Tuesday, February 24, 2009

Orked Miss Daddy


Sejak semalam Orked tak jumpa Daddy. Daddy pergi Photocamp di Janda Baik, Pahang. Jauh tuuu... Esok baru Daddy balik. Orked misssssssss sangat Daddy. Selalu pagi-pagi sebelum pergi kerja mesti Daddy main dulu dengan Orked. Daddy golek-golek Orked, kiss Orked, geletek Orked, gantung-gantung Orked, buat Orked senyum, ketawa, dan macam-macam lagi. Happy je. Bila Daddy balik dari kerja pun macam tu juga. Daddy mesti main dengan Orked. Daddy kata Daddy miss Orked masa kerja. Tapi kali ni Daddy pergi kerja lama. Daddy tak miss Orked ke? :(

Tapi sekarang Orked jumpa Nenek dan Cik Yana. Orked dan Mummy tinggal di rumah Nenek. So, sekarang pagi-pagi dan petang-petang dan malam-malam Orked main dgn Nenek dan Cik Yana. Seronok juga. Rumah Nenek ada garden baru. Cantik. Nanti lain kali Orked tunjuk gambar.

Tapi Orked masih miss Daddy. ......

ORKED
(tukang taip: Mummy)
p/s: Mummy suruh cakap, gambar kat atas tu diambik menggunakan handphone Mummy aje. Edit guna Picasa aje. Handphone pun boleh ambik gambar Orked juga.

Friday, February 20, 2009

Orked is 6 months old today!

Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to me...

Yeay, hari ni Orked dah 6 bulan. Orked dah besar dah. Sekejap je dah 6 bulan. Rasanya macam baru minggu lepas Orked keluar dari perut Mummy. Tup tup dah 6 bulan dah rupanya.

Dah umur 6 bulan ni Mummy kata Orked dah boleh start makan solid food. Wow, bestnya. Orked memang dah tak sabar dah. Selalu Mummy & Daddy makan tak pelawa Orked pun. Tunjuk je makanan sedap-sedap depan Orked. Tapi tak offer kat Orked. Meleleh je la air liur Orked tengok.

Orked juga dah boleh duduk tegak with support. Mulut Orked selalu kunyah-kunyah. Orked mmg dari dulu interested nak masuk makanan Mummy & Daddy dalam mulut. Bukan aje makanan, apa-apa lah. Mmg Orked kalau Mummy tak nampak je, mmg akan masuk dalam mulut. Cuma extrusion reflex je, Orked tak tau lah camne nak cek. Setakat ni kalau Mummy bagi ubat mmg Orked akan cuba tolak keluar pasal ubat tak sedap! Kalau makanan, sedap, Orked tak tolak lah kot...

Tapi Mummy lah pulak tak ready lagi. Mummy dah feninnnn... Dah baca dan dengar cerita orang tentang first food yg terbaik bagi Orked. Tapi lain tempat lain ceritanya. Ada yg kata start dgn Nestum. Ada yg kata start dgn bubur nasi. Ada kata start dgn fruits n vege. Ada kata bagi meat. Memandangkan Mummy fenin, Orked sabarlah beberapa hari lagi kasi can Mummy buat research. Em... Kawan-kawan Orked yg lain kat luar sana, apa yg Mummy bagi makan mula-mula dulu ye?

Ok, Orked nak enjoy birthday Orked hari ni. Mintak-mintaklah Mummy ada beli birthday present utk Orked. Hik hik hik...

ORKED
(tukang taip: Mummy)

Monday, February 16, 2009

Mummy dan lens barunya



Mummy Orked baru beli lens kamera yang baru. Ni gambar Orked masa kat kedai masa Mummy main-main dgn kamera barunya. Mummy kata Mummy beli lens tu sebab nak ambik gambar Orked cantik-cantik. Masa ni Orked tak perasan pun Mummy tengah praktis. Orked pun curi-curi makan kaki Orked. Sekali kantoi. Rupanya Mummy dapat tangkap gambar Orked makan kaki. Walaupun takde gajah di kaki Orked, kaki Orked masih sedap dimakan. Orked makan kaki ni bukan sebab nak dapat adik, tapi sebab kaki ni mainan Orked yang best. Ia sentiasa ada di sisi Orked bila Orked memerlukan. Ia juga boleh bergerak-gerak dan kadang-kadang ada rasa geli-geli kalau Orked pegang tengah-tengah kaki. Setakat ni Orked tak boring lagi makan kaki.

Cuma satu je yg Daddy selalu ingatkan Orked. Daddy kata Orked ni girl. Girl kalau duduk mesti duduk sopan-sopan. Tak boleh kangkang kaki. Orked suka kalau dalam bakul angkat kaki letak luar bakul. Tak pun Orked letak di handle bakul. Tapi Daddy kata tak boleh camtu, tak cantik girl buat camtu. Ok Daddy, Orked akan cuba duduk sopan-sopan.

ORKED
(tukang taip: Mummy)

Friday, February 13, 2009

Our Family Portrait



Semalam daddy, mummy dgn orked pergi studio uncle Amin kat Shah Alam. Daddy cakap nak ambik gambar family pasal nak masuk dalam majalah. Majalah apa tu nanti Orked bagitau, sekarang ni daddy tak bagi orked pecah rahsia dulu. Tunggu nanti dah keluar baru Orked inform semua kay. Orked agak ngantuk malam tu. Tapi Daddy suka buat aksi-aksi yang buat Orked ketawa. Contohnya macam Daddy dgn mummy makan perut orked, orked geli lah. Daddy letak atas kepala pun best, dapat tengok rambut daddy dari atas.

Dulu daddy ada whiteroom, sekarang daddy dah tutup whiteroom tu. Daddy cakap pasal office nak pakai space untuk benda lain, staff daddy pun dah bertambah. Sekarang nak ambik gambar macamtu, kena mintak uncle amin yang ambikkan kat studio dia kat Shah Alam. Best lah...nanti nak ajak mummy dgn daddy ambik gambar lagi masa birthday Orked ye mummy? bolehh?

ORKED
(Tukang Taip : Daddy)

Tuesday, February 10, 2009

Orked dan Mummy di Kampung


Gambar ni diambil masa Orked balik kampung Orked di Pahang masa majlis perkahwinan Pak Lang dan Mak Lang Orked. Masa ni dah siap-siap nak masuk kereta nak balik rumah. Sebelum balik Mummy mintak Daddy ambikkan gambar Orked dan Mummy berlatarbelakangkan pokok. Dalam gambar ni boleh nampak kampung Orked ada pokok kelapa, pokok durian, pokok pisang, dan macam-macam pokok lagi. Memang hijau kampung Orked ni. Pencemaran pun kurang. Udara pun segar. Cuma nak mandi pagi tu sejuk sikit lah. Itu je Orked nak cerita pasal kampung Orked hari ini.


Orked

(tukang taip: Mummy)

Saturday, February 7, 2009

Tilam Vono Orked

Kalau semua nak tau, Orked ada tilam Vono kat rumah. Memang besssssttttt punya!

Ni masa Orked umur sebulan lebih.

Ini pulak masa umur 5 bulan.

Dah makin besar Orked. Dulu Orked pendek sekarang makin panjang. Dulu halus sekarang makin berisi. Daddy kata tak lama lagi bila jadi anak dara dah tak boleh tido atas tilam Vono ni dah. Jadi sementara masih boleh, Orked nak tido selalu atas tilam Vono Orked.

Love,

ORKED
Tukang taip: Mummy

Friday, February 6, 2009

Daddy main lampu




Hi all, ni gambar yg baru daddy ambik kejap tadi. Daddy ada beli lampu baru yg murah-murah untuk buat experiment dgn lighting. Daddy cakap pasal daddy nak kena ajar ramai mommies utk ambik gambar dalam photomama. Jadi daddy kena experiment macam-macam supaya dengan benda-benda yang tak professional dan murahan pun boleh buat gambar yang best-best. Banyak daddy shoot, banyaaakkkk sgt yg cantik-cantik. Tapi Orked letak ni jer lah dulu ek. Ok semua...enjoice! <---- tiru daddy

ORKED
(Tukang taip : Daddy)

Video Orked



Semalam daddy balik rumah dengan gembiranya, daddy cakap harini daddy beli camera baru. Dia cakap bessshhhh camera tu pasal camera tu boleh record Orked dalam video. Video ni daddy ambik pagi tadi. Best jugak camera daddy ni, full HD. Daddy cakap dia nak buat archive video Orked pasal nanti boleh buat wayang atau cantik bila tengok kat TV Plasma yang besar. Buat masa ni Orked tak pandai tengok TV lagi. Mummy dah subscribe channel Nickolodeon, Disney dan banyak lagi channel kanak2 dgn harapan Orked pandai tengok Bob The Builder ataupun World of Words, Disney Club House takpun boleh tengok Thomas & Friends. Last-last daddy yang layang tengok Spongebob Squarepants dan gelak sorang-sorang. Orked tak faham kenapa daddy jadi macam tu.

Oke lah semua, ni lah video terbaru Orked. Daddy cakap, ni dah low-res sikit utk memudahkan loading. Nak tengok hi-res daddy cakap nanti datang kat rumah lah bila raya. Oke semua...ini dari Orked dengan baju tidur lagi tu hehehe.

ORKED
(Tukang taip : Daddy)

Thursday, February 5, 2009

Orked bermain dgn pipinya


Yang ni gambar uncle Moqh ambik. Uncle moqh ialah photographer daddy. Dia pun datang masa wedding Pak Lang. Daddy suka gambar Orked yg ni pasal Orked cubit pipi sendiri. Sebenarnya Orked wonder juga kenapa ramai orang picit pipi orked, jadi orked try lah masa orang sibuk2 ambik gambar Pak Lang, tiba2 tak sempat nak cover, uncle Moqh dah muncul terus snap snap snap snap! habissss...kantoi Orked bermain dgn pipi sendiri. Hehehhe....skrg Orked dah tau kenapa org picit pipi Orked....

heheheh

ORKED
(Tukang Taip : Daddy)

Monday, February 2, 2009

Kenduri Pak Lang di Pahang



Akhirnya selesai sudahlah kesemua majlis perkahwinan Pak Lang dan Mak Lang. Akad nikah sudah, reception sebelah Mak Lang sudah, majlis sambut menantu di Pahang pun sudah. Masa di Pahang, Orked pakai baju purple lagi sebab tema warna pengantin ialah purple. Tapi kali ni Orked tak pakai baju baru, Orked cuma recycle balik baju raya hari tu. Masih cantik lagi. Kalau tak pakai sekarang, nanti Orked besar sikit lagi dah tak muat.

Masa wedding kat Pahang hari tu Orked tido sekejap tengahari. Tapi bila Pak Lang dah nak sampai Orked bangun sebab nak sambut Pak Lang dan Mak Lang sampai. Ada acara baling gula-gula. Orked pass kat Mummy suruh kutip untuk Orked tapi Mummy tak kutipkan sebab Mummy kata baby tak boleh makan gula-gula. Nanti Orked dah ada gigi dan dah pandai gosok gigi baru boleh (sebenarnya Mummy malu nak berebut dengan budak-budak).

Itu je lah kot Orked nak Mummy tulis. Lepas ni Pak Lang dan Mak Lang nak pergi honeymoon ke Bali. Harap-harap masa kat Bali tu diorang ingat la kat Orked. Bila shopping shopping tu bawak le balik souvenir untuk Orked ek?

Selamat Pengantin Baru Pak Lang dan Mak Lang!

Orked
(by Mummy)