Thursday, August 22, 2013

Bersalam dengan yang lebih tua

Pada 21 Julai 2013 yang lepas, arwah moyang Orked yang terakhir, arwah moyang Sipon, telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua. Sebelum itu, arwah telah ditahan di hospital Muar hampir tiga minggu kerana masalah pernafasan disebabkan jerebu yang melanda negara. Selepas tiga minggu, arwah moyang minta dibenarkan balik ke rumah. Selepas 11 hari di rumah, arwah akhirnya menghembuskan nafas beliau yang terakhir. Al Fatihah.

Moyang Sipon ini adalah moyang Orked yang terakhir. Sekarang ni Orked dah tak ada moyang lagi, cuma ada seorang lagi moyang tiri je di Kampung Panchor, Muar.

Yang  nak dikongsikan di sini ialah video yang Nenek ambil sebelum berangkat pulang ke rumah, setelah selesai majlis pengebumian. Ini ialah rumah arwah moyang Sipon, dan ada ramai nenek dan atuk Orked di sini. Sebenarnya Mummy terkejut bila tengok Orked dan Seri dah pandai bersalam dengan cara orang Jawa bersalam, iaitu salam sambil melutut. Kalau dengar, dalam video tu Daddy ada ingatkan Orked dan Seri supaya melutut dan tunduk. Nasib baik Daddy ada ingatkan, sebab Mummy pun terlupa. Hehehe....

Sebenarnya konsep salam secara melutut ini ialah salah satu adat orang Jawa, bagaimana nak menghormati yang lebih tua. Kalau orang tua tu duduk, tidak wajar kita bersalam dari kedudukan berdiri atau tunduk sahaja. Kita kena melutut, supaya kedudukan kita lebih rendah daripada orang yang nak disalami itu.

Awal bulan puasa, Orked, Seri dan kawan-kawan kami di Prihatin semuanya telah diajar dan dilatih kaedah bersalaman baru ni. Kalau sebelum ini, kami sentiasa diingatkan supaya cium tangan orang tua semasa bersalam tanpa menarik tangannya ke arah kita. Tapi tahun ni ada penambahan baru, kaedah melutut ini lah. Ia sesuai diamalkan kalau yang nak disalam itu sedang berada dalam keadaan duduk. Masa mula-mula belajar tu memang kelakarlah. Rugi Mummy tak ambil video atau gambar. Ada yang merangkak, ada yang tergolek-golek. Hahaha... Sebab tak biasa jalan sambil melutut. Orked la tu yang sampai merangkak. Ehehehhehehe... Nasib baiklah dalam video ni tak ada yang Orked merangkak. Kalau tak, maluuuuu aje....

Cuma... Orked dengan Seri tak tunduk bila jalan depan orang dewasa. Nak kena perkemaskan lagi tu...

xoxo
Mummy Orked

Wednesday, August 21, 2013

Duit hari raya Seri

Kalau kakak Orked dah serahkan duit hari rayanya kepada Mak Sofiah, untuk pembedahan dan rawatan lututnya, Seri juga sebenarnya telah melakukan perkara yang sama. Seri ambil uswah dari kakaknya Orked dan ingin jadi pemurah seperti kakaknya Orked. Apa tidaknya, kakak Orked kan idola Seri. Apa yang kakak Orked buat semuanya akan Seri buat juga. Kadang-kadang boleh jadi bergaduh juga, sebab apa yang kakak Orked nak, itu yang Seri nak! Tapi dalam hal-hal yang baik begini, syukurlah Seri dapat ikut jejak langkah kakaknya, yang menyerahkan kesemua duit hari rayanya untuk membantu orang susah.

Gambar di atas ialah semasa Seri selesai akad menyerahkan duit hari rayanya. Akad diterima oleh wakil RPWP iaitu Mak  Long. Kalau nampak, tulisan di atas sampul duit raya di atas meja itu ialah tulisan kakak Orked. Kakak tolong buatkan sampul untuk dirinya, dan sampul untuk Seri.

Semoga usaha murni ini akan berterusan di hari raya seterusnya. Amin.

Proud Mummy.

Hadiah Harijadi Orked

Photo: HADIAH HARIJADI ANAKKU

Anak pertama saya bernama Orked. Lahir pada 20 Ogos 2008. Permata hidup saya dan isteri. Masih teringat panggilan telefon dari isteri mengatakan Orked jatuh dari walker dan dikejarkan ke hospital dan menerima 5 jahitan di dahi cukup buat jantung terasa nak gugur. Anak ini mahu kami jadikan istimewa sekali. 

Sudah 5 tahun berlalu, saat kelahiran Orked. Dalam hati saya telah saya fikirkan biarlah anak ini membesar menjadi pembela dan serikandi agama, nusa & bangsa. Semenjak umur 2 bulan, Orked diletakkan di bawah penjagaan ibu-ibu, bapa-bapa dan adik beradik asnaf dan yatim di RUmah Pengasih Warga Prihatin setiap hari dan hanya pulang ke rumah pada malam hari sahaja. Saya menerima tentangan dari beberapa orang rapat saya mempersoalkan mengapa saya korbankan kehidupan anak itu di tempat anak yatim dan asnaf yang serba kekurangan itu? 

Saya tetap berpegang, untuk anak ini belajar menjadi yang istimewa. Jika pembentukannya sama seperti orang lain, masakan ia mampu jadi pembela luarbiasa kelak. Tiada Barbie Doll, Hello Kitty, Dora, Barney dan apa-apa lagi ikon kanak-kanak yang menjadi aksesori permainan Orked. Hanya mainan terpakai sahaja yang ada.

Zaman kanak-kanak Orked dan rakannya seperti telah berakhir dengan cepat. Orked kata dia nak jadi "Kakak Besar". Dalam roll call dan juga ikrar harian, Orked sering memberitahu yang ia mahu cepat-cepat besar dan menjadi seorang yang hebat pada masa akan datang. Orked kadangkala nak jadi seorang Doktor, kadangkala nak jadi seorang Pensyarah seperti ibunya dan adakala nak jadi seorang usahawan seperti bapanya. Tetapi apapun cita-citanya, apabila ditanya apa yang mahu dibuat dengan kerja-kerja itu, Orked menjawab Orked mahu TOLONG ORANG SUSAH.

JIWA SUKARELAWAN

Terus terang, ia bukan perkara mudah untuk saya sendiri mendapatkan sedikit jiwa sukarelawan  yang sanggup bersusah payah untuk orang lain ini. Ia terbentuk dari ibu  dan juga ayah saya. Saya akui juga tidak mudah untuk saya didik isteri saya untuk mendapatkan jiwa sukarelawan seperti sekarang. Ia berlaku peringkat demi peringkat. Rupanya, anak saya mendapatkannya dengan mudah semenjak dari kecil lagi melalui lingkungannya di Prihatin. 

Hadiah Harijadi ke-5 ini, Orked hanya minta diizinkannya untuk menyerahkan kesemua duit raya dan tabungannya itu kepada Mak Sofiah Wali (salah seorang ibu asnaf di Prihatin) bagi menampung kos pembedahan lutut beliau. 

Sebagai bapa, saya tersentuh dengan izin yang diminta itu. Apa lagi yang saya mahukan dari seorang anak? saya ada harta yang cukup, saya mampu berikan anak saya kemewahan tetapi jiwa murni atas niat membantu orang lain sehingga berhabis-habisan itu satu perkara yang paling indah dalam hidup saya.

Saya mampu bawa Orked ke Disneyland setiap tahun, saya mampu bawa Orked melancong ke luar negara, saya mampu bawa Orked membeli belah pakaian berjenama, saya mampu belikan koleksi Mattel Barbie Doll, saya mampu bawa Orked ke Kidzania setiap minggu, saya mampu bawa Orked makan makanan terbaik di Kuala Lumpur tetapi jiwa luhur begitu tak mungkin saya dapati pada diri anak kecil itu jika saya berikan kesemua yang saya sebutkan itu. 

Orked hanya mengikuti rombongan berziarah Warga Emas di Melaka, Perak dan Selangor sementara rakan yang semampu bapanya sedang bercuti di Disneyland. Orked pakai pakaian dari kotak-kotak yang disumbangkan oleh orang ke Prihatin sebagai pakaian yang disukai (jika dibelikan yang elok dan baru, dia jadi malu kerana tak sama dengan rakan lain), Orked makan nasi kawah beras hancur bersama anak-anak yatim dan asnaf yang daif ketika rakan semampunya sedang menikmati makanan di McDonald's dan A&W. Memang sebagai bapa saya kena tahan hati dengan semua itu. 

Orked berkawan dengan orang-orang kurang bernasib baik dan saya bersyukur, itulah sumber keprihatinan Orked. Lingkungan Orked bukan kemewahan harta, permainan, baju berjenama tetapi kasih sayang dan ilmu.

Sebesar 5 tahun juga, Orked sudah kenal nilai wang ringgit. Tetapi saya bersyukur kerana Orked lebih menilai kemanusiaan berbanding nilai ringgit itu untuk dirinya. Orked saya didik menabung dari umur 3 tahun dan saya berikan Orked inspirasi untuk dia kumpulkan wang bagi membeli sesuatu yang dia mahukan. Orked mahukan sekeping puzzle besar 1000 potongan yang berharga lebih RM100. Saya mampu belikannya tetapi saya mahukan Orked merasakan sendiri itu adalah hasil simpanannya sendiri. 

Benar, saya mampu mendidik anak saya menabung dan berjimat, tetapi saya lebih bersyukur kerana pelajaran yang terbesar bukan hanya sikap menabung itu. Saya terlupa ajarkan Orked sesuatu yang lebih berharga sehingga ia terjadi sendiri di hadapan mata saya. Selepas izin diberi, Orked dan sekumpulan kawan sebayanya di Prihatin membawa wang tabungan masing-masing dan membuat penyerahan kepada Mak Sofiah yang akan menjalani pembedahan keduanya minggu hadapan. 

Ketika itu saya sedar, dan saya senyum dan tidak salahlah saya meletakkan anak saya membesar di Rumah itu. Sebuah rumah yang kelihatan kekurangan sarananya tetapi kaya dengan kasih sayang. Antara impian peribadi dan kasih sayang, mereka pilih kasih sayang. Saya mahu Orked begini. Jikalah Orked memilih untuk kemahuan peribadi berbanding kasih sayang, saya rasa hampir pasti saya dan isteri akan mengakhiri hayat di rumah jagaan orang-orang tua. Tetapi jika Orked meletakkan kasih sayang melebihi kepentingan peribadi, saya dan isteri mampu tarik nafas lega. 

Air mata mengalir melihat proses kedewasaan anakku yang baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hanya satu hadiah harijadi yang diminta sebelum harijadinya. Bukannya permainan mahal, bukannya kek bertingkat, bukan juga trip ke Disneyland tetapi HANYA keizinan untuk memberikan keseluruhan tabungannya kepada orang yang lebih memerlukan. Walaupun tindakan itu terpaksa mengorbankan impiannya sendiri.  

Saya hanya mampu ajar Orked menabung, tetapi di Prihatin, Orked belajar tentang nilai kasih sayang dan kemanusiaan. 

Kita kadangkala lupa, dunia jadi huru hara apabila "Kasih sayang" menjadi lebih murah berbanding "agenda peribadi".

SAIFUL NANG
Daddy Orked.

Video Orked Akad Tabungannya kepada Mak Sofiah : http://www.youtube.com/watch?v=53Qzh4Szt7o

Posting Tentang Mak Sofiah Wali 1 : http://prihatin.net.my/v3/2013/08/19/1112/

Posting siapa Sofiah Wali 2 : http://prihatin.net.my/v3/2013/08/10/sofiah-wali-pengorbanan-melewati-batasan/ 

HADIAH HARIJADI ANAKKU

 Photo: Majlis ringkas Serahan `DUIT RAYA' dari anak-anak RPWP, yang sepakat untuk membantu kos rawatan Sofiah Wali telah benar benar memberikan petunjuk luarbiasa yang membuatkan semua yang melihat terpaku dan bermuhasabah diri.

Semuga paparan ini dapat sama sama kita gunakan untuk merenung diri dan kongsikan kepada anak cucu masing masing untuk memberikan sedikit inspirasi kepada mereka, bagaimana Pembentukan INSAN PRIHATIN itu berlaku. 

Sila Klik link berikut untuk cerita lebih lanjut. Semuga bermanfaat untuk sama sama membangun ummah berAKHLAK AL-KARIMAH.

http://prihatin.net.my/v3/2013/08/19/1112/

SAIFUL NANG
Daddy Orked.

Monday, August 5, 2013

Lela dah boleh berjalan!

Salam semua!!!

 Dah lamaaaaaa sangat blog ni tak diupdate kan? Mummy pun sampai dah lupa cara-cara nak mengupdate blog dan mengupload gambar. Er, sebenarnya password pun dah terlupa. Ada lah sebab-sebabnya kenapa dah lama tak update. Tapi biarlah rahsia. He he he....

Anyway, setelah sekian lama, rupa-rupanya Lela dah pandai berjalan! Gambar kat atas tu masa hari kedua dia boleh berjalan sendiri. Muka tersengih bangga aje dia setiap kali berjalan. Tu belum dia tepuk tangan untuk diri sendiri lagi. Ahahaha.... Memang kelakar. Tapi tak sempatlah nak upload gambar yang tepuk tangan untuk diri sendiri tu. Lain kali ye? Adik Lela mula berjalan semasa umur dia 1 tahun 11 hari. Tak champion lagi sebab Orked berjalan masa umur 1 tahun seminggu. Seri yang kalah sebab mula berjalan semasa berumur 1 tahun 1 bulan. Hehehhe.... Tapi yang pentingnya, semua boleh berjalan, Alhamdulillah.

Ok, semoga kita berjumpa lagi, dan Mummy takde hal lagi yang boleh menghalang Mummy dari update blog ini.

Tata titi tutu

Mummy Orked, Seri, Lela

Saturday, August 3, 2013

Iftar bersama PM

Semalam Orked, Mummy, Daddy dan ahli-ahli Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) lain telah dijemput untuk berbuka puasa di rumah Perdana Menteri Malaysia, di Seri Perdana. Orked rasa seronok sangat dapat bersama-sama RPWP pergi ke rumah PM. Itu kali pertama Orked dapat pergi ke rumah PM, dan dapat berjumpa PM. Kawan-kawan Orked macam Ali, dah pernah berjumpa dengan PM sebelum ni, tapi Orked belum lagi. Jadi Orked rasa seronok sangat. Tapi malangnya, Adik Seri dan Lela tak dapat ikut, sebab kecil lagi. Takut mereka tak dengar kata dan buat kacau di majlis PM pula. Takpe, bila adik-adik besar nanti, mungkin ada peluang lagi.

Jadi, Orked nak ucapkan terima kasih kepada PM kerana telah menjemput kami semua. Lain kali jemputlah lagi. He he he....

xoxo
Orked
by Mummy