Thursday, November 11, 2010

Ratu Kebaya Singapura


Baju ni kebaya pramugari Singapore Airlines versi budak kecik. Daddy beli masa pergi ke Singapura bulan lepas. Tapi saiznya besar sikit. So, cutting Orked tak nampak macam cutting pramugari-pramugari yg hot hot. Kalau masuk America's Next Top Model pulak, mesti judgenya akan komen yg tangan Orked hilang sebelah. Hehehe...

Tak kisahlah...

Dan kali ni Daddy pergi Singapura lagi. Baru bulan lepas pergi, bulan ni pergi lagi. Dah le sebelum ni ke India lama. Banyak betul Daddy berjalan tahun ni. Takpe, rezeki Daddy.

Yg bestnya, sekarang ni Daddy kalau jalan-jalan dah rajin beli baju untuk Orked. Orked dah ada beberapa koleksi pakaian dari negara berlainan. Sebelum ni Daddy ada beli kimono masa pergi Jepun. Pastu Daddy beli ni kat Singapura. Dan yg latest, Daddy ada belikan Orked saree dari India. Orked tak sempat lagi posing dengan saree sebab Nenek tengah basuhkan saree tu. Weekend ni Orked nak pergi rumah Nenek, dapatlah posing dengan saree pulak.

Lepas ni Daddy nak pergi negara mana pulak? Boleh tambah koleksi pakaian tradisional Orked. Bestnya... "Terima kasih Daddy beli baju untuk Orked".

xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, November 10, 2010

Tepuk Amai-amai

Adik ni suka nangis masa Mummy makan. Biasalah, baby kan? Diorang nak kasih sayang dan perhatian Mummy dia. Tak suka kena tinggal. Orked tau la, sebab masa Orked baby dulu Orked pun camtu. Hehehehe....

Jadi, Orked dah ada satu cara nak elak adik nangis masa Mummy makan. Nyanyi tepuk amai-amai untuk Adik dengan lagu yang dah diubah lirik ikut keadaan. Hehehhe....

xoxo

Orked

by Mummy

Tuesday, November 9, 2010

Daddy Orked Menang!

Semalam Orked pergi Panggung Bandaraya, kat Bangunan Sultan Abdul Samad depan Dataran Merdeka tu. Sebabnya, Daddy Orked ada award night. Daddy jadi salah seorang finalist untuk AYA Awards 2010, dalam kategori Asian Youth Ambassador's Most Outstanding Youth of 2010. Mummy, Orked dan Adik Seri semua pergi untuk support Daddy.


Ni masa menunggu kat luar, kat lounge. Orked baca buku program. Ada gambar Daddy besar kat dalam tu. Mummy tak ambik banyak gambar sebab Daddy tengah buat sound check kat dalam dewan.

Majlis tu start dengan persembahan nyanyi-nyanyi sket. Best jugak. Orked tepuk tangan sama-sama masa orang lain tepuk tangan.

Lepas tu ada bagi hadiah untuk kategori Youth Friendly Company. Hadiah yang ni dimenangi oleh AMCHAM-MACEE.

Lepas tu ada talkshow pulak, Chin Up oleh Kenneth Chin. Semua finalist AYA kategori yg Daddy tercalon naik ke pentas untuk talkshow tu. Daddylah salah seorang daripadanya. Masa Daddy bercakap, riuh rendahlah jugak dewan ketawa dan tepuk tangan dan oohh aaahhh. Apa ntah cerita lawak dari Daddy. Orked masa tu dah separuh sedar sebab dah ngantuk sangat... Tak dapat nak join audience yg lain. Tengoklah gambar kat atas tu, khusyuk semua orang dengar Daddy cakap.

Lepas tu, tibalah saat yang dinanti-nantikan, pengumuman keputusan. Semua finalist berdiri kat atas pentas tunggu pengumuman. Masa ni mesti Daddy tengah dup dap dup dap kan?

Dan pemenangnya ialahhhhhh..........





...... drum roll .........






DADDYYYYYYYYY!!!!!!


Wah.... Bukan Daddy je yang terkejut, Orked pun! Tak sangka Daddy yang menang, sebab yang lain semuanya best juga...

Daddy dapat hadiah.... Mula-mula skema je.... Terkejut lagi kot?

Pastu dah tak dapat control happy dah! Hehehehheheheh....

Yeahoooooo! Daddy Orked menanggggg!

Daddy menang! Daddy menang! Yeyeeeeyyy.....!

Lepas tu Daddy kena bagi speech. Sian, Daddy nangis masa bagi speech sebab sedih. Daddy teringat kat arwah Nenekkkk.... :(

Apa pun, Orked, Mummy dan Adik Seri baaaanggggaa sangat dengan Daddy. Kalau Daddy tak menang pun, Daddy dah menang di hati kami, sebab Daddy adalah Daddy yang paling best dalam dunia. Daddy menang, lagi lah berdouble-double Daddy menang di hati kami! Hehehhe... Orked loooovvveeee sangat Daddy.

Nanti Daddy dah free sikit, dah abis siap assignment sekolah, Orked mintak Mummy belanja Daddy ek? Hadiah kecik dari Orked, Mummy dan Adik Seri. :D

Tahniaahhhhhhhh my Daddy....

Muah muah to you....
Orked
by Mummy

Saturday, November 6, 2010

Playground

Playground ni dekat rumah Nenek. Kalau dari rumah Nenek boleh nampak playground ni jauuuuhhh....

Petang pertama sampai rumah Nenek, masa kat luar garden rumah Nenek:
"Rumah Nenek ada mainan...."

Isnin pagi on the way nak pergi kerja:
"Mummy, Orked nak main buai jiyu (buai laju-laju) kat jauhhh..."

Selasa pagi on the way nak pergi kerja:
"Orked nak main buai jiyuuuuuu...."
Exactly kat depan playground:
"Kat sinilah!"
Mummy: "Ok, hari ni Mummy balik awal ye, kita main buai kat taman"

Dan petangnya, dan petang esoknya, dan petang-petang seterusnya, Mummy balik kerja awal dan bawa Orked main kat playground. Bukan main buai jiyu aje, tapi main slide dan lain-lain juga.... Thank you Mummy!

Mula-mula panjat

Pastu sliiiideeee... Tapi ni slide kecik je....

Mari kita pergi ke slide yg berpusing-pusing pulak...

Kena panjat lagi

Dan lalu sini

Lalu sini juga

Dan turuuunnn.... Yg ni lagi best!

Buai jiyu pulak....

Tinggi-tinggiiiii, laju-lajuuuu

Mummy nak panning tapi tak berapa jadi

Yes, esok nak main lagi!
xoxo
Orked
by Mummy

Tuesday, November 2, 2010

Tidurlah Mummy

Daddy sekarang kat India. Kesian Daddy tido sorang-sorang. Jadi, Orked rakam lagu ni khas untuk Daddy. Tapi Daddy kena tukar dari Mummy kepada Daddy sendirilah. Kalau Daddy dengar sampai habis, confirm tertido...

1

xoxo

Orked
by Mummy