Thursday, September 30, 2010

Sehari dalam Hidup Orked dan Seri

Salam semua...



Video ni Mummy buat untuk Orked dan Adik Seri. Video ni ceritakan sebahagian daripada apa yg Orked dan Adik buat kat rumah hari-hari dengan Mummy. Hari-hari macam ni cuma berlaku masa Mummy cuti jaga Orked dan Adik kat rumah. Mummy dapat cuti 4 bulan, tapi dah nak habis dah. Lagi dua minggu Mummy dah habis cuti dah. Orked dan Adik kena tinggal dengan Mak Sofea masa Mummy kerja. Nanti Orked cuma boleh jumpa Mummy masa malam dan hujung minggu je. Sekejap je....

Hmm... Mula lah Orked nak sedih nih.....

xoxo
Orked
by Mummy

Saturday, September 25, 2010

Orked dan Mummy

Orked baru jumpa gambar Mummy masa lebih kurang sebaya dgn Orked dulu. Nenek yg upload gambar tu kat facebook dia. Selalunya bila orang tengok gambar Orked atau jumpa Orked in person, semuanya akan kata sebiiijjjjjiikkk macam Daddy. Muka sama, dan personaliti pun sama. Ada yg kata cara Orked jalan pun sebijik cam Daddy. Hhehehe... Pelik tapi benar. Tapi bila tengok gambar lama Mummy ni, Orked rasa muka Orked sebijik dgn Mummy masa kecik dulu pulak.


Hmm.... Apa pendapat yg lain? Boleh tau tak mana Mummy dan mana Orked? Sama tak muka kitorang? Hehehhe
xoxo
Orked
by Mummy

Friday, September 24, 2010

Marang Kita

Last weekend Daddy bawak Orked, Mummy dan Adik Seri pergi Cherating dan Marang. Cherating dan Marang ni terkenal sebab pantainya cantik. Ada air laut biru, pasir putih dan pokok kelapa melambai-lambai.

Bila Orked nampak je laut dan pantai, Orked terus excited. Ajak Daddy nak berenang. Tapi.... Sekali Orked pijak je pasir, Orked terus menangis kuat-kuat. Rupa-rupanya Orked takut pasir! Kena je pasir kat kaki Orked akan menangis. Pastu dah tak nak jalan. Daddy letak Orked kat tengah-tengah pasir, Orked nangis je, tak bergerak ke mana-mana pun. Heheh... Orked pun tak tau kenapa. Dari kecik macam tu. Masa kat Perth dulu takut pasir. Mummy ingat sebab Orked baru pandai jalan, tak stabil lagi, dan pasir pula tak rata. Tapi masa kat Penang pun takut pasir jugak. Dan sekarang, takut pasir lagi... Hm....

Lepas tu Mummy dan Daddy ajar Orked suruh Orked ulang-ulang cakap. Sepanjang masa Orked akan ulang-ulang, macam mantera pulak.

Pasir baik...
Lembuuuuttt jeee...
Haaaluuuusss jeeee....
Kalau jatuh tak sakit....
Jangan takut pasir....

Orked memang akan ulang-ulang cakap tu. Tapi.... Bila kaki terkena pasir, hilang semua mantera. Nangis jugak! Huhu... Lupa yg Mummy cakap pasir tu halus, jangan takut pasir. Hishhhh....

Tapi dalam takut-takut pasir pun, banyak gak Daddy dapat ambik gambar Orked yg cantik-cantik, kat kawasan yg takde pasir. Heheh... Mummy ada buat slideshow sebab gambar banyak sangat. Tengoklah ye? But of course, gambar nangis Orked tak bagi Mummy letak! :D







Orked harap lain kali bila Orked pergi pantai lagi, Orked dah tak takut pasir. Barulah boleh main pasir, timbus timbus badan dalam pasir, macam orang lain buat, kan?

xoxo

Orked

by Mummy

Tuesday, September 21, 2010

Raya 2010 - Muar

Orked sambung cerita Raya Orked yea?

Lepas beraya di Tementi dgn Atuk Nang, Orked dan family terus ke Batu Pahat sebab destinasi raya seterusnya ialah kampung Orked kat Panchor, Muar pula. Atuk, Nenek dan Cik Yana pun dah ada kat Batu Pahat, dan akan ke Muar sama-sama. Panchor ni kampung Oyang Orked sebelah Mummy. Namanya Oyang Sipon.


Pagi-pagi sebelum bertolak, breakfast dulu kat hotel tempat Orked bermalam. Orked breakfast sama-sama dgn Atuk juga. Masa cuti-cuti raya kat Muar kali ni, Orked jadi cucu Atuk. Orked banyak ikut Atuk, makan dgn Atuk, dan naik kereta pun dgn Atuk. Tak nak dah naik kereta dgn Daddy.


Bermalam kat Batu Pahat sebelum ke Muar ni ada sebabnya. Sebenarnya, Mummy Orked ada adik bongsu lelaki, tapi umurnya tak panjang, sampai 4 tahun je. Kubur Arwah Pak Su Orked ni ada kat Kampung Parit Jelutong. Jadi, kami semua ziarah pusara Arwah Pak Su dulu.


Kecik je kuburnya sbb Arwah Pak Su dulu pun kecik je orangnya. Umur pun tua sikit je dari Orked masa Arwah hidup dulu. Mesti Arwah Pak Su sekarang ada sama-sama dgn Arwah Nenek Ros Orked kan?


Sampai je kat Kampung Jawa, Panchor, kami semua terus pergi ke rumah Oyang Su. Oyang Su ni Atuk sedara Mummy. Orked pun dah tak pasti camne hubungannya. Kena cek dgn Nenek nih.


Mula dari rumah Oyang Su, Orked telah ditugaskan oleh Nenek utk bagi duit raya.


Lepas tu barulah Orked pergi ke rumah Arwah Oyang perempuan Orked. Rumah tu dah takde orang tinggal. Cuma masa hari raya je Atuk-atuk dan Nenek-nenek Orked sekeluarga berkumpul kat situ.


Atas, gambar keluarga kecil Orked. Bawah, gambar keluarga sederhana Orked.



Atas, gambar keluarga besar Orked, yg ada Daddy takde Nenek. Bawah, gambar keluarga besar Orked, yg ada Nenek tapi takde Daddy pula.


Patutnya ramai lagi ahli keluarga, sebab Atuk ada 10 orang adik-beradik. Tapi, ini je yg ada masa Orked ke sana masa tu. Ada yg dah balik dah dan ada yg belum sampai lagi.

Kat Panchor, Orked jumpa pulak cari dan ambik gambar dgn ketupat daun kelapa.


Makan-makan dgn Atuk.


Duduk tepi tingkap. Tingkapnya cantik, cerminnya colourful! Yg ni hijau.


Dan destinasi terakhir kat Panchor ialah ke rumah Oyang lelaki Orked. Rumahnya tak jauh dari rumah Arwah Oyang perempuan Orked. Jalan kaki je. Oyang Sipon ni nampak garang orangnya. Tak tau lah betul-betul garang ke, nampak je garang. Orked kena tanya Atuk. Tapi, Orked tak berani nak pergi dekat sangat.

Gambar ni gambar 4 generasi - Oyang, Atuk, Mummy dan Orked dan Adik Seri.


Masa kat rumah Oyang Sipon, dapat pulak jumpa Nek Su (Nenek Zana) yg baru sampai. Nek Su ni adik bongsu Atuk Orked.


Dan itulah aje program raya Orked dan keluarga kat Kampung Parit Jawa, Panchor, Muar Johor. Gambar-gambar ni hampir kesemuanya diambil oleh photographer keluarga Orked, iaitu Nenek! Hehhehe... Daddy pulak, dah jadi videographer keluarga. Tunggulah video raya kami dari Daddy nanti. Banyaaaaaakkkkk sangat lagi gambar sebenarnya. Nenek ada letak kat album facebook Nenek. Kalau nak bolehlah tengok.

Itu saje dulu.

xoxo

Orked
by Mummy

Thursday, September 16, 2010

Happy Birthday Adik Seri...

..... yang ke-tiga bulan, semalam. Hehehhe....

Semalam Adik Seri dah pun selamat menjejaki usia 3 bulan. Alhamdulillah, sihat walafiat. Walaupun Orked selalu cium dan penyet dia, dia masih lagi berjaya menggemuk dan menyihatkan diri. Heheh... *sib baik*


Masa umur 2 bulan setengah hari tu, Adik Seri dah berat 5 kg. Sekarang ni dah lebih sikitlah kot. Pencapaian Adik Seri setakat ini ialah dia dah mula pegang dan main dgn tangan dia sendiri. Hihi... Apelah Adik Seri ni, baru sekarang dia sedar dia ada tangan! :p

Pastu Adik Seri juga telah boleh angkat kepala dia tinggi sikit. Ni gambar 2 minggu lepas. Sekarang ni dah lebih tinggi dan lebih lama dia boleh angkat kepala. Tapi masih belum 90 darjah lagi, dan masih belum boleh bergolek lagi, walaupun Orked dan Mummy selalu main "tergolek, tergolek" dgn dia.


Selain itu, Adik juga semakin petah "berbicara" kalau kita cakap dgn dia. Tapi bunyi yg keluar dari mulut dia setakat ini ialah "waaa' aaaa...." yg Orked pun tak tau apa maknanya. Kalau dia gembira, dia akan senyum. Kadang-kadang dia akan ketawa keluar bunyi. Best bila dia ketawa keluar bunyi sebab kalau tak keluar bunyi nampak kelakar. Ada ke dia ketawa menyeringai nampak gusi takde gigi sambil takde bunyi! Hahaha... Mestilah kelakar.


So, Adik. Kak Orked nak wish kat Adik Happy Birthday yg ke-3 bulan. Tunggu birthday yg ke-1 tahun baru boleh ada b'day cake ey?

Lots of love from
Orked
by Mummy

Wednesday, September 15, 2010

Raya 2010

Selamat Hari Raya semuaaaa!
Camne raya? Orked punya bessstttttt!

Raya pertama Orked beraya di kampung Atuk Nang di Tementi, Pahang. Orked bertolak ke sana selepas Subuh. Tapi itu plan Daddylah, nak bertolak lepas Subuh. Last-last matahari dah naik baru bertolak. Yelah, Orked nak bermake-up nak pakai baju Raya je dah berapa lama dah... Tu belum Adik Seri dan Mummy lagi. :D

Sampai-sampai je, Daddy bawak Orked tengok kubur Nenek. Ini kubur Nenek Ros, Nenek yg Orked tak pernah jumpa. Bukan saja tak pernah jumpa, Nenek tak pernah tahu pun yg Nenek akan dapat cucu perempuan macam Orked. Daddy cakap, Nenek teringin sangat nak cucu perempuan sebab masa tu Nenek baru ada cucu lelaki saja, Abang Ippi. Tapi, umur Nenek tak panjang.... :( Tak sempat jumpa Nenek...

Orked baca doa untuk Nenek

Lepas tu barulah pergi ke rumah Atuk. Lepas salam-salam, peluk-peluk dan bermaaf-maafan, terus ambik gambar keluarga dulu, sebab Mummy-mummy dah nak bukak tudung bila masuk rumah.

Ini keluarga Pak Long. Ada Pak Long, Mak Long, Abang Ippi dan Alip.

Ini semestinya gambar keluarga Orked. Daddy Orked anak nombor dua dalam keluarga.


Ini pulak Pak Lang, Mak Lang dan Adik Umar Arjuna. Adik Umar umurnya satu tahun.


Dan ini pulak Pak Usu Orked. Orked temankan Pak Usu sebab dia sorang-sorang je, belum ada keluarga lagi.... Hehhee.... Pak Usu kata tahun depan dia ada keluarga. ;)


Dan, inilah keseluruhan ahli keluarga Atuk Nang. Nenek Rohaya, Cik Aina dan Cik Amin je takde sebab tinggal di Felda Soeharto jaga Oyang...

Dah siap ambik gambar keluarga, barulah Orked bebas main keliling rumah dgn cousins Orked. Bukan selalu dapat jumpa diorang ni tau! Seronokkkkk.... Sebab laman rumah Atuk luasssss.....!

Yg paling best, main dgn Alip lah. Alip tua beberapa bulan drpd Orked. Tapi main dgn Alip Orked kena hati-hati sikit sebab Alip suka sakat Orked. Huuuu...


Kat belakang rumah Atuk pun luas. Ada macam-macam pokok Orked jumpa...


Abg Alip cakap, ini buah pisang. Eh, Orked tau lah... Macamlah Orked tak pernah makan pisang. Orked tak pernah tengok pisang kat tandan jee.... :D


Adik Umar dan Adik Seri tak boleh jalan lagi. Jadi diorang lepak kat atas kerusi je tengok orang lain main...


Dah penat main kat luar, main kat dalam pulak...


Posing tepi pintu satu!


Abg Ippi ajar Orked cara nak buat 'peace'. Hihi, baru nak belajar!

Itu sajalah dulu liputan Raya Orked. Nanti sambung lagi sebab petang tu semua beredar ke tempat lain pulak. Orked dan keluarga pergi ke Batu Pahat sebab esoknya nak beraya di Panchor, Muar pulak. Panchor tu kampung Oyang Orked sebelah Mummy.

Love from us, muah muah!



Orked

by Mummy (pictures by Mummy & Daddy)

Wednesday, September 8, 2010

Biskut Cornflakes Madu untuk Hari Raya

Assalamualaikum...

Hari ni Orked dan Mummy buat biskut raya. Lagi dua hari nak raya baru nak buat biskut raya.... Apalah Mummy nih.... Tapi, Orked ada sebab kenapa lambat sangat buat biskut raya ni. Nanti Orked bagitau...

Okey tuan-tuan dan puan-puan. Chef Orked nak sharekan cara-cara membuat biskut raya yg istimewa hari ini, biskut corflakes madu yum yum....

Mula-mula, aturkan papercups ke dalam dulang...


Lepas tu, letakkan adunan cornflakes bermadu ke dalam papercups tu. Pastikan tangan dah dibasuh ye, kalau nak guna tangan. Untuk resepi adunan cornflakes tu kenalah tanya kat Mummy saya sebab saya chef budak kecik je, tak boleh main api. Takpun, boleh google kat internet. Hehehe... Oh ya, untuk chef kecik macam saya, kenalah berdiri atas kerusi...

Kalau dah penat sebab banyak sangat biskut nak buat, bolehlah duduk. Tapi susah sikitlah ye nak mencedok cornflakes ni, tuan-tuan dan puan-puan.


Pastu masukkan benda kecik berwarna-warni ni bagi cantik. Jangan letak terlalu banyak, nanti Mummy marah...


Bila dah siap semua macam ni, bakar dalam oven selama 5-10 minit. Kalau kecik lagi, minta Mummy yg buatkan ye? Oven hot!


Dan inilah biskut yg telah dibakar. Saaaamaaa je nampak! Ntah, lagi sedap kot bila dah bakar?


Sebelum dihidangkan kepada tetamu yg bakal datang raya kat rumah, pastikan tuan-tuan dan puan-puan rasa dulu biskut raya yg dibuat tu. Tak sedap maluuuuu! :D


Okeh, pass! Sekian dari dapur Chef Orked. Ini Orked nak buat tanda good, tapi tak pandai lagi. Hehehhe...


Kalau nak merasa biskut yg Orked buat ni, jemputlah datang raya kat rumah. Tapi jangan tunggu lama-lama, takut lesap. Biskut ni favourite Mummy nombor satu. Orked jamin, bukak puasa nanti suku Mummy telan. Heheheh.... Sebab tu la tak boleh buat awal-awal, nanti tak sempat raya! :D

Selamat Hari Raya semua....... Orked minta maaf kalau selama ni ada penulisan di blog Orked yg tak sesuai ataupun sakitkan hati sesiapa. Berhati-hati di jalanraya.


Tata titi tutu....


xoxo
Orked
by Mummy

Sunday, September 5, 2010

Photomama 02

Semalam Orked pergi ke workshop Photomama Daddy lagi. Cam biasa, Orked dan Adik Seri kena jadi model untuk aunty-aunty ambik gambar. Kalau sesi yg lepas Adik je yg jadi model sebab Orked tido dan muka comot bila bangun tido. Kali ni Orked dah bijak sikit. Orked tido awal sikit, dan bila time ambik gambar tiba, Orked bangun dan basahkan muka dan rambut dan sikat rambut comel-comel. Mood Orked pun OK sebab dah cukup tido. Akhirnya, dapat le Orked join Adik jadi model. Takdelah Adik penat jadi model sorang-sorang sebab Orked pun ada sama...


Orked tengok ada banyak gambar Orked dan gambar Adik Seri yg cantik-cantik kat kamera aunty-aunty masa workshop tu. Kat kamera Mummy takde gambar sebab Mummy kena jadi ejen dan penyelia model. Jadi, Orked tunggu aunty-aunty (dan Nenek dan Cik Yana) upload gambar yg diorang ambik kat facebook atau blog masing-masing untuk Orked tengok dan linkkan supaya Orked boleh tengok balik bila Orked besar nanti.
Oh, lupa pulak. Workshop kali ni, Cik Yana dan Nenek join sekali. Tu yg jadi best tuuuu.... Hehhehe...
Tak sabar nak tengok gambar Orked dan Adik Seri.
xoxo
Orked
by Mummy

Thursday, September 2, 2010

Orked dan Adik

Assalamualaikum...

Dah jarang ek Orked update blog? Orked dah tak tau nak cerita apa lah... Sebab hari-hari Orked buat benda yg lebih kurang sama je.... Buat notty.... Kacau Adik.... Mummy marah.... Tu je lah.... Hehehe....

Ni Orked nak share satu video. Tp ni bukan video Orked kacau Adik lah... Ni Mummy yg letakkan Orked baring dgn Adik... Depan tu Orked cuba nak nyanyi lagi I Love You, tapi belum pass lagi... Dan Orked mmg selalu macam ni lah.... Selalu nak cium Adik, tapi last-last Adik dan Mummy marah Orked sebab Orked cium sampai Adik sakit.

Tata... Titi... Tutu...

xoxo

Orked

by Mummy