Thursday, May 31, 2012

Cameron Highlands

Assalamualaikum semua....

2 minggu lepas, Daddy dan Mummy ambik cuti hari Khamis dan Jumaat, untuk bawa Kak Orked dan Seri pergi jalan-jalan ke Cameron Highlands. Daddy dan Mummy sibuk bila weekend, sebab itulah kena pergi jalan-jalan hari orang lain bekerja. Takpe, cuti tahunan Mummy banyak sangat sampai tak mampu nak dihabiskan pun...

On the way ke Cameron Highlands, kami semua singgah di rumah Atuk Nang dulu sebab dah on the way. Lagipun, sehari dua sebelum tu, Atuk Nang ada telefon Daddy dan bagitau Daddy yang Atuk Nang ada beli ikan patin freessshhhh dari Sungai Pahang. Daddy pulak, pantang ada ikan patin, mesti nak makan! Kalau tak, silap-silap adik Orked yang dalam perut Mummy tu nanti meleleh je air liur sebab Daddy tak dapat makan ikan patin! Ehehhehhe.... Anyway, bila kat rumah Atuk Nang, setelah diajak dan mengajak, akhirnya Atuk Nang, Nenek Rohaya, Cik Aina dan Cik Amin pun ikut kitorang pergi Cameron Highlands sekali. Buka itu saja, Oyang pun ikut sekali! Wah, memang meriah kereta kitorang panjat bukit bukau Cameron tuh. Nasib baik muat nak sumbat semuanya...

Sampai kat Cameron dah lepas jam lima petang. Plan pertama Mummy ialah nak pergi petik strawberry. Banyak tempat yang ditanya, tak buka sebab katanya bukan musim. Nasib baiklah ada satu tempat ni yang buka lagi, dan ada banyak strawberry kat situ. Inilah aksi kami yang Daddy rakam masa kat tempat petik strawberry tu...

Seri malu dengan strawberry

Kami semua di ladang petik strawberry

Nak petik bukan boleh petik dengan tangan, kena guna gunting untuk potong tangkainya

Lepas petik, masukkan dalam bakul
Happy Orked sebab dapat petik strrrrawberrryyyy


We all dengan strrrawberrryyyy
Mummy lagi happy sebab Mummy ler yang teringin sangat nak petik strawberry dan makan strawberry fresh!

Dah puas petik strrrawberryyy, kami pun pergi check-in ke hotel. Mummy dah book Century Pines Resort beberapa hari sebelum ke sini melalui Agoda.com. Kalau book kat Agoda dapat harga yang lebih murah daripada harga walk-in walaupun dengan government rate. Selalu kalau pergi jalan mana-mana kat Malaysia, memang Mummy book melalui agoda dulu sebab harganya yg lebih murah.

Kat situ, Mummy ambik bilik yang ada private garden. Keluar dari bilik tu, ada kawasan kecil yang kitorang boleh lari-lari sana sini. Mummy tahu Orked dan Seri akan happy lari-lari kat garden tu, sebab itulah Mummy ambil bilik yang macam tu. Kalau bilik biasa cuma ada balkoni sahaja, tak dapatlah kitorang keluar dari bilik.

Sementara ada masa sebelum maghrib, kami pun berlari-larilah tanpa penat kat garden tu. Mummy yang penat tengok kitorang berlari. Hehehhe... Cuaca dah makin sejuk tapi kami tak rasa sejuk pun..... :D



Di luar bilik. Bilik Orked dan Seri sebelah-menyebelah dengan bilik Atuk dan Nenek. Senang kitorang nak ketuk pintu!
Inilah dia kawasan kitorang berlari-lari. Luas juga, kan?

Dan ini pula katil di dalam bilik. Besar! Super king size agaknya...
Main naik kuda dengan Daddy. Tapi kuda ni asyik tergolek aje...


Malamnya kami dinner di Tanah Rata

Seri pakai topi








Sesi posing memosing kami kat garden. Adik Seri tak banyak gambar sebab dia tak suka orang ambik gambar dia. Dia selalu lari bila nampak kamera...

Dan lepas tu check out... Sekejap je kat situ...



Destinasi seterusnya ialah Sungai Palas Boh Tea Centre. Ladang teh kat situ seluas saujana mata memandang. Tenang dan aman damai je rasanya kat sana... Makan dan ambil gambar dulu dekat "hanging" tea garden kat situ...








Dan lepas tu main sorok-sorok dengan Cik Aina dan Cik Amin kat celah-celah pokok teh.










Dan sebelum turun dari Cameron Highlands, beli souvenir dulu...

Fridge magnet strawberry

Macam-macam "benda strawberry" ada kat sini

On the way turun dari Cameron Highlands, singgah rehat sekejap di Air Terjun Lata Iskandar. Kesian dekat kereta sebab brek dah berasap. Lagipun penumpang kat dalam kereta (Cik Amin) dah pening-pening lalat sebab jalan berpusing-pusing.


Souvenir dari Cameron Highlands. Telinga Orked sejuk.

Celup-celup kaki kat dalam air sikit

Dah habis holiday, balikk.....
Itu sahajalah holiday ringkas kami kat Cameron Highlands. Walaupun sekejap, tapi Orked enjoy dan seronok. Lain kali kalau Daddy tanya nak holiday kat mana, Orked nak jawab Cameron Highlands, sebab kat sana sejuk, tak panas macam kat rumah ni (ni Mummy yang suruh cakap macam ni).

Ok, sampai jumpa lagi (bila Mummy rajin update)....

Love u all!
p/s:Seminggu selepas kami semua pergi Cameron Highlands, Oyang Orked dan Adik telah meninggal dunia. Nasib baik Orked sempat pergi jalan-jalan dengan Oyang. Al Fatihah

xoxo
Orked dan Seri
by Mummy

Thursday, May 17, 2012

R


Assalamualaikum....

Orked sebenarnya ada berita gembira nak dikongsikan kepada semua. Orked sekarang dah pandai sebut huruf R! Wah, satu pencapaian besar untuk Orked. Jadi, sekarang ni sebutan Orked dah sempurna. Masa mula-mula belajar cakap dulu, macam-macam huruf Orked tak boleh sebut dengan betul, macam huruf K, R, S, L, apa lagi tak ingat dah, tapi banyak juga. Sebelum ni Orked dapat sebut S dengan betul. Sekarang dah dapat sebut R! Yeahoooo! Orked happy, Mummy happy, Daddy happy, dan Adik Seri pun happy. Sekarang ni tugas Orked untuk ajar adik Seri pulak. Adik Seri baru pandai cakap perkataan yang hujung-hujung je, itupun pelat. Jadi Orked kena bantu Adik.

Alhamdulillah....

Orked
by Mummy

Sunday, April 15, 2012

Fraser's Hill

Masa Daddy tak ada, kami sekeluarga tinggal di rumah Atuk dan Nenek. Cuti hari Sabtu, Atuk bawa kami jalan-jalan. Atuk bawa kami ke Bukit Fraser.

Mula-mula singgah di Tanah Aina Farrah Soraya Eco Tourism Resort. Nampak tempat tu di tepi jalan, dan Atuk nak tengok dalamnya macam mana. Rupanya nak naik ke tempat tu, kena naik 4 wheel drive dulu, panjat bukit yang curam dan berlubang-lubang jalannya.

Kena naik 4 wheel drive

Ini drivernya, dan kat belakang tu kenderaan-kenderaan untuk angkut tetamu

Rupanya kat tempat ni ada tempat camping, dan ada banyak bilik chalet berbentuk dorm. Tapi ada juga bilik untuk orang honeymoon.


Naik buaian lah best

Ini bilik orang honeymoon

Kat sana adik Seri nak jalan sikit je. Masa-masa lain dia nak dukung je. Bila suruh dia jalan, masam macam ni ler mukanya...

Busyuk dan masyam...

Lepas tu barulah kami teruskan perjalanan ke Bukit Fraser. Dalam perjalanan kitorang tidur je, sebab dah letih jalan turun naik bukit kat tempat tadi. Sampai je, terus Atuk bawa makan di Restoran Scott kat Bukit Fraser. Restoran tu hiasannya macam di England. Kami makan pun, traditional fish & chips untuk merasa suasana England tu. Tapi Orked je yang order nasi goreng. Orked lidah orang Melayu, nak buat macam mana...

Ada fireplace

Tapi tak pasang pun. Tak cukup sejuk lagi kat luar tu.

Dating dengan Adik tepi tingkap

Bangunan English style

Tingkapnya pun cantik



Dah habis keliling kedai ambik gambar, akhirnya makanan yang dipesan tiba.

3 fish & chips dan 1 nasi goreng oriental

Jemputlah makan...

Sedap

Hari yang kami pergi tu berkabus, dan sejuk. Semua orang pakai baju lengan panjang, kecuali Kakak Orked. Suka sangat dengan baju butterfly tu sampai tak nak tukar pakai baju lain.

Berkabus

Rumah English style merata-rata kat sana


Dan aktiviti seterusnya ialah jalan-jalan ambil gambar...

Bunga cantik.... (Tengok perut Seri, dah nak meletup!)



Piknik 5 minit makan goreng pisang kat kawasan pokok pine

Tinggi-tinggi pokoknya. Nampak kecik je Orked

Star jump in the making

Dengan Atuk dan Nenek




Itu sajalah jalan-jalan kami di Bukit Fraser. Sekejap je pergi ke sana. Tapi Orked letak banyak-banyak gambar sebab Daddy rindu kat kitorang. Betul kan, Daddy?

luv,
Orked dan Seri
by Mummy

Tuesday, April 10, 2012

Kids Puzzle Lite

Dulu-dulu, kakak Orked je yang selalu main kat handphone Mummy. Tapi sekarang ni dah ada saingan. Adik Seri pun dah pandai main handphone Mummy dah. Dulu game pertama yang Orked pandai ialah game "shape". Sekarang ni adik pun dah pandai main game "shape" ni jugak dah. Sebelum ni dia selalu suruh main yang buatkan untuk dia. Tapi sekarang dia dah pandai buat sendiri. Alhamdulillah...

Khusyuk dia nak solvekan puzzle tu


Happy bila dah berjaya solve

Game apa yang dia nak main, dia dah pandai pilih sendiri


Matching game ni pun dia cuba main juga, tapi kadang-kadang je boleh solve sampai habis sebab dia cepat boring

Oklah, Kakak Orked dan Adik Seri tak habis-habis kacau, susah Mummy nak update...

With love
Orked dan Seri
by Mummy

Thursday, April 5, 2012

Nur Lembah Pangsun Eco Resort

Last weekend, kami semua pergi ke Nur Lembah Pangsun Eco Resort, di Hulu Langat. Kenapa kitorang pergi sana?


Sebab Daddy ada Zero to Pro!

Jadi, Daddy pun bawalah kami semua bersama sebab weekend kan Mummy cuti....

Kat tempat ni best juga. Dia kat huluuuuu langat tu. Nak sampai jauh juga, masuk ke dalam hutan. Tapi bila sampai, nyaman je tempatnya sebab di kaki bukit dan ada tasik serta air sungai yang mengalir kat situ. Mari kita lihat apa ada kat situ ye?


Ada tasik yang besar untuk aktiviti air. Masa kat sana, ada banyak kumpulan lain yang datang untuk beraktiviti. Yang Orked sempat tengok ialah diorang berkayak kat dalam air (kat tasik tu), dan flying fox. Bilik kami pulak kat belakang tasik tu. So, cantiklah pemandangannya. Masa kat dalam bilik boleh dengar bunyi bising orang-orang beraktiviti.


Kat tepi bilik pulak, ada kolam dengan gazebo merah. Dalam kolam tu ada bunga teratai. Orked baru je tahu yang teratai cuma kembang pada waktu malam dan awal pagi. Bila hari dah siang, dia akan mula kuncup. Petang-petang memang kuncup je teratai tu. Oooo.... Mungkin teratai tak suka matahari kot?


Ada sungai kecil juga kat situ. Kebiasaannya airnya tak dalam sangat, dan jernih. Tapi masa hari last Orked kat sana, hujan lebat. Orked dapat tengok yang air sungai ni jadi lebih dalam, airnya lebih laju, dan warnanya bertukar menjadi warna teh tarik! Wah, ini mesti ada pencemaran kat hulu sungai nih!


Atas sungai tu ada titi untuk orang menyeberang sungai. Di sebelah sana ada kawasan untuk orang camping, bagi sesiapa yang tak nak tido dalam chalet macam kami.


Ada playground kecil juga di situ. Tapi tengoklah, tak dijaga. Dah berkarat pun. Tapi Orked nak naik jugak, sebab teringin. Orked bukan selalu jumpa playground. Akibatnya, habis bontot seluar Orked dah jadi coklat! Bontot seluar Seri pun! Hari ni Mummy dah basuh seluar kitorang, tapi kotorannya dah tak hilang 100%...


Ada padang kecil juga. Kat tepi tu ada tembok untuk wall climbing. Tapi takde sesiapa yg panjat masa kami kat sana. Ada tunggul kayu juga. Daddy ambik gambar Orked, sebab nak buat gambar macam masa Orked kecil dulu, kat atas tunggul kayu juga.


Tapi Orked dah besar lah, ataupun tunggul kayu ni kecik sikit dari yang dulu.


Mummy suka sangat kolam teratai ni. Nak cuba ambik gambar biar jadi lebih cantik dari semalam. Jadi, hari kedua kami pun pergilah lagi jalan-jalan tepi kolam ni. Orked cari ikan kat dalam kolam, tapi tak ada.


Lepas tu kitorang lompat-lompat kat tepi tasik. Tinggi tak Orked lompat? Adik Seri tu pulak, gaya je lebih. Ehhehehehehe... Takpe, nanti kakak ajar macam mana nak lompat tinggi-tinggi. Yang penting kita kena selalu praktis kat rumah.


Ha, ni lah perangai adik kalau korang semua nak tahu. Dia suka je rebut barang kakak. Ni kakak dah elok-elok duduk atas batu ni, dia pun sibuk nak duduk. Tak nak share pulak tu. Tengok dia cuba tolak kakak sebab dia nak duduk sorang! Pastu nangis bila tak berjaya...


Itu ajelah serta sedikit cerita kami di Nur Lembah Pangsun Eco Resort.

Tata titi tutu

Orked
by Mummy