yang dilakukan. 

Pelajaran ke-4 saya "story" kan kepada mereka supaya anak-anak saya tidak bangga jika jadi terbaik di kalangan yang lemah sebaliknya berusaha untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

Itulah versi cerita Arnab & Kura-kura oleh saya kepada anak saya. Ia melebihi satu cerita waktu tidur semata-mata tetapi satu garapan disiplin dan akhlak secara mild kepada minda anak sebelum tidur. Kerana minda sebelum tidur biasanya lebih tenang berbanding minda semasa mereka sedang bermain dan beraktiviti siang hari. Maka kesannya juga mereka bawa sehingga ke mimpi. 

Selamat mencuba!

SAIFUL NANG
Arnab Gemuk yang sedang mengKurus
LIKE & SHARE 

Wednesday, May 8, 2013

Roll call

Ada request untuk tunjukkan video roll-call saya dengan anak-anak saya dari posting asal yang di post di pautan ini https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151418463830958&set=a.197056165957.130711.25409635957&type=1&theater

Ini sebahagian dari video roll call anak-anak saya. Simple tetapi perlu istiqamah. HUDUD (had = batas) yang saya laksanakan di kalangan anak saya adalah atas dasar BUKAN MENGHUKUM semata-mata tetapi lebih kepada penekanan PENCEGAHAN. Dalam banyak-banyak vid roll call yang ini yang ada hampir kesemua rencahnya untuk saya share termasuk yang mungkin anda tak setuju iaitu "rotan".

Jika baik, sebarkannya. Jika tidak setuju sila PM saya. Terima kasih

Ramai tak sampai hati nak rotan anak, saya juga tetapi saya KASIH anak bukan KASIHAN anak. Pada ketika ini agak awal untuk merotan, pendekatan saya hanya pengenalan. Rotan sebenarnya adalah pada umur mereka 10 tahun nanti. Rotan ditapak kaki atau tapak tangan kerana untuk beri SAKIT tanpa MENCEDERAKAN. Tiada hadith mengharamkan rotan tetapi Nabi beri guide mewajibkan rotan pada umur 10 tahun tetapi tidak mengharamkan sebelumnya.

Maka pengenalan kepada rotan adalah satu keperluan seperti dilaksanakan oleh Sultan Murad kepada Sultan Mehmet Alfateh. Dalam video ini, Orked, 5 tahun diperkenal dgn sedikit rotan kerana HABIT yang kalau dah tengok tv atau main sampai taknak kencing sedangkan dia dah tak pakai lampin dari umur 2 tahun. Habit BUKAN biologi tetapi satu pilihan. Selepas dari roll-call ini (selepas diulang amaran sehingga 3 kali masih lagi buat) dan setelah dirotan sedikit, sudah 2 bulan lebih Orked dah mula disiplin dalam hal menguruskan kencing sendiri.

Banyak masalah sekarang jadi kerana kita biarkan habit anak kita membesar bersama mereka. Alasan biasa...TAK SAMPAI HATI.

Umur 10 tahun tu dah wajib rotan. Macammana nak wajibkan rotan kalau dari kecil tak diberi pengenalan dan sedikit kesakitan rotan itu?

Sebab itu Allah turunkan banyak ayat dalam Al-quran untuk kita menggunakan akal dan bertindak sesuai dengan alam. Antaranya Surah Ali-Imran,190.

SAIFUL NANG

Tuesday, April 30, 2013

Akhlak didahului

Photo: Inilah anak-anak saya. Anak kandung saya (Orked & Seri) dan juga anak-anak angkat saya yang lain di Rumah Pengasih Warga Prihatin. (foto dengan samsung note 2)

AKHLAK DIDAHULUI

Ini sekadar perkongsian rasional sahaja dan bukannya satu hukum yang diwajibkan kepada semua. Cara saya tak sama dengan cara anda. Maka ini hanya perkongsian dari rasional parenting yang saya dan Rumah Prihatin lakukan. 

Dari anak saya lahir selepas isteri saya habis "hari", kesemua 3 orang anak saya diletakkan di bawah jagaan ibu-ibu angkat mereka di Prihatin. 

3 tahun pertama adalah tempoh penting apabila pelajaran (input) hanya sehala kepada anak yang tidak pandai untuk memberikan output secara verbal lagi. Dalam kata lainnya, anak-anak ini tidak pandai melawan lagi. Maka, didikan pertama ialah installation dasar akhlak melalui tauladan dan seterusnya pembentukan melalui persekitaran.

Installation akhlak berlaku dari uswah yang terbentuk pada kakak-kakak dan abang-abang yang berada di sekitar mereka. Pembentukan dasar akhlak juga berlaku dari pewujudan suasana di Rumah itu sendiri. Anda adalah siapa kawan anda, apa yang anda baca, tonton dan dengar. Maka kesemua elemen ini telah diwujudkan di suasana Rumah Prihatin. Termasuk rancangan TV juga telah disaring dan Prihatin mempunyai saluran TV dalaman buatan sendiri. Halwa telinga pula adalah ayat-ayat lazim untuk hafazan dan berselang dengan lagu-lagu bermuzik indah dan tidak keras. Maka, dengan cara itu, dasar akhlak anak akan terbentuk dengan konsep penapaian (rendaman, serapan & enapan). 

Seterusnya method ini juga membentuk naluri anak. Dari kes-kes yang dirujuk kepada Rumah Prihatin, kami mendapati sejarah anak-anak remaja lelaki lembut kebanyakan disebabkan ibu bapa mereka terlepas fasa pembentukan naluri anak itu pada 3 tahun pertama dan kebetulan pada ketika itu, anak mereka terdedah banyak dengan feminism. Contohnya anak lelaki yang dikelilingi anak-anak perempuan, bermain juga mainan perempuan  malah aktiviti rumah juga menjurus kepada aktiviti perempuan. 

Jika nabi ajarkan anak lelakinya menunggang, memanah dan berenang sementara anak perempuan nabi diberi pendedahan yang lain dan menjurus kepada pengurusan rumahtangga, siapa kita untuk menidakkannya. Ada juga fahaman ibu-ibu sekarang yang kononnya mahu anak lelakinya menjadi suami romantis dengan mengajarkan anak itu urusan memasak dan menjahit keterlaluan agar nanti boleh jadi suami "mithali" kononnya. Itu terjadi sehingga anak mampu membentuk naluri serta minat mereka terhadap kerja itu. Hati-hati ya ibu-ibu sekalian, anda pasti sering melihat personaliti masakan, pereka-pereka fashion, jurusolek & andaman yang lelaki ramai yang bersifat lembut kan? Itu disebabkan oleh nature kerja itu sendiri yang lebih memerlukan sifat halus kewanitaan. 

Saya tak kata mengajar anak lelaki memasak itu salah, tetapi kita tentukan kecenderungan mereka ke saluran yang kita mahukan. Anak tidak terjadi dengan sendiri, setelah kelahiran mereka KITALAH YANG MENCORAKKAN MEREKA. Pada 3 tahun kedua nanti anda sudah mampu lihat kecenderungan anak-anak anda. Jika anak perempuan anda lebih kepada kerja lelaki mungkin anda perlu cantas dan salurkan kerjatangan mereka itu kepada kerja-kerja wanita sebelum anak anda membentuk naluri lelaki dan membesar sebagai tomboi. 

MENGAPA ANAK SAYA DILETAK DI RUMAH ASNAF & ANAK YATIM DAN BUKANNYA MONTESSORI, NURSERI, TASKA, TASKI DAN LAIN-LAIN? 

Saya tidak mahu anak saya hanya berpura-pura cuba memahami kesusahan orang lain apabila mereka besar nanti. Biarlah mereka merasai kesusahan itu dan merasai nikmat kesusahan. Hanya orang yang lahir kaya sahaja tidak mengerti nikmat kesusahan yang membuatkan otak kita bergerak lebih aktif kerana dihadapkan dengan lebih banyak cabaran. Jika semuanya dah ada, semuanya dah selesa, apa lagi usaha nak dibuat?

Percampuran dengan anak-anak asnaf membuatkan anak-anak saya lebih kreatif kerana mereka tiada permainan seperti barbie doll, Ben 10, Dora, sebaliknya mereka mampu mencipta permainan mereka sendiri. Seorang kanak-kanak berumur 0-5 tahun masih belum tahu erti permainan berharga RM400 dengan permainan "tengteng" yang PERCUMA. Lagi menarik, selepas beberapa minggu mereka diperkenalkan dengan permainan "tengteng" yang kita lukiskan, mereka sudah mampu untuk kembangkan permainan itu menjadi permainan yang lain dan lebih mencabar. Bukan tiada langsung permainan yang dibeli. Mereka juga main puzzle dan block seperti Lego tetapi berpada-pada sahaja.  

Keriangan pada mereka hanya ada 1 nilai sahaja iaitu GEMBIRA dan ia boleh diperolehi percuma. Maka, anda jangan prejudis dengan anak orang asli luar bandar yang anda kasihankan kerana tiada permainan seperti anak anda. Boleh jadi mereka lebih gembira dari anak-anak anda dan boleh jadi juga mereka pun melihat anak anda dalam pandangan yang "kasihan" kerana anak-anak anda tak mampu bermain permainan seperti mereka. 

Akan datang saya akan kongsikan bagaimana mengatasi masalah anak bergolek-golek di pasar dan kedai mainan meminta mainan. 

Selamat membaca dan jika baik, sila SHARE kepada yang lain.

SAIFUL NANG
Orang Pelik

* Sumber teknik parenting ini adalah dari Rumah Pengasih Warga Prihatin. Ia diadaptasi dari sumber utamanya iaitu Al-Quran, Sunnah & riwayat yang baik-baik dan perlaksanaannya dirancang secara "Syuro Bainahum". 

Inilah anak-anak saya. Anak kandung saya (Orked & Seri) dan juga anak-anak angkat saya yang lain di Rumah Pengasih Warga Prihatin. (foto dengan samsung note 2)

Thursday, April 25, 2013

Masa berkualiti

Photo: KUALITI MASA BUKANNYA LAMA.

Setiap hari, taqwim saya agak padat. Seawal selepas Subuh sehingga jam 3-4 pagi program saya sentiasa penuh. Walaubagaimanapun, saya ada anak-anak juga seperti orang lain. Setiap hari saya hanya punya waktu sarapan (20 minit) dan juga waktu malam sekitar 1 jam bersama mereka sebelum saya pergi ke tempat kerja dan juga ke Rumah Pengasih Warga Prihatin untuk aktiviti harian kami. 

TAKRIR + TAKLIM + TAUSIAH

Sarapan adalah waktu penting saya. Pernah saya buat posting sebelum ini tentang TAKRIR & TAKLIM, atau dalam bahasa Inggerisnya ROLL-CALL (rujuk post http://alturl.com/wevrj ). Ramai pula yang berikan maklumbalas bahawa mereka tiada masa. 

Biasanya, sarapan ialah masa takrir (ikrar) anak-anak saya untuk azam mereka untuk hari itu dan saya akan ulangkan semula fungsi diri mereka dan sebab mereka hidup atas muka bumi ini. Malamnya pula akan berlaku makan malam dan serentak di situ juga berlaku TAKLIM (berupa satu sessi melapor untuk mereka istighfar iaitu mengakui kesalahan seharian dan juga melaporkan apa yang telah mereka lakukan seharian bersesuaian dengan ikrar mereka pada pagi hari). Disusuli dengan "Tausiah" (pesanan) saya kepada mereka.

YANG PENTING ISTIQAMAH (KONSISTEN) itu lebih baik dari anda punyai sepanjang hari dengan anak-anak tetapi anda sibuk dengan telefon pintar dan juga laptop anda. 

Ada orang kata, KASIHAN anak ditinggal-tinggal. Prinsip saya masih lagi tradisional, saya ISTERI tinggal-tinggalkan (dah tentu anak dalam jagaan isteri). Mudahnya, bila jarang bersama akan mewujudkan perasaan RINDU pada anak-anak. Itu yang jadi cantik bila saya balik kerja sahaja, anak-anak kerumun saya UNTUK BERTANYA DAN BERMESRA (bukan kerana saya bawa balik gula-gula ataupun gadget). Rindu itu yang indah dan ia terzahir secara semulajadi pada anak-anak. 

Cara ini telah terbukti dalam perlaksanaannya di Rumah Pengasih Warga Prihatin sebagai teknik yang universal dalam usaha mencapai sebarang matlamat. Mudahnya, anda mesti ada azam tahun baru kan? Tetapi hujung tahun kita lihat azam tahun lepas pun masih belum berjaya ditunaikan. Masalahnya ialah, azam terlampau besar perlu disusuli dengan milestone bulanan, mingguan dan seterusnya ada AZAM HARIAN seperti yang saya lakukan kepada anak-anak saya ini. 

Jika anda tanya apakah rujukannya, cuba rujuk surah Al-Hasr,18. 

SAIFUL NANG
Orang Pelik

LIKE & SHARE
* Photo hiasan dari bidikan Samsung Note 2 semasa sarapan pagi tadi.

KUALITI MASA BUKANNYA LAMA.