Tuesday, June 23, 2009

Amsterdam Part 2

Ini semasa hari kedua Orked di Amsterdam. Kalau hari pertama kami jalan-jalan di Bandar Amsterdam, hari kedua kami keluar dari Amsterdam pula. Daddy sewa kereta dan bawak Orked dan Mummy dan Atuk dan Nenek ke Zaanse Schans, Marken dan Lisse.

Untuk sampai ke Zaanse Schans kena naik feri kecik. Sebenarnya ada jambatan kat situ, tapi sekarang jambatan tu tengah dibaiki. Jadi, diorang sediakan feri untuk bawak Orked dan semua ke seberang Sungai Zaan ni. Ini Orked dan Mummy masa atas feri.

Sampai je kat sana semua orang terus makan sebab dah lapar. Dah tengahari dah pun masa tu. Piknik kat tepi sungai je. Seronok tau. Makan tepi sungai, tengok pemandangan cantik. Boleh nampak rumah-rumah hijau dan windmill kat tepi-tepi tu. Berselera je semua orang makan.

Inilah salah satu windmill kat sana. Zaanse Schans ni sebenarnya tempat pelancong-pelancong tengok windmill. Windmill kat sini bukan perhiasan je, tapi masih lagi berfungsi. Masa kat sini, sempat Orked tengok orang kat situ hidupkan salah satu windmill. Mula-mula dia tarik kipas tu, pastu dia tarik tali kat bawah untuk pusingkan kipas tu biar ikut arah angin. Camne ntah, Orked kurang faham. Daddy faham kot caranya.

Ini Mummy dgn Orked depan windmill. Orked first time datang sini, tapi Mummy dah second time. 3 tahun lepas Mummy pernah datang dengan Tok Ayah, Nenek dan Cik Yana ke sini. Masa tu Orked belum lahir. Daddy pun belum kawin dgn Mummy lagi.

Daddy first time datang sini. Nampak Daddy seronok tengok windmill. Hehehhe... Tu... Happy je tuuu muka Daddy depan windmill!

Ini rumah hijau kat situ. Zaanse Schans tu sebenarnya satu kampung. Tapi dah jadi kampung pelancongan lah. Ada banyak kedai juga. Kat situ warna temanya hijau. Semua bangunan termasuk windmill warna hijau. Diorang ni mesra alam kot, sebab tu lah warna hijau.

Selepas Zaanse Schans, destinasi seterusnya ialah Marken. Marken ni sebuah perkampungan nelayan yg juga dah jadi tourist attraction. Tapi tujuan kami ke sana bukannya untuk lihat Marken, tapi utk lihat sesuatu yg luar biasa. Kat Malaysia dan kat negara lain tak ada benda ni. Apa dia? Cuba tengok gambar kat bawah, lepas tu teka. Nanti Orked bagitau jawapannya.
Jawapannya bukan Orked lentok kepala senget. Hehhehe... Tu kat Malaysia pun ada. :D Basikal pun bukan. Daddy hensem pun bukan. (Daddy mmg hensem tapi bukan jawapan). Hehhehe...

Kat sini paras air laut lagi tttiiinggggiii dari aras tanah! Wah... Kalau tengok gambar kat atas tu, sebelah kiri ialah air laut. Sebelah kanan pula, di bawah tambak tu ada jalan dan kemudian ada tasik. Kalau tak kerana tambak tu, air laut mesti dah melimpah masuk. Tengok gambar kat bawah ni pulak, belakang Orked dan Mummy tu ada tambak. Atas tambak tu lah Orked dan Daddy ambik gambar tadi. Dan tambak tu lah yg halang air laut dari melimpah. Paras air laut di belakang tambak tu setinggi Mummy. Kalau air tu melimpah dan Orked berenang, memang tak jejak dasar kaki Orked. Oh ya, sebelah kitorang tu kereta yg Daddy sewa.

Ini pulak kat tambak tadi juga, tapi di depan sikit. Situ ada windmill yg moden pula. Tadi ambik gambar dgn windmill tradisional, kali ni windmill moden. Windmill moden ni banyak ada kat Holland, merata-rata. Tapi Orked ambik gambar dgn yg ni je.


Dari Marken terus ke Lisse pula. On the way, nampak ladang kambing biri-biri. Tengok tu, senapang panjang Daddy nak shoot biri-biri.

Tepi ladang tu ada lorong kecik dgn pokok-pokok rendang. Mummy dgn Daddy terlebih excited sikit. Apa ntah cantik kat sini. Maafkan mereka ye. :P


Sekarang dah sampai Lisse. Lisse ni famous dgn ladang bunga tulipnya. Keukenhof garden yg terkenal tu pun kat sinilah. Tapi masa kami ke sana, taman tu dah ditutup. Ladang bunga tulip pun dah jadi ladang padang jarak. Hehehe... Tulip semua dah takde, dah habis musimnya. Nasib baiklah ada satu ladang bunga allium ni. Dapatlah jugak merasa bergambar celah-celah bunga.


Cantik kan bunga allium ni? Ni lah first time Orked tengok bunga ni. Sebenarnya Orked ada baaaannyakkkk gambar kat ladang ni, tapi sebab ini blog dan bukan fotopage, Orked letak sikit-sikit je lah.
Kali ni Orked tak dapat tengok lagi bunga tulip. Orked harap satu hari nanti dapat juga ambik gambar di ladang bunga tulip.
Lepas Lisse, hari pun dah malam dan semua orang dah penat. Lepas pulangkan kereta, kami naik tram balik ke apartment.

Itu sahajalah pengembaraan Orked di Amsterdam. Tak lama kat sini. The next daynya kami dah pack barang nak ke destinasi seterusnya, Germany. Tengok kat bawah ni, banyak tak banyak nya beg. Paling banyak barang, Orked lah. Beg besar lagi, beg kecik lagi, stroller Orked lagi. Tapi semuanya orang lain kena bawakkan. Orked pun orang lain bawakkan. Bertuah tak bertuahnya Orked ni. Hehehhe....
Ok semua. See you in Germany!

Tataa....
Luv,
Orked
by Mummy

Sunday, June 21, 2009

Amsterdam

Hai semua! Selamat Hari Daddy to Daddy! Hari ni Orked nak sambung cerita holiday. Kali ni di Amsterdam pula. Dari London ke Amsterdam kami naik kapal terbang Easy Jet. Sekejap je dah sampai. Tapi sempat juga Orked dan Daddy posing dengan enjin kapal terbang tu. Ngeri tak? Tapi kitorang relaks je sebab kapten dah matikan enjin dah.


Kat airport Orked jumpa Singa yang boleh cakap Kelantan. Mestilah kena ambik gambar!



Kat sana kitorang jalan-jalan naik tram. Ini Orked dan Daddy tunggu tram. Tram kat sana jalan kat atas jalan raya je. Orked pun tak faham macam mana takde pulak accident.



Tempat pertama berhenti ialah di Dam Square. Kat Dam Square ni banyak sangat burung merpati. Heran Orked tengok. Burung-burung ni tak takut orang pulak tu. Mungkin sebab orang selalu bagi burung-burung tu makan. Orked pun ada jugak sedekahkan sikit biskut Orked kat burung-burung tu.


Tak tahan lah Orked tengok burung tu aman je. Orked nak kacau!!!


Dari Dam Square kami jalan kaki sepanjang canal kat sana. Objektifnya nak cari flower market kat Singel Canal. Inilah dia Singel Canal. Kat Amsterdam ni dua perkara yg banyak. Satu banyak canal. Satu lagi banyak basikal.



Kat flower market ni banyak jual bulb bunga tulip. Dan banyak juga jual souvenir. Orked tertarik dengan fridge magnet. Mummy dgn Daddy suka kumpul fridge magnet. Kat sini sebab banyak sangat fridge magnet, dan cute cute semuanya, Mummy pun jadi rambang mata tak tau nak pilih yg mana satu. Oh, kat sini juga harga fridge magnet lebih murah daripada kat kedai-kedai cenderamata yang lain.



Selain dari bulb bunga tulip, bulb bunga lain pun banyak juga. Cuma Orked tak tahu nama bunga-bunga lain tu. Bunga tulip je yg Orked tau ada banyak kat Amsterdam.


Gambar-gambar kat flower market tu, Orked sebenarnya posing tido. Orked dah tak tau nak posing gaya apa, jadi posinglah gaya tido (nak cover malu sbb tido manjang).

Ini pulak gambar Daddy kat gerai jual ayam. Kat sana kami tinggal di apartment. Situ ada dapur yg boleh masak-masak. Dekat dgn apartment tu pulak, ada Albert Cuyp market. Baca kat buku, itu market terbesar kat Amsterdam. Kat situ ada gerai jual ayam halal. Jadi, kami kat sana tak kelaparanlah. Ada ayam halal, dan Daddy pulak dah siap-siap bawak kari dan segala rempah segera dari Malaysia.


Ini pemandangan dari apartment. Dari tingkap boleh nampak belakang rumah orang lain. Gambar kat dalam apartment takde lah pulak. Rasanya ada dalam hard disk Daddy kot. Tapi Mummy dgn Nenek tak pakai tudung pulak kat dalam gambar.


Orked selalu lepas posing mesti nak cek gambar Orked. Manalah tau Daddy ada ambik gambar Orked nampak air liur meleleh ke. Malu lah Orked. Kena suruh Daddy delete terus. Sib baik yang ini OK.

Nanti Orked sambung lagi ye jalan-jalan kat Amsterdam!

Luv,
Orked
by Mummy

Friday, June 12, 2009

Jerebu

Orked rasa paru-paru Orked mesti dah warna hitam. Lepas tu lubang-lubang kecik dalam paru-paru Orked mesti dah tersumbat. Saluran pernafasan pun mesti dah kecik dah. Yelah, hari-hari sedut udara kotor. Masa naik kereta, Orked tengok kat luar, kelabuuuuu je. Bangunan pun nampak yg dekat-dekat je. Yang jauh-jauh dah tak nampak. Bila bernafas rasa macam sedut asap. Mummy cakap itu jerebu. Jerebu tu udara yang kotor, banyak asap dan kotoran lain. Jerebu tu jadi sebab ada orang bakar sampah secara terbuka. Kereta kat jalan yg banyak pun burukkan jerebu jugak. Sekarang pulak hari-hari panas, lama dah tak hujan.

Kesian le kat baby macam Orked. Dah le kecik lagi. Paru-paru pun kecik. Kecik-kecik lagi dah sedut benda-benda kotor. Penat je Orked berdiet, makan makanan yg berkhasiat, supaya Orked jadi sihat dan kuat. Tapi kalau Orked bernafas udara kotor, nanti Orked sakit jugak. Kalau tak sakit sekarang, dah besar nanti tak tahulah apa kesan udara kotor yg Orked sedut sekarang ni. Orked ingat Orked nak pakai topeng oksigen lah. Tak pun nak pergi holiday kat tempat yg udaranya bersih.

Orked teringat masa holiday hari tu. Walaupun masa tu sejuk dan Orked kadang-kadang selesema, tapi udaranya segar. Ringan je paru-paru Orked bernafas. Tak macam sekarang, rasa berat paru-paru ni.

Hmm... Cerita tentang holiday, banyak lagi cerita holiday Orked belum tulis. Tapi mummy dan daddy busy. Orked kena tunggu diorang tak busy baru boleh update, sebab Orked belum pandai tulis sendiri lagi. Orked kena minta tolong mummy atau daddy yg tolong tuliskan. Sabar ye kawan-kawan.

Ni gambar Daddy ambik kat Lisse, Holland. Gambar kat ladang bunga allium. Caaaannnntiiiikkk.... Hhhmm.... Segarnyaaa udara kat sana.....


Luv,


Orked paru-paru hitam
by Mummy
photo by Daddy

Monday, June 8, 2009

Cambridge

Cambridge ni tempat Mummy belajar dulu. Cambridge jugak tempat Mummy dan Daddy mula-mula berkenalan. So, selain dari Hyde Park, Cambridge ni pun tempat yg bersejarah untuk keluarga Orked. Kalau tak kerana Cambridge, takde lah Orked. Mungkin Orked dah jadi Melati ke, Tanjung ke, Mawar ke. Hehhehe....

Dari London kami semua naik bas National Express. Mummy book bas awal-awal, jadi dapat tiket berharga 1 pound. Murah tu. Tiket Orked lagi murah, free je. Tapi kena duduk atas lap Mummy dan Daddy. Alar, kalau ada seat pun, Orked nak juga duduk atas lap. Baru best...


Mula-mula pergi ke Market Square. Mummy dan nenek beli buah strawberi, ceri dan anggur. Segar-segar buah kat sini.

Kat Cambridge ni banyak bangunan lama-lama. Mummy kata umurnya dah 800 tahun. Tuanya! Orked pun posinglah depan bangunan-bangunan tua tu.


Pondok telefon merah pun ada juga. Mesti ambik gambar juga...



Dan yang utama ialah basikal. Kat sini banyak basikal. Hampir semua orang naik basikal atau berjalan kaki kat sini. Mummy kata, dulu kat tempat Mummy belajar tu, Ketua Jabatan pun naik basikal! Wah... Maka, wajiblah Orked posing dengan basikal. Cute cute je basikal yg ada bakul. Jadi Orked pun tumpanglah bakul-bakul tu dengan harapan Orked pun nampak cute. Hehehe....





Lepas tu kitorang pergi punting kat River Camb. Punting tu macam naik sampan, tapi sampannya leper di bawah dan kena tolak pakai kayu panjang untuk punt tu bergerak. Daddy dan Uncle Maza gilir-gilir jadi tukang punt. Orked duduk je tengok itik kat tepi sungai.



Lepas punting, Orked dan family jalan-jalan lagi sambil beli souvenir. Kali ni Orked jalan duduk dalam bakul Aunty Fatin. Memang bestlah naik basikal duduk dalam bakul ni. Oh ya, Aunty Fatin baru je lulus Ph.D. dia. Congratulations Dr Aunty Fatin. Aunty Sufee bila lagi ye? :)




Memang best lah jalan-jalan kat tempat Mummy belajar ni. Orked seronok..... Tapi kali ni kami tak jalan banyak sangat sebab Atuk dan Nenek dah letih. Semalam seharian suntuk berjalan kat London. Kesian Atuk...


Sebelum balik, sempat jugak Orked tengok rumah Aunty Sufee dan Uncle Maza. Makan pun sempat. Tido pun sempat. Hehehhe... Terima kasih Uncle dan Aunty, jemput Orked.



Orked akhiri dengan..........


I LOVE MUMMYYYYYY!


and Daddy tooo.... Tapi sebab Daddy yg ambik gambar, jadi ada gambar I LOVE MUMMY aje lah. :D


ORKED

by Mummy

Saturday, June 6, 2009

Orked dan bunga


Orked suka bunga. Bila daddy berhenti kat rastation (R&R) autobahn di Germany, Orked ambik kesempatan nak piknik sama dengan memetik bunga. Bunga kat sana semua cantik-cantik. Kat lalang dan rumput-rumput pun boleh tumbuh bunga...bessstttnyaaa. Mummy cakap Orked comel macam anak dara yang main-main petik bunga. Tapi daddy marah Orked bila orked masukkan bunga yang Orked petik tu dalam mulut. Bukan apa, Orked nak rasa bunga tu manis ke masin ke. Kalau tak sedap lain kali Orked tak masukkan dalam mulut lah.

Oke lah, Orked sekarang tengah rindduuuu sangat kat daddy. Semalam Orked hantar daddy gi airport pasal daddy nak pegi kerja di luar negara. Nanti cuti habis, Orked kena pegi Prihatin pasal daddy dan mummy dah kerja dah. Tapi takpe, kat Prihatin pun raaaaamaaaiii ibu-ibu dan kawan-kawan yang sayangkan Orked. Oke lah, Orked nak makan...bye

ORKED

Friday, June 5, 2009

Gambar di London pulak

Ini masih lagi cerita Orked di London. Kali ni Orked nak tunjuk gambar Orked kat London yg Daddy ambik pulak.

Ini di Hyde Park. Hyde Park ni ada sejarahnya. Daddy kata kat sinilah tempat dia propose ajak Mummy kawin dulu. Mummy pun setuju masa tu. Jadi masa kat London Orked dibawa ke Hyde Park untuk tengok sendiri tempat tu. Memang romantik. Patut le Mummy kata yes dulu.


Masa kat Hyde Park Orked sempatlah golek-golek atas rumput, main dengan bunga, dan bagi burung makan. Habis biskut Orked burung-burung tu makan. Tapi takpe, Orked tak kedekut. Orked seronok tengok burung makan biskut Orked.


Semalam Orked tersilap. Sebenarnya lepas London Orked ke Cambridge, bukannya Amsterdam. Jadi, lepas ni Orked akan cerita tentang pengembaraan Orked di Cambridge pulak.

See ya!

Luv,

Orked

by Mummy

Thursday, June 4, 2009

Orked di London

Ha... Orked dah pun selamat sampai ke Malaysia. Penat + seronok jalan-jalan. Apa-apa pun, Orked tak serik. Harap Mummy dan Daddy pun tak serik bawa Orked jalan-jalan. Orked dah behave sehabis baik dah. Betttuuuullllll....

Ok, Orked nak sambung cerita jalan-jalan kat London. Kami semua sempat jalan-jalan di London sehari je. Orked ingat, Orked cerita sambil tunjuk gambar lah, senang sikit kan?

Ini persediaan Orked sebelum keluar. Masa Orked kat London, dah masuk summer, tapi masih seejjjjjuuukk lagi. Suhu siang dalam belas-belas darjah je. Kalau orang London pun rasa sejuk, apatah lagi Orked orang Malaysia ni. Lagilah sejuk. So, Mummy pakaikan baju sejuk, gloves dan topi supaya Orked tak sejuk.



Daddy pun pakai sama macam Orked. Semua tutup kecuali muka. Itupun Orked rasa Daddy kalau boleh nak biar nampak biji mata je sebab sejuk. Heheheh....



Masa kat London, kitorang jalan-jalan naik tube dan naik bas. Ni gambar masa kat salah satu tube station kat sana.


Masa kat London Orked banyak pergi ke tempat-tempat yang kiranya paling penting kat London. Yang selalu nampak kat tv. Masa cuma sehari je, jadi tak boleh lah nak tawaf satu London. So, Daddy pilih untuk bawa kami ke Tower Bridge, Big Ben (parliament house), Hyde Park (tempat romantik Mummy dan Daddy), Malaysia Hall (untuk makan) dan beberapa tempat lagi.



Sampai sakit kaki jugaklah semua orang jalan. Kurang exercise lah tuuu.... Tapi Orked, relaks je... Tak sakit kaki langsung! Hhehehehhe....

Hari kami kat London berakhir dengan pergi ke East Acton untuk dinner. Terima kasih Aunty Idot dan family sebab masakkan kitorang nasi daging. Sedap... Gambarnya nanti Orked cari kat kamera Daddy...


Sampai sini dulu cerita Orked jalan-jalan kat London. Nanti Orked cari gambar yang lebih cantik kat kamera Daddy. Dan lepas tu akan sambung cerita jalan-jalan kat Amsterdam pulak.

Orked akhiri dengan gambar Daddy yang hensem. Muahhhhh Daddy...



Tata!

Love,

Orked

By Mummy