Tuesday, May 25, 2010

Daddy Orked ajar Auntie2 ambil gambar

Semalam daddy Orked buat pelancaran Akademi daddy. Orked tak ikut pasal daddy letak nama akademi tu Saiful Nang Akademy of Photography, tapi kalau daddy letak nama ORKED Academy of Photography mungkin orked kena pergi tengok lah. Apapun Orked nak ucapkan tahniah kat daddy Orked. Dah 7-8 bulan daddy balik rumah terus buka laptop buat kerja. Daddy buat content semua akademi tu sorang-sorang jer. Kesian daddy. Dah lepas semua tu daddy buat, daddy lagi tak tidur pasal nak pastikan portal akademi daddy tu berfungsi.

Semalam daddy dapat tidur nyenyak sikit. Pasal 5 minit sahaja lepas daddy announce kat facebook. 2 workshops daddy penuh. 1 workshop kat Sabah, 1 lagi nak tau workshop apa??

PHOTOMAMA!!!

Daddy cakap, orang taknak ajar auntie2 ambil gambar, jadi daddy nak ajar dengan cara yang paling senang sekali. Sebab tu keluar 5 minit jer dah penuh. Macam goreng pisang betul. Hari ni daddy Orked buat lagi 1 session untuk Photomama, tapi kali ni jatuh masa bulan puasa pulak. Nak buat macammana, bulan yang tak puasa daddy Orked sibuk orang kahwin pulak.

Mummy semua boleh beli ticket ONLINE jer kat link bawah ni atau pergi ke www.snap.com.my

Cepat auntie-auntie semua, ni macam goreng pisang jugak nanti. Orked nak pergi jugak workshop daddy ni. Orked nak jadi model. Lagi satu kali ni Orked tolong promote sekali pasal gambar Orked pun ada kat dalam ni. Bestnyaa....

Cepat ye auntie2 semua. Lepas ni boleh letak gambar anak-anak auntie semua best-best kat dalam blog ke facebook ke. Bestttt....

Ok lah...ini detail nya ye...



..................................................................................................................

Instructor : Saiful Nang, MPA(UK) <------ DADDY ORKED NI.

Date :

25 July 2010 (PENUH)

4 Sept 2010 (Masih ada kekosongan)

Venue : SNAP gallery, Puchong (no.62-5 Jalan OP 1/5, One Puchong (next to Binary University).

Objective : To give the essential knowledge for mothers who love taking pictures of their children, family or even their travel photos.

Brief :

How to be the greatest photographer mom in capturing their own baby or other’s baby pictures for side income or as a hobby. This workshop is specifically designed for mothers and future mothers (however, dads can join this too) but the subject for this workshop will be definitely be CHILDREN. Learn the art in capturing infant, toddler and even family portrait. If you are still shooting using auto or “P” mode with your dSLR, you should give a go for this workshop. It will give you so much fun in learning from the basic in handling camera to shooting just like a Pro

Duration : 1 day

Pre-requisite : No

Subjects to cover :

  1. Basic Photography in a Glance
  2. Camera Handling
  3. Fundamental of The Art of Seeing
  4. Light Sense
  5. Creative Arrangement
  6. Basic Speedlight Control
  7. Practical Session

Size of class : 20 pax maximum per session

Fees : RM550 (Promo RM350)

Gifts :

  1. T-Shirt
  2. Lunch
  3. Certificate of Attendance

Learning method : Coaching

GET TICKET HERE

Sunday, May 23, 2010

Nenek dan Atuk Nang Datang Rumah

Atuk Nang dan Nenek datang tido di rumah Orked Jumaat lepas. Yang bestnya, Atuk dan Nenek bawak beberapa ekor ikan patin sekali. Ikan patin ni makanan kegemaran keluarga Orked. Yang paling minat ikan patin ni siapa lagi kalau bukan big boss keluarga Orked, iaitu Daddy. Tapi sekarang semua dah suka ikan patin, terutamanya Orked. Tapi kami cuma suka ikan patin sungai je. Ikan patin kolam kami tak suka sebab isinya kurang sedap.

Lagi best Nenek dan Atuk datang kali ni ialah sebab Nenek siap masakkan Orked ikan patin untuk makan tengahari. Nenek masak dua jenis... Ikan patin masak tempoyak dan ikan patin goreng sambal. Uhhhhh.... Best giler. Sedap sangat. Oooppsss... Mummy masak pun sedap jugak (nanti Mummy kecik hati pulak, tak mo masak dahh.... ) cuma Nenek masak lagi sedap. Tapi hari tu Orked tengok Mummy dah belajar dari Nenek camne nak buat macam Nenek buat.

Sebelum balik, Orked hug dan kiss Atuk dan Nenek banyak-banyak sebab nak cakap terima kasih datang. Selain tu, Orked jugak ada tujuan lain, nak politik supaya Atuk dan Nenek datang selalu. Hehhehehe.... Harapnya berjaya lah....

Inilah dia Atuk Nang dan Nenek Orked


Nenek kissed Orked sebelum balik

Dan Orked pun hug Nenek


Kissed Atuk pulak, kissed guna pipi

Pastuuuu....

Atuk telah menyalahgunakan janggutnya yg tajam untuk geletek Orked...

Atuk! Gelilah! Tollonngg.....!

Confused: apsal Atuk pulak yg ketawa besar? Atuk pun geli ke?

To Atuk dan Nenek, nanti datang lagi ye?
xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, May 19, 2010

Cuti-cuti Port Dickson

Dua weekend yg lepas, Orked, Daddy, Mummy, Atuk, Nenek dan Cik Yana holiday di PD. Inilah kali pertama Orked holiday sama-sama dgn Atuk, Nenek dan Cik Yana. Sebelum ni Orked cuma pernah holiday dengan Atuk dan Nenek sebelah Daddy je.

Kali ni entry holiday Orked banyak gambar, sebab Daddy rajin ambik gambar. So, Orked akan biarkan gambar yg bercerita. Enjoice! :D

Masa mula-mula tiba. Cik Yana sampai lambat sikit sebab dia kena pergi work dulu.

Orked, Mummy, Atuk dan Nenek

Orked dan Mummy bersidai tepi tingkap kat bilik.

Mummy ambik kesempatan geletek Orked. Yelah, Mummy suruh senyum Orked tak senyum, Mummy pun geletek la bagi nampak gigi Orked.

Katil yg besar. Wooowww wwweeeee.... Orked masih lagi tak pandai lompat tinggi. Lompat kaki masih jejak tanah. Hehehe....

Ini sink ke bath tub Daddy? Kenapa letak Orked kat sini?

Orked posing celah pokok. Baju ni nenek baru beli kat Bangkok, terus nak pakai!

Atas kereta lembu. Tapi tak gerak sebab lembunya takdeee...

Time nak mandi kolam, yeahhoooo! Orked dah siap-siap bawak pelampung, nak ajak Daddy teman.

Tak reti berenang pun, tapi seronok splash air, terutamanya kat muka Daddy! Hihihi....

Splash air dgn bersungguh-sungguh...

Bergayut kat Nenek dan Cik Yana. Orked memang suka bergayut macam ni.

Relaks-relaks kat beranda dgn Daddy sambil menikmati udara segar kat pantai PD.

The next day, on the way nak gi breakfast.

Lepas breakfast pergi playroom. Ooo... Banyaknya bricks nak main!

Ambik sendiri kerusi nak duduk.

Eh, bukan untuk duduk, tapi untuk panjat! Jauuhh... Tak sampai...

Nenek ajar cara nak pasang bricks.

Camni ke Nenek?

Saaayaannggg Adikkkkk...!

Lepas breakfast hujan turun mencurah-curah, Orked tak dapat nak pergi pantai dan feed rabbit. Jadi, Orked pun mainlah hujan...

Best jugak. Daddy kata Orked tak boleh takut hujan. Daddy dulu budak kampung selalu main hujan, badan pun jadi tough. Jadi Orked pun kena praktis main hujan.

Dancing with Daddy under the rain.

Masuk bilik terus mandi, dannnnnnn praktis lompat lagi! Oopsss... Sib baik towel tak tanggal. Hihihi....

Hujan tak berhenti sampai tengahari. Huhuu... Duduk ajelah dalam bilik sampai kena suruh balik.... :( Orked sebenarnya sangat kecewa sebab tak dapat pergi pantai dan tak dapat feed rabbit. Orked dah look forward sangat.... :(

Weekend Orked kat PD tu juga sebenarnya adalah Hari Ibu. Jadi, Orked ambik kesempatan ucap Selamat Hari Ibu kat Mummy dan Nenek.

Happy Mother's Day Mummy. I loooovvveee uuuuu sangattt!

Itu je lah cerita Orked.
Tata titi tutu
xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, May 12, 2010

Pipi Itu Aurat


Isi perut dulu dalam kereta

Mana Mummy, tak bawak-bawak lagi makanan Orked ni.... Sib baik dah isi perut sikit tadi...


Sabtu lepas ada kenduri cukur jambul uncle Orked. Betul, uncle Orked, Uncle Mikael. Uncle ni anak kepada Nek Su dan Tok Su Orked. Walaupun dia kecik dari Orked, Orked masih kena panggil dia Uncle.

Disebabkan nak pergi kenduri doa selamat, Orked pun pakailah baju kurung dan tudung. Kat sana nanti ada orang nak marhaban, baca doa, dan macam-macam lagi. Jadi, kalau pakai baju seksi-seksi tak sesuailah kan?

Tapi kan, Mummy cakap Orked tak tutup aurat betul-betul lagi. Orked pun dah confused. Dah pakai baju kurung, dah pakai tudung, apa lagi yg kurang? Ha, nak tau Mummy cakap apa? Mummy kata antara aurat paling besar Orked ialah pipi Orked. Sebabnya, bila orang tengok pipi Orked, orang jadi geram. Orang nak cubit-cubit. Orang nak gigit-gigit. Orang nak cium-cium. So, Orked sepatutnya tutup pipi Orked, pakai purdah. Hahahhahaha... Macam-macam lah Mummy ni. :p


Okay, chow chin chow. Orked dah nak pergi work....


Muah Muah....


Orked
by Mummy


p/s: Takde gambar dgn Uncle Mikael sebab Orked balik awal sebelum majlis habis. Orked ada nak pergi tempat lain pula. Ke mana, tungguuuuuu.....!

Thursday, May 6, 2010

+/- 40 Hari Saja Lagi...

dan Orked akan jadi kakakkkkk.......!

Ini gambar adik Orked masa sebulan yg lepas. Masa tu umur dia dalam tummy mummy dah 30 minggu. Masa ni Dr kata berat dia 1.4 kg. Orked seronok tengok gambar adik Orked ni. Nak tau kenapa? Sebab... Orked rasa muka dia nanti macam Orked lah! Tengok tu, boleh nampak pipi dia kembong! Hihihi... Dan dagu dia ciput... Macam Orked. Bila besar nanti mesti orang akan kata macam kembar, lagi-lagi kalau pakai baju yg sama.


Yg ni pulak adik Orked hari Jumaat yg lepas, umur dia 33 minggu dalam tummy mummy. Wah, adik Orked dah semakin besar, dah 2.0 kg. Wow, dalam masa 3 minggu dia dah naik 600 g. Patut la Mummy nampak cam berat je bawak tummy tu. Cian Mummy. Tummy Mummy pun, makin hari makin booolat.


Orked sebenarnya berdebar-debar nak jadi kakak ni. Tak lama dah ni, +/- 40 hari je. Pejam celik, pejam celik, dah adik lahir nanti. Orked tak tahulah boleh jadi kakak yg baik ke tak. Tapi Orked memang akan usaha sedaya upaya Orked. Orked dah praktis dah tidokan adik. Orked praktis kat teddy bear Orked. Pastu Mummy cakap juga, nanti bila adik minum susu, Orked kena banyak bersabar dan tahan dugaan. Uuhhh... Part tu Orked kena kuatkan semangat. Takpe, Orked dah mahir sangat dah minum susu botol. Hmm... Apa lagi kakak kena buat ye? Tapi Orked memang sayang kat adik. Hari-hari Orked akan cium tummy Mummy, tepuk-tepuk tummy Mummy, dan panggil Adik. Orked nak Adik kenal suara Orked. Nanti dah keluar Adik tau yg Orked ni kakak dia....


Orked excited....
Orked tak sabar...
Nak tunggu Adik keluar....
Tapi,
Orked berdebar-debar juga....
Dup dap dup dap.....

40 hari saja lagi.....



xoxo

Orked
by Mummy



Monday, May 3, 2010

Orked dalam Pa & Ma lagi

Hari ni Orked dapat hadiah dari Daddy. Daddy belikan Orked meja dan kerusi study! Wow, best sangat. Masa kat kedai, masa test, Orked dah excited. Bila Daddy tanya suka ke tak, terus Orked angguk dan jawab, "Sukaa!", dan tersenyum lebar.

Bila kat rumah, Orked tak sabar sangat tunggu Daddy bukak dan pasang meja Orked. Orked siap tolong lagi Daddy pasang skru supaya cepat siap. Bila dah siap, "Yeayyyy!" Orked jerit dan cakap terima kasih kat Daddy.

Lepas tu Mummy bagi satu lagi surprise kat Orked. Wah, macam birthday pulak, ada banyak surprise. Masa birthday pun Orked tak dapat surprise banyak macam ni.

Mummy suruh Orked baca buku. Tajuk buku tu Pa & Ma bulan Mei 2010.

Orked pun beleklahhhh... Nak baca tak reti, tengok gambar ajelah.....

Pastu tetiba......


Eh, ada Orked dan Mummy lahhhh! Wahhhhhh.... Orked masuk majalah sekali lagi rupanya... Iklan pun iklan lah, janji masuk majalah. Hehehhe....


Majalah ni tentang produk baru, print gambar atas kanvas. Kalau dulu-dulu kita print gambar dan framekan, lepas tu gantung kat dinding kan? Tapi kali ni lagi best, gambar tu boleh diprint kat atas kanvas, dan lepas tu boleh gantung kat dinding. Cantik tau canvas print nih. Lepas tu dia tahan air, kena air pun tak rosak. Bentuk dan saiznya pun macam-macam. Boleh besar, kecik, panjang, pendek. Macam-macam lah! Nak beli pun senang, online je. Lepas tu orang courier datang hantar ke rumah. Tak payah pergi kedai. Kalau nak tau camne nak beli, bolehlah tengok diiiii....




Jom tengok apa ada kat sana! Dan jangan lupa, tengok juga gambar Orked kat Pa & Ma ye?

Tata titi tutu....

xoxo

Orked
by Mummy