Saturday, August 22, 2009

Berchtesgadener Land, Germany

Hai semua,

Bersambung lagi dgn siri jalan-jalan Orked. Ini adalah siri kedua last sebab ini dah hari-hari terakhir Orked di sana. Kali ini di Berchtesgadener Land, Germany. Tempat ni terletak di sempadan Austria. Mummy baca kat dalam travel guidenya, dia tulis kat situ yg tempat ni adalah tempat yg paling cantik di Germany. So, mestilah kena pergi situ.

Tempat tu memang cantik pun. Dalam perjalanan ke situ ada lalu sikit German Alpine Road. Jalan tu lalu celah-celah hutan alpine. Cantik lah. Berchtesgadener Land tu pulak, ada scenery kampung tradisional berlatarbelakangkan gunung-gunung. Cantik. Cuma masalahnya, Orked baru je balik dari Switzerland yg viewnya memang wow! So, jadi kurang cantik pulak tempat ni. Jalan-jalan kat Switzerland memang dah spoilkan mata Orked dan Mummy dan Daddy. Jadi tak cantik pulak tempat lain bila dibandingkan dengan Switzerland tu. Kalau pergi tempat ni dulu, mesti rasa cantik gila. Bila balik rumah, Mummy tengok balik gambar-gambar kat internet, cantik pulak. Hehhe...

Masa sampai kat sana, hari Ahad pagi. Lengang je pekan tu. Rupanya orang pergi ke gereja. Ni jumpa seorang rakyat tempatan dgn pakaian tradisional diorang. Diorang pergi gereja pakai pakaian tradisional. Macam kat Malaysia kita pergi masjid pakai baju kurung dan baju melayu lah...


Kat town tu juga ada satu royal castle. Orked cuma tengok luar castle tu je, tak masuk sampai dalam-dalam. Mummy suka pokok bunga ros tu... Mummy kata, tingkap rumah-rumah kat kawasan selatan Germany ni macam tingkap rumah Lego yg Mummy main masa kecik-kecik. Orked belum boleh main Lego lagi sebab nanti Orked telan. Besar sikit nanti Mummy kata dia belikan.


Lepas keliling town, kitorang naik ke satu kawasan nama Maria Gern. Kat situ ada Maria Gern church. Cute je rumah-rumah kat situ kat kaki gunung.


Orked tumpang rehat atas kayu api.


Salah satu rumah kat sana. Rasanya ni guesthouse kot.


Ini churchnya. Pergi sini sebab ada gambar ni dalam guidebook Mummy.


Orked balance kan badan. Don't worry, Mummy ada kat sebelah Orked. :)


Ni pun guesthouse yang cute lagi. Selain dari tingkap, ciri-ciri tipikal rumah kat selatan Germany ialah ada beranda kayu, dan ada bunga-bunga comel kat beranda tu.


Papan tanda yg comel.


Itu sahajalah aktiviti kat Berchtesgadener Land. Episod last ialah gambar dan cerita Orked di Munich, Germany. Oh ya, lupa pulak. Perasan tak, dahi Orked dah takde plaster besar? Yeah, plaster dah buka sebab luka dah kering...
See you.
Luv,
Orked
by Mummy

Wednesday, August 19, 2009

Orked 1 tahun


Ini Orked masa berumur 4 hari . Daddy ambik gambar ni. Masa ni Orked tak pandai buat apa lagi. Daddy cakap kalau Orked nangis pun macam tak dengar jer tapi sekarang Orked dah pandai nangis macam Soprano singer daddy cakap (Soprano tu apa ek?).


Ini di tempat yang sama macam gambar pertama tu...tapi tengok kaki Orked dah sampai tak muat dah. Dah terjuntai ke bawah dah. Maknanya..Orked dah besarrrr dahhh! Besok (Khamis) Orked akan cukup 1 tahun. Yeyehhhh. Daddy dan mummy tak buat party pun, pasal mengingatkan ramai baby-baby lain terkorban kerana H1N1 dan jugak baby2 macam Orked yg mati di Gaza haritu, daddy dan mummy tak sampai hati nak buat birthday gilang gemilang. Cukuplah setakat nanti jemput atuk dan nenek-nenek, auntie Yana, Paklong, Maklong, Paklang dan Maklang (dan anak maklang dalam perut) dan juga Pak Su. Tarikhnya tak tau lagik bila, mungkin bukan besok lah pasal Orked sibuk besok, ada appointment dengan Doktor. Lagi 1 birthday Orked besok cuma nak spend masa dengan mummy dgn daddy jer lama-lama.

Lagipun Daddy baru balik dari London semalam. Seronok bila daddy balik dari London terus Orked tunjukkan skill baru Orked. Sekarang Orked dah pandai berjalan few steps dahhhh. Daddy seronok tengok Orked dah mula berjalan. Itu kira hadiah Orked kat daddy dan mummy lah sempena Orked cukup 1 tahun. Nak beli apa2 untuk mummy dan daddy Orked pun belum kerja lagi dan takde duit lagik nak belikan.

Oke lah semua. Orked nak balik dah ni. Babaiii

ORKED

Sunday, August 16, 2009

Salzburg, Austria

Tempat yg seterusnya Orked pergi ialah Salzburg, Austria. Salzburg ni terkenal dgn dua perkara; Mozart dan The Sound of Music. Kat sinilah tempat kelahiran dan tempat membesar Mozart dan kat sinilah tempat penggambaran filem The Sound of Music.

Masa mula-mula sampai, park motorhome kat Parkhaus. Kemudian jalan sikit masuk ke city centre.


Ini di jalan yg paling sibuk dan paling mahal (kedai-kedainya) di Salzburg, Getreidegasse Lane. Rumah Mozart pun terletak di jalan ni.

Ini kedai souvenir. Comel-comel je souvenir sini. Ada banyak barang berkenaan Mozart dan The Sound of Music kat sini. Mummy dan Daddy cuma beli fridge magnet je.


Sedang tengok souvenir, hujan pulak. Jadi, lamalah Orked kat kedai ni, tumpang berteduh.


Sempatlah buat portraiture sekeping dua...


Lepas tu baru boleh tengok rumah Mozart. Yang warna kuning tu lah tempat Mozart lahir.


Ini di lorong mahal tadi semula, selepas hujan. Ada satu kedai tu jual baju baby. Comellah sangat bajunya. Tapi bila Mummy tengok tag, phuh, beratus, Euro! Terus Mummy keluar. Huuuu....


Orked naik lembu. Lembu betul kalau nak naik nanti kena tanduk. Jadi naiklah lembu tipu tipu je.


Walaupun hujan, masih juga dapat tengok Salzburg. Tapi kena tengok cepat-cepat dan sikit-sikit je sebab macam nak hujan lagi...


Kan betul, hujan lagi. Tumpang berteduh kat luar pintu bangunan. Kat situ tak banyak tempat berteduh. Tak macam kat Malaysia, banyak bumbung. Sini bangunan takde bumbung kat tepi-tepi kedai. Orked nampak macam anak beruang koala, kan? Bergayut kat mak dia. Hehehhe... Ni yg Mummy rasa nak gigit ni, geram!


Lepas dari Salzburg Orked masuk semula ke Germany. Sambung lagi....
Love,
Orked
By Mummy

Monday, August 10, 2009

Orked main buaian



Ini lah Orked semasa 1st time lepas dia pandai berdiri dan berjalan sikit-sikit dibawa main-main kat park. Cari park yang dekat-dekat jer. Orked paling suka naik buai. Sampai mengekek-ngekek Orked gelak hehehhe....nanti daddy dgn mummy bawak Orked lagi ek.

Daddy

Sunday, August 2, 2009

Switzerland Part 2

Bangun pagi di campsite Silvaplana, Orked terus ke kaunter untuk bayar (guna duit Daddy). Semalam masa kami sampai, kaunter dah tutup. Jadi kami masuk dan bercamping dan pagi ni baru nak bayar. Of course lah, masa tu Orked dah mandi semua dah. Walaupun sejuk, mandi tetap mandi... Dan hari ni Orked pakai lagi baju sheep warna pink Orked. Tebal ni. Dalam baju ni ada lagi baju sejuk yang lain. Maklumlah kat sini sejuk. Nanti nak pergi ke tempat bersalji, lagi sejuk.


Lepas bayar, sementara menunggu Mummy siap-siap, Orked dan Daddy jalan-jalan tengok sekitar campsite. Campsite tu cantik. Tempatnya terpencil, kemudahan pun tak banyak. Tapi viewnya cantik sangat. Kat situ ada tasik dan view gunung bersalji. Hari tu langit cerah, lagilah cantik viewnya. Segar betul udara kat sini...


Ini Orked kat atas jambatan tepi tasik. Jambatan tu untuk seberang sungai kecik kat situ. Orked tak tahulah, sejuk mana air ni. Orked tak berani nak rasa. Mesti sejuk...


Ini bila semua dah siap dan dah ready nak jalan.


Cantik kan tempat ni? Ni masih kat campsite ni. Tak payah pergi mana-mana. Duduk sini saja pun dah best dah...


Tapi kat semua campsite, sebest mana pun, kitorang bermalam semalam sahaja. Sebab nak tengok banyak tempat. Kalau tido bermalam-malam, tak dapatlah nak jelajah banyak tempat. Ha, ini pun masih tepi tasik kat campsite.


Dan ini...


Dan ini...


Kesimpulannya, campsite Silvaplana ni adalah campsite yg tercantik yg Orked tinggal sepanjang perjalanan kali ini.

Keluar dari campsite, Daddy bawak motorhome dan kami semua panjat gunung lagi. Kali ni nak lalu pass yg lain pulak. Pass tu ialah jalan kat atas gunung. Kali ni ke Fluelapass pulak.

On the way, berhenti kat look out point ni.


Dari sini boleh nampak town kat bawah. Silvaplana lah tu kat bawah tu.


Mummy belum ambik gambar lagi dgn pine trees. Jadi, inilah salah satu jenis pokok pine yg ada.


Daddy pulak, dalam hutan pokok pine tepi jalan.


Ada padang rumput dgn bunga kuning dgn backgroung view yg cantik.


Ini Mummy dah terlebih excited! Hhehehhe... Mummy dah lama tak posing lompat bintang atau apa-apa lompat. Sejak Orked lahir lah. Mummy kata dia rasa macam dia dah berat nak melompat. Padahal takdelah berat pun badan. Sama je. Berat tanggungjawab kot. Ye lah, Orked ni macam-macam hal kan....


Daddy pun sama, terlebih excited sampaikan dia pergi terjun atas rumput tu. Orked pun excited, tapi dari dalam motorhome je. Orked tak turun sebab nak cepat.


Ini masih lagi on the way ke Fluelapass.


Kat sini pun cantik jugak. Tepi jalan je. Daddy ambik gambar Mummy lari-lari. Mummy cakap last time Daddy ambik gambar Mummy lari-lari camni, masa Mummy dgn Daddy bertunang dulu. Lepas ni tunggu Orked pandai lari lah pulak. Ambik gambar Orked lari-lari ye Daddy?


Ini dah semakin menghampiri puncak. Salji dah makin dekat. Tepi ni ada batang pokok pine yg orang dah potong.


Daddy Orked yg hensem bersama batang pokok pine.


Makin naik atas, makin sejuk. Apalah Mummy ni, malas nak pakai baju sejuk! Lepas tu mula la kesejukan...


Yeay, dah jumpa salji! Kali ni boleh bergambar banyak-banyak berbanding semalam sebab hari masih awal. Semalam dah lewat. Seram duduk tempat terpencil camtu lewat-lewat.


Snowwwww!!!!


Ini pemandangan tipikal kat area tu. Gunung coklat dengan salji putih, kiri kanan jalan.


Ini dah sampai kat Fluelapass. Ini tempat tertinggi jalan yg kami lalui yg boleh kenderaan sampai. Dah sampai sin barulah Orked turun nak main salji. Sejuk ni kat sini.


Tinggi tempat ni. 2383 meter dari aras laut. Kalau duduk kat tepi pantai dan boleh nampak tempat ni, mesti sayup-sayup je sebab tinggi sangat. Nak sama tinggi dengan kapal terbang dah kot?


Lepas tu kami mula beransur turun. Ni view yg Orked nampak melalui cermin. Tengok jalannya, berbengkang bengkok.


Ini dah lebih bawah. Orked dah mula nampak hijau...


Dah sampai ke padang rumput semula. Mummy dah mula masuk semak... Ini bunga putih.


Dan ini bunga purple.


Malamnya kami bermalam di campsite di Innsbruck, Austria.

To be continued, Austria dan balik ke Germany.
Tata semua!

Luv,
Orked
by Mummy